Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Sunday 8th May 2016



By  azlanpunyablog     00:07     
Memang kena batal terus niat aku nak ke rumah Ajam hari ni, aku bangun pun almost pukul 1pm. Mak whatsapp pukul 10 kata nak ke Nilai cari barang. Balik mungkinlah lewat petang, so tak adalah aku nak datang ke sana. Habiskan masa kat bilik aje.

See? Semalam bangun pukul 11am, hari ni 1pm, kelmarin dalam pukul 10am gitu. Makin lewaat bangun, lepas tu bila malam pun sama, akan jadi makin lewat. Hujung-hujung nanti aku akan tak tidur sehari dua, biasanya gitu. And then pattern tidur aku akan betul betul balik. Berulang-ulang...

Dalam dompet ada RM10, rokok pun dah tinggal sebatang dua. Aku berkira-kira samada aku nak makan tengah hari atau petang aje sekalikan dengan dinner. Jadi malam nanti aku tak payah makan sebab dah malas sangat nak makan dua tiga kali lepas tu malas nak pergi cucuk duit. Aku lupa yang sekarang ni kerap hujan petang-petang. Aku cadang pukul 5 atau 6 macam tu nak makan, tapi pukul 4 dah mula hujan lebat, rokok pun dah habis. Ketandusan la aku kat bilik.

Memang tak ada mood langsung aku hari ni, macam semalam jugak. Aku tak happy. Bangun tidur aje aku dah fikir masalah. Yang mana nak kena selesaikan dulu, macam mana nak selesaikan masalah, ended up moody sehari. Jadi bila aku dah tak ada mood sangat, aku malas nak bergaul dengan orang, sebab tu lah aku jadi Lone Ranger :-)

Syukurlah hujan kejap je petang ni, aku tunggu-tunggu sampai dah tak gerimis. Aku dah lapar sangat. Nasiblah kedai makan dekat aje, malas nak pakai helmet. Aku sarung je Cap VC yang aku kebas dengan Kumar-Housemate masa buat kerja loading Viper Challenge untuk event kat Singapore. Untuk Ole-ole :-) Takkanlah kerja macam lembu non-stop 8pagi-9malam tak dapat apa-apa kan? Ekekeke

Tak ada apa pun yang aku buat hari ni, guling-guling main handphone, dengar lagu je lah. I am a complete dumb ass yang tak reti hargai masa sekarang ni. Padahal berlambak kerja nak kena buat. Isa-Classmate bagitahu kena submit quiz, midterm sama assignment Electrical Fundamental 2 by malam ni. What the fuck! I didnt know that ada kerja. Because aku dah tak pergi langsung kelas Electrical tu since ini kali ke-4 aku ambil subject tu. 3 kali aku failed. Ekekeke. Aku, Cina-Classmate, Isa-Classmate, Meon-Classmate, masing-masing dah 4 kali. Yang lain baru 3 kali. Sebab dah kecewa sangat (yelah subject senang tapi failed, ada lagi subject lagi susah, dapat A. Something wrong somewhere?), kitorang deal dengan lecturer untuk tak datang kelas. And he was okay. Malam nanti aje lah aku buat, bukan online quiz pun. Nanti buka buku jugak.

Ada orang call aku, aku syak foreigner ni cari rumah sewa. Adnan nama dia, kemainlah aku tanya banyak kali nak double confirm sebab aku dengar 'Azlan'. Watefak? Adnan orang Pakistan. Aku cuma harap diorang okay je sebab semua pekerja kontraktor Universiti yang under construction kat belakang Flat tu. Aku risau sikit sebab jiran-jiran unit tu semua family Melayu. Macam tak sedap jugak. Tapi aku desperate nak penyewa, untung sikit pun tak apa lah, janji aku senang. Hari tu ada agent whatsapp kata dia ada penyewa nak rumah. Pakistan jugak. Since aku buat untung atas angin yang sikit, aku berat jugak nak bagi kat penyewa dia. 1 sebab aku kena bayar caj agent 1 bulan sewa. Aku mintak penyewa bayar 2 bulan deposit, 1 bulan advance rental dengan RM200 utility deposit. Lingkup aku nanti nak kena pulangkan balik 2 bulan deposit. Untung sebulan RM150. Tak untung tak rugi. Kerja sia-sia. Baik aku direct dengan penyewa je. Jadi mungkin hari ni rezeki aku ada orang nak rumah?

Aku tak nak keluarkan kos untuk bayar agent walaupun mampu menyelamatkan aku, tapi aku pun tak nak lah buat kerja sia-sia kan? Kalau direct dengan aku, aku dah boleh rotate duit untuk unit lain atau tambah perabot kat unit perempuan. Unit perempuan tu aku agak kesian jugak sebab aku cuma kasi katil bujang dengan locker. Mesin basuh, dapur, fridge apa semua tak ada :-( Aku kapitalis.

Aku janji dengan mamat Pakistan tu pukul 8pm, ngam pukul 8pm aku sampai. Aku tunggulah kat unit. Lepas tu aku dapat call, ingatkan dia dah sampai. Rupanya orang lain, perempuan. Dia cari rumah sewa, wakilkan laki dia. Tinggi jugak bajetnya, RM1000 macam tu. Mungkin dia dah faham rate market kat flat tu, susah dah nak dapat murah. Diorang nak kahwin bulan depan, so kenalh cari rumah. Aku suruh laki dia datang on the spot memandangkan aku dah ada kat situ. Laki dia pun duduk flat tu jugak tapi blok G. Unit aku kat blok L.

Lambat betul mamat Pakistan tu, brader yang awek dia call tadi tu pun dah sampai. Tak ada lah nak tengok sangat rumah tu macam mana sebab dia pun duduk flat sama, dah tahu macam mana rupanya. Cuma bincang-bincang part harga sewa je. Aku dah tahu diorang mesti mintak kurang punya, jadi aku bukak harga tinggi nak mampus, RM950. Lepas diskaun aku kasilah RM900. Memang itupun target aku. Dia pun okay je. Tapi nak masuk lepas kahwin. Bulan 6. Memang tak lah aku nak hold lama kan?

Dalam 5 minit macam tu mamat Pakistan call, katanya dah sampai. Brader tadi pun kata nak chaw. Aku saja psycho ajak datang sekali, biar dia rasa terdesak. Bukan senang nak cari rumah kosong area situ. Kalau ada pun aku dah sapu dulu. Ekekeke. Tapi tadi dia macam okay nak mula bayar bulan ni terus tapi belum nak duduk. Dia yang offer kata nak macam tu. Aku okay aje la. Katanya nanti dia bagitahu balik.

Mamat Pakistan tu datang berdua. Dah agak berumur jugak dua-dua tu. Masa ni lah masa untuk aku siasat banyak benda, kalau tidak, aku kena tanggung risiko. Bukan apa, jiran-jiran unit tu semua keluarga Melayu. Aku tak nak tiba-tiba nanti ada pulak kes coli hilang kat ampaian lah, kasut kotor depan pintulah, bisinglah, baulah. Nanti jadi satu pekerjaan pulak aku nak menghalau.

Apa yang aku dapat malam ni, Pakistani bukanlah sehina macam apa yang kita fikirkan. Orang Pakistan 99% Muslim. Aku expect, diorang ada adab yang baik. Aku dah pesan awal-awal, kalau aku dapat complaint dari jiran, aku halau aje. Dia setuju. Passport dengan lesen pun aku tengok, seems legal.

Adnan mamat Pakistan tu hulur duit deposit, dia nak masuk esok. Aku terima RM1000. Kali ni aku tak tamak sangat, asal aku survive dan dapat untung aje. Deposit aku cuma ambil 1+1 instead of 2+1 macam selalu. Nanti aku yang sakit nak memulangkan balik.

Banyak juga aku sembang-sembang dengan Adnan sama kawan dia. Aku tanya majoriti pekerja kontrak kat universiti yang under construction tu. First aku tanya, ada Malay tak?

"Malay ada. Biasalah ofis kirja. Cina India banya, bikin batu, lorry driver India, Cina pun ada. Melayu banya ofis dudo"

Aku faham sangat, sebenarnya ada banyak maksud dari apa yang dia kata.

Melayu, Cina, India.

Bukan soal racism, tapi mentality. Aku pernah tinggal dengan Myanmar, Bangla, Nepal. Pernah kerja contractor, pernah kerja kedai mamak, pernah tidur kaki lima. Aku faham konsep mentaliti orang kat Malaysia ni macam mana.

Esok pagi meeting dengan Ajib-Owner pulak pukul 10am, nasib baiklah kelas mula pukul 11.30am. Sempatlah nak jumpa kejap sign agreement. Dah berapa bulan dah aku take-over unit dia, baru nak sign agreement. Aku syak dia ada muslihat sendiri pulak, nak tengok credibility aku dulu kot? Ini Azlan lah :-)

Macam ni lah cerita orang menang hari ni! Payment yang aku postpone tu, esok aku dah boleh settle. Tunggu Adnan-Pakistan settlekan balance deposit. Patutnya ada lagi RM1000, itupun nak minta diskaun lagi. Haih. Aku bagilah RM900. Ada balance esok aku nak belikan mesin basuh dengan dapur untuk unit perempuan tu. Kesian diorang. Hmmm