Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Thursday 3rd November 2016



By  azlanpunyablog     02:24     
Lambat lagi aku masuk kerja hari ni, pukul 10 baru sampai. It takes approximately 30mins to reach there, itu pun kena pulas sampai 130km/h. Kalau bawa slow, 40mins-1hour jugaklah nak sampai. Tapi hari-hari steady aje bangun lewat, masuk lewat. Aku peduli apa.

Bukan sebab aku tak ada disiplin, diorang pun biasanya pukul 10 baru terhegeh-hegeh nak start buat kerja. Datang pukul 9 lepas tu makan nasi lemak dulu, sembang-sembang, hisap rokok. Kalau aku datang awal pun bukannya aku boleh mula buat kerja awal, trainee aje kot. Assistance je la aku boleh buat, kena tunggu orang lain dulu.

Quite boring la jugak.

Hari ni kena settlekan Robinson R44, nak shipping ke USA untuk dihantar ke service center lepas tu terus direct ke customer. Hari tu aku dah buka main gearbox dia sebab tinggi sangat. Kapalnya kecik aje pun, main gear box je yang ganggu. Kalau tak dibuka, tak boleh masuk dalam kontena.

Susah gila bapak kapal kecik ni, tak sesusah helicopter yang besar-besar macam 365 atau 145 (nombor ni model helicopter, macam Bezza, Axia, Civic. Kapal banyak guna numbering). Leceh betul sebab skru dia banyak sangat lepas tu susah nak access. dah la skru yang banyak-banyak tu antara saiz yang paling kecik dalam banyak-banyak aircraft! Kena guna 7/32 inches spanner.

Semua parts kena bungkus dengan bubble wrap and sandwich wrap. Termasuklah body aircraft. Everything! Then we are good to go. Since kapal ni akan dimasukkan kedalam kontena, kenalah berjaga-jaga supaya tak scratch. Consider jugak nak shipping guna apa, kapal laut ke kereta api ke. Expect what will happen, then we secure it.

Kadang-kadang aku tak berapa suka sangat nak kerja wth some of them because cerewet sangat on some fucking simple things. Aku fahamlah aircraft ni mahal barangnya, so we dont want to fuck up a thing. But it doesnt mean aku ni bongok sangat kan.

Engineering is to simplify things, not to make things hard.

Tapi itulah, aku kan tranee aje :-)

Since semuanya kena selesaikan by today, termasuklah aktiviti memasukkan aircraft ke dalam kontena. Jadi most of us kena OT. Abang Usop-Hamm dah balik awal, on time. Pukul 5 dia dah cabut. So akulah kena buat semua kerja-kerja kayu sepanjang aktiviti ni berjalan. Yang lain semua kayu, bukan reti pun pegang kayu. Kalau aku tak ada, memang Abang Usop-Hamm la kena buat sorang-sorang. Kalau ada orang nak tolong pun, cuma tolong pegang hujung kayu bila dia nak gergaji. Nothing more.

Kan aku dah kata, some of them ada yang dah macam tak nak kawan aku (which I really dont care. Ekekeke). So kalau aku yang buat kerja kayu, memang tak adalah yang nak tolong. Diorang akan datang kalau nak suruh buat itu ini aje tak pun nak complain sebab diorang kan tak reti buat? Ekekeke.

Even aku trainee aje pun, aku still ada pride apa. Aku ada expertise yang orang lain tak ada. Aku ada experience yang orang lain tak ada. Jadi aku bolehlah poyo-poyo sikit. Ekekeke.

Entahlah, aku bukan peduli sangat pun pasal orang lain. As long as tak menyusahkan aku tak apa la kan? :-)

Tinggi lantai kontena dengan lantai simen tu dalam 6 inci. Ram yang aku buat untuk kapal 155 hari tu ada lagi tak diguna pun. Tingginya 1 kaki, kalau aku buka balik adalah dalam 5 inci. kena modify sikit tambah lagi 1 inci. Semua aku buat sorang-sorang.

Risau jugak sebenarnya kalau-kalau masa kapal tu naik. Ram aku patah!

Aku suruh Manep-Hamm try naik dengan forklift dia dulu.

'Prakkk!!'

"Oi turun! Turun! Turun!" I shouted.

Halamakk baru naik sikit dah bunyi, nasib baik tak patah lagi. Mampus aku kena buat baru kang. Kayu dah tak ada. Pak Long-Hamm dah la kedekut. Semua barang recycle aje. Skru dengan paku pun recycle!!!

"Rilex bro, the aircraft is lighter la" said Manep-Hamm.

"Ya la bro, nevermind la. Even your forklift can lift the aircraft what. See this bapak gajah berat nak mampus!"

Aku harap sangat barang aku ni tak buat hal. Nanti nak kena tadah telinga tahan maki Pak Long-Hamm lagi, nak kena fikir idea cara pantas buat ram baru lagi, nak kena tahan tension dengar cakap beza-beza dari budak-budak tu lagi.

Mujur tak jadi apa-apa. Lebar Skit lepas dipasang ground wheel, ngam-ngam ram aku. The maximum it can go la after considering the condition of the container lagi kan. Dekat nose letak pulak 2 wheels jack, so Manep-Hamm boleh tolak aircraft naik masuk kontena guna forklift dia. Man power tak cukup sangat nak tolak. Boleh but a bit dangerous la guys. We need more eyes at everywhere. Kalau semua sibuk tolak, nobody can focus kat blind spot.

Tolak punya tolak dengan forklift tu...

"Prakkkkk!!"

"Manep turun! Turun jap! Move forward! (since forklift tolak aircraft secara reverse)"

Wheels tak center, over ke sebelah side aje. Betul-betul on the edge. So tak stabil la. Not because the ram tak kuat okay. Azlan kot yang buat :-)

Try lagi sekali...

2 wheels jack tercabut.Slip dari aircraft, touched the belly. But everything was okay sebab semua area kat body aircraft dah balut dengan buble wrap tebal-tebal. The nose hit the forklift yang macam batu tu wehhh! Everybody shocked gila. Dah la masa tu Mama-Hamm tengah tengok. Budak-budak ni dah la cepat panic.

Me? No, because I dont care kalau nak maki pun. People make mistakes what? :-) But in this case, nobody to blame la since the jack isnt good enough for this purpose (untuk tolak naik atas ram). Kalau atas flat surface, no problem.

Mama-Hamm panggil Pak Long-Hamm kat office nak suruh dia tengok. Semua orang senyap tengah panic takut kena marah. Padahal masing-masing dah tahu its not anybody's fault. Its the jack!

Aku suka tengok keadaan macam ni where I will stand or sit anywhere, lepas tu aku akan tengok siapa paling menggelabah.

Kalau Pak Long-Hamm kata "Give me a knife", berlari-lari anak dua tiga orang tu gi cari pisau dengan muka panik.

Kalau Pak Long-Hamm tanya "Wheres my box?", mesti ada punya yang berlari-lari anak cari barang Pak Long-Hamm dengan muka takut kena maki. Can you imagine that?

Masa Pak Long-Hamm tak ada, kemain lagi masing-masing kutuk. Depan-depan penakut rupanya. kalau nak tanya apa-apa masalah kat Pak Long-Hamm pun, semua cuak takut kena maki balik.

Pak Long-Hamm keluar office check aircraft. Dia buatlah kerja dia, baring bawah aircraft check apa yang patut. Minta pisau, minta tape, dah ada orang berlari anak pergi amikkan. Aku saja baring sebelah dia, nobody was there, hiding kat tempat lain (kat belakang aircraft, tepi kontena, kat pantry buat-buat busy). Aku nak make sure betul ke Pak Long-Hamm ni kalau ditanya pasal masalah yang berlaku ni akan melenting?

Nope.

Dia explain elok aje kat aku. Siap senyum lagi. And few suggestions. And aku tak faham why most people takut sangat dengan boss, lagi-lagi boss mat saleh. Buat apa nak takut dengan pendatang? Sepatutnya malu, jadi kuli foreigner kat tanah sendiri.

Nasib baiklah kapal ni kecik aje, sekejap je nak settlekan. Kerja aku pun senang je walaupun buat kerja kayu sorang-sorang. Satu malam dah boleh settle semua. Tak macam kapal 155 bulan lepas. Nak masuk kontena je ambik masa seminggu siang malam. Nak prepare almost sebulan.

R44 ni kitorang settlekan one day aje. Cuma part removal je la macam taik!

Kalau ikutkan hati, malas aku nak OT. Trainee aje kan, buat apa nak work hard sangat. Bagi elaun kecik je. But since kat sini OT dibayar RM20 sejam, aku okay sangat. OT satu malam untuk 6 jam, dapatlah RM120. Cukuplah tu aku joli makan sedap-sedap bulan depan. Kahkah

Tapi penat nak mampus jugaklah. Anyway, esok mesti lagi lambat aku masuk kerja. Lagipun, kan semua dah settle? Manada kerja dah. Ekekekekeke

Well, aku perasan cerita aku lama-lama poyo gila. Tapi kan aku dah kata yang aku tak kisah kan? :-)