Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Saturday 31st October 2015



By  azlanpunyablog     01:26     
Lapar betul rasanya ni. Jaranglah aku duduk kampung aku kelaparan. Entah kenapa malas sangat sangat nak makan hari ni. Pagi tadi (not really pagilah since aku bangun pun dah pukul 2pm. Basically 'pagi' ikut time aku aje lah. Hehehehehe) aku jamah roti Gardenia coklat tu je. Cukuplah buat alas perut. Dah tu Cik Ucu ada kasi Laksa yang Siti-Cousin masak. Berselera sungguh aku bila dapat tahu isi dalam mangkuk tu Laksa. Tapi tak banyak pun, sebab Cik Ucu kasi buat rasa-rasa je. Em kira okaylah tu. Family aku pun baru balik shopping barang dapur, mesti dah makan kat luar sebab aku cuma nampak bekas ayam dengan bekas air yg kosong je kat atas meja. Jadi Laksa tu aku bedal lebih sikit daripada bahagian yang sepatutnya.

Boring sikit weekend ni. Takde apa sangat nak buat. Kerja-kerja graphic design dah banyak aku siapkan semalam kat Mcdonald Kota Warisan sebelum aku gerak balik kampung dalam pukul 2am macam tu. Logo MEKANEEK (brand baru aku selepas The Oldskool. Oldskool tu aku hentikan operasinya serta merta sebab aku tak mampu lagi nak buat. Sekarang aku buat graphic design service dengan printing) aku dah ejas baik-baik, tapi tak official lagi pun. Aku masih cari-cari identiti untuk logo aku tu. Dah tu KC-client whatsapp aku suruh buatkan bunting. Urgent katanya, nak malam tu jugak. Masalahnya dah pukul 11 lebih baru suruh aku. Memang selalu dia macam tu. Untunglah dapat aku yang baik dan tak berkira sangat ni. Bayar murah macam mana pun, pukul 3am pun aku akan laan dan buatkan walaupun kerjanya tak termasuk dalam budget. Dan kalau diikutkan kerja yang aku buatkan untuk dia tu dah lebih berapa ratus dah. Siap bagi installer Adobe Illustrator free lagi kat dia. Baik kan aku ni? :-)

Hari ni aku rilek-rilek ajelah buang masa. Lepas bangun tidur cari makan, dah tu pekena rokok sebatang dua. Since dah jadi heavy smoker ni banyak jugak rokok yang aku hisap. Sehari bolehlah habis sekotak. Extreme lah jugak tu. hehe. Either early or late, everybody is going to die anyway :-) Sekali sekala tu kuranglah jugak hisap sebab aku banyak tidur. Itu aje yang buat aku tak hisap rokok. Tak pun selalu selalu keluar dengan mak. Kalau keluar dengan mak, jaranglah aku hisap rokok. Kena tunggu dia stick dengan satu benda lama-lama baru aku cabut pergi cari port hisap rokok. Contohnya macam pergi shopping barang dapur. Kadang-kadang kat satu row boleh makan masa 15minit jugak.

Layan aircrash investigation ajelah kerja aku. Ada yang aku dah lupa aku ulang balik video yang sama. Tu lah bila dah takde apa nak buat, sama ada aku tengok movie online ataupun tengok documentary. Biasanya aku akan tengok aviation documentary lah since banyak lagi aku kena belajar pasal aviation.

Macam biasa kalau aku balik kampung, mesti mak ada nak minta aku ajar macam mana nak guna phone dia tu. Mak tak reti guna smartphone. Dulu mak guna phone torchlight aje. Lepas tu mak katalah nak camera sebab mak selalu pergi jalan-jalan takde camera, mak kan rajin pergi pertandingan tu pertandingan ni, pergi lawatan. Kawan-kawan ada gambar tapi mak tak ada. Aku ada jugak merancang nak belikan mak phone hari tu, kebetulan masa tu ada rezeki lebih sikit (antara cukup dan tak je tu sebab aku kan jarang ada duit banyak :-) ). Dah tu masa aku balik kampung je tahu-tahu mak dah ada phone, Ajam yang belikan. Tapi Ajam tak sempat Ajar. Jadi kerja akulah yang mengajar, nak harapkan Ari? Diri sendiri pun belum mampu diajar.

Suka betul mak dah ada phone baru, dah ada camera, dah ada whatsapp :-) Hari tu aku dah ajar nak download Surah kat dalam apps Al-Quran tu. Aku tak sempat nak tolong downloadkan semua, Surahnya kena download satu-satu. Akhirnya mak habiskan download sendiri semua dengan jayanya. Tadi pun mak panggil-panggil "Yan! Tolong mak macam mana nak buat ni? Nak tengok mesej yang lama-lama kat dalam group ni." Kan whatsapp tu kalau kita scroll ke bawah dia akan bawa ke message yang lama. Kat atas tu ada "Load earlier message", tapi mak tak tahu kena tekan yang itu. Aku pun ajarlah sampai mak pandai. Nanti aku nak installkan apps untuk video call. Jadi kalau aku tak balik, bolehlah video call dengan mak :-)