Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Sunday 1st November 2015



By  azlanpunyablog     01:52     
Semalam aku sajalah request kat mak "Mak, esok buatkan nasi lemak boleh tak? Ngidam pulak ni". Kebetulan Ajam sama Kak Mai balik, mak pun on lah untuk buat nasi lemak. Itupun mak dah suruh bangun pagi-pagi petik kelapa tua sebab nak guna santan. Guna santan fresh perah sendiri lagi sedap. Tapi esok tak tahu hujan ke tidak. Last-last mak suruh Ajam sama Ari keluar beli barang. Cuaca hujan kat luar, aku kan tak boleh bawa kereta :-)

Entah apesal aku tak bangun pagi tadi. Tengah hari jugaklah aku bangun. Terpekik-pekik Kak Mai panggil aku kata nasi lemak dah nak habis dah. Hairan jugak aku tak rasa turn on hari ni bila ada nasi lemak. Kalau kat rumah sewa memang nasi lemak jadi pilihan utama, boleh kata menu hari-hari. Pagi nasi lemak, malam nasi lemak. Hehehe. Port nasi lemak paling terbaik pada aku, nasi lemak lori kat Taman Cempaka, Nilai. Tu memang favourite. Makan nasi lemak tambah sama sambal sotong, kadang-kadang order satay sekali. Aku rasa kalau makcik tu umur lebih kurang aku, lama dah aku ajak kahwin. Ekekekeke

Since bangun pun dah tengah hari, dan hari ni hari minggu, nak hujan pulak tu, aku takdelah nak buat apa sangat. Hari minggu kalau balik kampung aku memang taknak buat kerja apa-apa. Aku habiskan masa tengok documentary. Sempatlah tengok Saturation Diver Documentary, dah tu sambung Ship Design sama Oil Rig. Asik layan aviation pun boring jugak. Lagipun ada sikit-sikit yang nak sama so aku boleh belajar sekali. Kenapa entah orang kata documentary ni boring. 

Ari ada cakap dia nak jadi diver, aku tak tahulah dia nak jadi diver tu sebab duit ke sebab apa. Katanya nak kerja guna skill. Masalahnya bila aku tanya nak sambung study mana dia kata nak masuk Matrik. Dah apply pun. Jadah apa nak kerja skill pergi masuk Matrik? Nak jadi cikgu atau kerja dalam aircond bolehlah :-) Penat aku argue dengan bangang dia tu. Belajar takdelah pandai mana, macam aku jugak SPM banyak Ds (esok dia dah start SPM dah. Tunggu ajelah macam mana result dia). Hari tu suruh datang Miat masa karnival pun datang lambat, booth dah banyak tutup. Kononnya bolehlah suruh dia tanya orang pasal job pasal universiti bagai. 

Ada jugak dia kata nak jadi welder, nak masuk UniKL MFI. Lepas tu nak amik lesen diver. Aku dah bagi link untuk dia baca pun dia tak baca. Nampak sangat hangat-hangat tahi ayam. Aku dah suap, dia tak tengok. Kalau aku tak suap, agak-agak dia cari ke? Satu apa pun dia tak tahu tu.

Walaupun tak pandai, janganlah berlagak pandai. Cari, belajar, siasat elok-elok benda yang kita nak tu. SPM aku pun teruk jugak, mana ada A, D je banyak. Masa interview sebelum masuk Miat dulu pun dia dah warning dah, "Kalau ikutkan result awak ni, awak memang tak layak masuk sini ni". Lepas tu adalah cerita-cerita dia lagi dalam bilik interview tu. Confident kena tinggi sikit. IQ test pun aku cukup makan je. Kiranya aku dah ada pengalaman jadi orang tak pandai, lepas tu nak bersaing dengan orang-orang pandai. Taknak ke kutip ilmu dari pengalaman aku ni macam mana aku boleh jadi macam ni? Pernah jadi Project Manager, pernah jadi Presiden, pernah dapat offer jadi ambassador (tapi aku tolak sebab aku tahu aku belum mampu masa tu). Powerlah kan orang tak pandai pun boleh jadi macam tu :-) 

Dah lah, aku boring pulak hari ni. Nak joli.