Hari ni kena bangun awal sebab nak pergi ke Menara Yayasan Tun Razak kat Bukit Bintang tu, ada Simposium Pengurusan Ringgit. Cina-Classmate yang ajak pergi, masa cuti Deepavali hari tu dia ada whatsapp suruh daftar cepat sebelum penuh. Limited katanya. Aku takdelah nak periksa sangat websitenya mula-mula tu, aku tengok tarikh event je takut nanti aku tak free pulak. Lagipun masa tu aku kat kampung, internet lembab sangat. Kan aku guna wifi rumah Cik Ucu. Rumah aku mana ada internet lagi dah. Takde orang guna pun. Setakat nak online facebook, Ari subscribe mobile data aje lah.
Tak lena betul tidur, kejap-kejap terbangun takut terlajak pulak nanti. Macam biasalah aku punya style set alarms banyak-banyak, berderet-deret. Ringtones pun aku banyak guna lagu keras-keras macam Numb-Linkin Park, Tears Don't Fall-Bullet for My Valentine, Hearts Burst Into Fire-Bullet for My Valentine supaya senang aku nak bangun. Itupun kadang tak bangun jugak. Ekekeke. Tak bolehlah nak confident sangat yang aku akan tetap bangun sendiri, biasanya kalau aku ada apa-apa program yang aku rasa semangat nak pergi memang senang je aku nak bangun. Kadang tu sempat lagi buat breakfast bagai. Tapi pagi ni cuma sempat online facebook aje sebab aku takde benda nak disiapkan untuk breakfast, lagipun aku belum puas bersenang lenang atas tilam since malam tadi aku tidur lambat, dekat pukul 2 jugak, lepas tu nak kena bangun pukul 6, by 7am kitorang dah kena gerak dari rumah.
Aku cuba whatsapp Cina-Classmate kalau-kalau dia belum bangun, tapi tak reply pun. Aku tahu dia mesti bangun punya, jarang dia lewat kalau pergi kemana-mana. Aku cuma nak be sure dia dah bangun aje. Whatsapp tak reply, aku call. Call kali kedua baru dia angkat, baru lepas mandi katanya. Aku tanyalah dia nak bawak kereta dia ke nak aku bawak motor, aku memang kalau boleh nak offer motor aku aje sebab stesen ERL bukan jauh pun, parking pun murah dari kereta. Lagi satu hal, aku takmau lah asik dia je bawak kereta, sekali sekala aku ajak dia naik motor (actually dia tak pernah pun naik motor dengan aku, takut katanya. Acacah aje dia tu. Ekekeke). Truth to be told, he can't even ride a bike :-) I don't find it funny because I can't drive that fucking car (bukan tak reti langsung, retilah sikit-sikit. Boleh kata aku drive once a year itupun pusing kampung je because I don't feel like want to drive even ada kereta kat rumah). I refused to go with car satu sebab parking rate kat KL city tu mahal, aku taktahulah rate kat Menara Yayasan, Jalan Bukit Bintang pulak tu. The most famous place in KL. Based on my experience masa pergi event kat PWTC dulu pun dah RM20-RM30 per day, I don't remember the exact price but around there lah. So aku ajak Cina-Classmate naik ERL Salak Tinggi turun kat KL Sentral and then naik monorail ke Bukit Bintang (nasib baiklah diorang ada bagitahu public transport yang boleh guna untuk sampai sana, kalau tak, berkereta jugaklah nampaknya sebab aku buka familiar sangat dengan KL), dia pun setuju.
Sebelum pukul 7 aku ambil dia kat rumah, aku tanya jugak "Tak ajak Affrow-Classmate ke?". "Tak". "Apesal? Nanti kang tak kecik hati ke dia tu kalau tahu kita pergi tak ajak dia?". "Takpe kot sebab selalu hari minggu dia busy".
Tak tahulah busy apanya, aku pun tak nak ambil port sangat. Cuma risau sikit kalau tak ajak. Iyalah, dalam kelas aku cuma rapat dengan diorang berdua aje sama Sharvin-Housemate. Cina-Classmate ada jugak kata "Dalam kelas aku cuma nampak kita dua je yang serius buat bisnes ni, yang lain macam nak taknak aje". Memang pun, ada yang nak buat bisnes hari tu sebelum kitorang pergi bercuti ke Krabi, plan macam-macam. Aku sama Cina-Classmate dah volunteer dah anak ajar free, siap kasi idea lagi nak buat apa. Tapi biasalah, alasan banyak sangat. Lagipun yang aku perasan, masing-masing nak buat bisnes semata-mata nak lepaskan bajet pergi Krabi tu aje. Balik Krabi semua senyap. Kitorang berdua perhati aje kawan-kawan macam ni, kalau perangai dah macam tu. Biarkan aje. Langsung tak ada effort. Biarkan ajelah, diorang kan anak orang ada-ada. Anak Pengurus Felda, anak Pengetua sekolah, anak Tawkey Pharmacy, anak Tawkey bisnes Oil and Gas, anak Engineer, anak Contractor, all of them anak orang ada-ada. Cuma aku ajelah yang tak, Cina-Classmate pun anak pegawai Polis, Affrow-Classmate aku tak sure apa. Kadang-kadang bunyi macam orang bisnes, taktahulah.
Ngam pukul 7 macam tu sampai dah ERL Salak Tinggi, gembira pulak hati aku. Pagi-pagi lagi dah jumpa orang lawa-lawa. Kan ramai stewardess naik ERL dari KL Sentral-KLIA-KL Sentral. Takdelah nak ngurat 'Hi' ke apa walaupun aku tahu ramai je stewardess yang sebaya dengan aku awal 20an even 18 or 19. Kan requirement dia minimum 18 tahun. Tambah lak, diorang ni pesen sombong sikit, sebab diorang lawa dengan gaji basic RM1500 something tambah allowance, summed up around RM5000 per month. Aku ni? Hari-hari makan nasi bujang, pakai phone Lenovo buruk aje malulah nak datang dekat mintak phone number. Jadi aku perati je dari jauh sambil look around untuk mencuba nasib. Sebab gambar dalam Wechat nampak dewasa sikit, selalu orang teka umur aku dalam gambar tua lagi. Lepas tu gaya macam orang kerja bagus sebab aku suka post gambar pakai suit. Ekekeke
Pagi Ahad takdelah busy sangat KL tu, kalau sampai KL before 8, jangan risau sangatlah pasal jalan sibuk. Awal lagi ni, kitorang melepak kat kedai mamak apa nama entah tu dekat-dekat dengan KL Sentral. Kedai mamak yang kitorang pergi sebelum gerak ke Thailand hari tu. Rasa macam addicted pulak dengan Roti Boom, asal pergi mamak je aku order Roti Boom sebab aku selalu tak habis makan roti kosong. lain kedai lain rasanya. Ada sedap ada tak sedap. At least Roti Boom adalah isi dia, taruk gula sama Planta. Kalau roti tak sedap pun, tak rasa sangat sebab ada pemanis untuk tambah rasa. Aku makan Roti Boom sama Teh Tarik, malaysians favourite. Tak tahulah berapa harga aku makan sebab Cina-Classmate belanja. Murah hati dia ni, tak berkira orangnya. Macam aku jugaklah :-)
Kitorang tak tahu sangat kat belah mana menaranya, aku dah google siap-siap gambarnya supaya senang nak cari. Since namanya menara, aku expect bangunannya tinggi, senang dilihat walaupun dari jauh. Aku tak terfikirpun bila dah jalan kaki kat tengah bandar tu, semua bangunan besar akan terlindung disebalik bangunan lain. Just like finding your girlfriend in the crowd. Its not easy.
Cina-Classmate cari guna Waze, konon-konon senanglah nak jumpa. Jauh betul jalan tapi bayang menaranya pun tak nampak. Pastu kat satu traffic light tu ada sorang perempuan berdiri tapi takdelah lawa pun, gaya macam nak melintas, tapi bila lampu hijau dia tak jalan pulak. Rupanya tunggu kitorang dia tanya nak pergi mana. Kebetulan dia pun nak ke tempat sama, dia kata nak ikut kitorang sekali. Dia ikut je kat belakang, kitorang sibuk cari signboard, cari bangunan. Tak jumpa-jumpa. Then again perempuan tu gi tanya driver Limo tepi jalan. Shit! Waze tu penipu! Entah jalan kemana entah dia tunjuk. Jauh sangat menyimpang dengan jalan nak ke Menara Yayasan Tun Razak tu.
Aku sempat check event ni tadi sebelum gerak. Aku dah agak dah, mesti event UMNO. Cuma kali ni dia tak mention. Logo pun diorang tak guna. So diorang bawa character NGO. Ada je yang sounds stupid tapi sorang dua je. Speakers yang lain okay, I have no problem with persons. But I do have problems with parties. Macam symposium yang aku pergi sebelum ni, KJ last sepakers, cuma aku tak sempat nak berhimpit-himpit untuk selfie sama dia.
I am going to finish this entry with improper ending sebab aku dah malas nak type. Sepatutnya aku tulis ajelah benda yang best-best, main points apa semua tu. Tapi ni tak, kalau boleh waktu aku berak pun aku kena cerita :-(