It is 18th April 2018.
The end of the season, and the beginning of the new. Jadi kena update Rules of Survival 50mb. Tapi petang tadi line kena barred sebab bulan lepas tak bayar bil telefon. Tambah bil bulan ni aku kena bayar RM208. Aku tak ada duit, mujur sempat Whatsapp customer aku minta saki baki duit yang ada RM1000 tu. Gantung sebab paip filter bawah sinki rumah dia leaking. Tak beragak betul, paip aje kot. Hold RM100 ke RM200 sudahlah. Kalau takut aku tak datang balik, paip tu buat sendiri tak sampai RM10 pun.
Ended up aku dapat RM500. Aku kena amik cepat-cepat RM1000 tu aku nak pulangkan duit orang. Kan aku ada masalah dengan client sebelum ni which projek dia lambat siap. Jadi kabinet dapur yang aku dah pasang dan hampir siap tu (tinggal pasang pintu dengan top Quartz Stone je) dia suruh buka balik. Pumpampumpam aku terpaksa bersetuju...
Ini pun perkara penting aku kena tulis, pengalaman baru. The same day, hari Jumaat last 2 weeks. Seusai solat jumaat, aku datang semula ke EcoSky Condo Jalan Kuching. Register lagi sekali kat post guard. Dia dah kenal, cuma kali ni tak lepas. Aku nampak nama aku dibulatkan dengan pen warna merah. Dia tahan dulu tak bagi masuk.
"Ini special case ni" getus aku dalam hati.
"Äpesal bos? Kita nak buat kerja, tadi kan ada register?"
"Ya saya tahu, tapi kejap ah tunggu kita punya bos datang" kata Nepali tu.
Supervisor dia datang kata aku kena pulangkan kunci sekarang since kunci rumah client tu ada pada aku supaya aku boleh buat kerja bila-bila aku nak datang. Tapi client aku tak kata pun kena pulang the same day. Or at least tunggu la aku settlekan kerja dismantling.
Pastu aku pun akur aje la dengan law diorang. Pulangkan kunci dan aku di escort ke rumah client macam penjenayah, Tapi aku tak dibenarkan buat kerja, kena datang semula on Monday. Jadi aku datang bersaja je la. Bawa turun tools and balik.
Projek ini berharga around RM60k. And I just lost RM15k profit. Pastu rugi tenaga dan masa. Abe la rugi banyak. Rugi material, tenaga, masa, kos lain. Tapi dia la yang buat lambat. Tapi aku faham keadaan masa tu. Cuki tak ada balik kampung, kata cuti 2minggu tapi sebulan tak muncul. Kan Cuki main character kat bengkel tu? Tulang belakang Abe.
Meanwhile, aku bersyukur jugak. Kalau projek tu diteruskan, aku pasti akan ada banyak masalah lagi berlaku since client yang satu ni cerewet nak mampus. Nak ni tak nak tu nak macam ni kena macam tu. Aku anggap Tuhan dah selamatkan aku. Bukan jauhkan dari masalah, tapi dikecilkan masalah. Supaya aku dapat belajar lagi. Alhamdulillah.
Seminggu lepas tu, ramai gila orang contact. Walaupun tak close deal, at least aku rasa seronok. Ini ke yang Tuhan ganti?
Sehingga hari ni, dah ada beberapa orang yang confirm tapi tak hulur deposit lagi. Aku dah sebulan miskin. Tabung aku habis, duit dalam akaun habis, duit seringgit-seringgit yang ada berapa ratus tu pun dah surut. Seriously, miskin gila.
Aku sebenarnya tengah tak tenang.
The-Dear-Diary, lain kalilah aku mengadu nasib. Yang lebih serius, pasal kehidupan yang lebih hidup. Aku betul-betul tengah sedih, kecewa, hampir give-up. Tak apalah, lain kali aje.