Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Monday 3rd February 2014



By  azlanpunyablog     23:20     
Lena betul tidur walaupun cuaca panas ya amat, panas terik yang membahang tu sikit pun aku tak rasa langsung padahal dah pukul 1 tengah hari dah. Not to mention masa tu aku tidur mati sebab letih sangat semalam pergi ke Sungai Congkak. Cadangnya pagi ni aku nak ke Pekan nak settlekan loan documents aku tu, tapi dah tengah hari. Petanglah baru aku boleh keluar lepas waktu rehat pejabat pukul 3 gitu. Semalam set alarm pukul 8am pun tak guna, tak adanya aku nak snooze dua tiga kali macam biasa lepas tu baru aku bangun. Berbunyi sekali terus aku tekan stop, langsung tak bunyi sampai ke tengah hari sebab nak tidur punya pasal. Ekekekeke.

Mak dari Subuh sampailah ke tengah hari asek ajelah keluar masuk bilik aku setiap jam rentetan usaha beliau mengejutkan aku "Bangun! Kata nak keluar hari ni." "Kau jadi tak nak keluar?" "Mak nak keluar kejap, nanti bangun!" "Hoi dah tengah hari ni tak reti nak bangun ke?" "Dah nak pukul 2 ni nanti tak sempat, kejap lagi Ajim balik dia terus hantar balik asrama!". Itulah, entah keberapa kali dia kejut barulah aku ada semangat nak bangun (dengan dasar keterpaksaan sebenarnya. Ekekekeke), sempat tak sempat aje aku nak buat semuanya. Mana nak matikan setem hasilnya, mana nak print documents nya, nak pergi ke pejabat MARA lagi. Kelam kabut betul bila aku buat kerja, cuti sampai 4hari pun tak ada usaha nak siapkan sesikit. Mana pergi aku punya prinsip yang mementingkan masa tu? Time won't chase you at any reason.

Bangun tidur terus aje aku siap-siap, tak ada dah aku nak 'sarapan' dulu untuk tengah hari tu. Memang padanlah muka aku kan? Siapa suruh buat lambat-lambat. Then again aku double-check documents yang nak disettlekan tu, dah tu aku google tempat-tempat yang aku kena pergi hari ni. Jauh-jauh tempatnya since ada 3 4 documents yang berbeza, jadi tempatnya pun beza lah. Nak pergi pejabat PTPTN lagi untuk hantar borang penangguhan bayaran balik yang RM8k tu, borang bantuan pelajaran Pusat Zakat, matikan setem hasil kat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dengan borang permohonan pinjaman pendahuluan MARA (hari tu aku dah hantar kat pejabat cawangan, dua tiga kali aku datang alih-alih kena reject sebab aku cuma hantar 1 set je. Diorang nak 4 sets. Manalah aku tahu benda-benda ni kan? Tak ada pun dia kasi apa-apa info pasal ni. Yang menyirapnya kerani pejabat cawangan tu pun lembab, dua tiga kali aku datang tak ada pun dia kasi tau. Lepas tu bila ditanya complete ke tidak aku punya submission tu dia kata "Ya". Was that the best answer he knows? Fuck!)

Then again aku cuma boleh settlekan satu je hari ni, matikan setem hasil. Itupun baru nak terhegeh-hegeh fill in. Nasib baiklah tak susah sangat nak cari tempatnya, aku familiar sangat dah area situ. Pekan tu kan tempat kencing berak aku dari kecik :-) Yang lain aku tak dapat nak settlekan sebab ada a few related documents aku tertinggal dekat hostel sebab aku balik in emergency pagi Jumaat tu, pakcik aku meninggal. Patutnya aku balik tengah hari atau petang sebab Ajim yang ambik, jadi tak adalah aku nak kemas barang awal-awal kan? Tup tup Ajam kata nak ambik, rushing lah sampai ada yang lupa.

Lagipun aku rasa tak mampulah nak settlekan semuanya since pejabat yang aku kena pergi tu jauh. Ada yang kat Putrajaya, ada yang kat Shah Alam, tak dan aku nak berpusing ke sana ke mari tengah hari buta ni. Kemainlah panasnya, macam duduk dekat South African aje rasanya. Ekekekeke.

Since aku dapat tahu yang pejabat LHDN tu cuma offer service matikan setem sampai pukul 3pm je, makin kelam kabut lah aku. Risau tak sempat aje, duit pun tak cucuk lagi since CIMB punya system down for a few days until this morning sebab diorang merge sama Public Bank. Aku cuma ada takat RM15 aje dalam dompet, itupun lepas aku korek duit yang selit-selit dalam beg ada 10helais note RM1. Mana cukup, kan documents tu ada 4 sets therefore the total must be RM40.

Menunggang LC lah aku hari ni pinjam sama Jemi, hari ni dia tak kerja. FZ dia tu dia pinjamkan kat kawan dia untuk balik kampung katanya. Dah tu LC orang tu Jemi yang pakai for some period of time. Tapi Jemi tak pakai pun sebab dah berapa hari dia tak ada kat rumah menghantar rombongan kahwin kawan dia kat Kedah, aku sama Ari aje lah yang pakai, kan aku tak ada motor sendiri :-)

Perlahan aje aku bawak takat 120km/h gitu, tak nak lah bawak laju-laju sangat macam selalu sebab ku fobia. Kan aku pernah accident dulu, sampai aku tak boleh jalan untuk 2 minggu, tambah pulak beberapa hari lepas ada accident paling tragis kat dalam kampung tu, ada yang meninggal, ada yang putus kaki dan tangan. Terbayang-bayang kalau aku yang meninggal tu, atau paling tidak yang putus kaki dan tangan. Ngeri rasanya. Kalau terjadi kat aku, macam mana dengan cita-cita yang aku dah plan ni? Aku tak boleh buat tanpa kaki, tanpa tangan. Jadi biarlah aku bawak motor tu perlahan, biarlah aku selamat, biarlah aku mampu buat apa yang aku nak, biarlah aku hidup tanpa bantuan orang lain nanti. Kan?

Pekan tu tak adalah jauh sangat, sempatlah aku kejar time target even aku gerak lambat tadi around 2.30pm gitu. Tolak masa nak start enjin, nak menongkat lagi dah habis 5 minit sebab electric starter motor tu tak hidup, dah tu kick-starter dia pun macam babi. Kan ke kick-starter bermakna tendang? Jadi cuma kena tendang aje lah kan? Tapi tak jalan jugak, kena diterajang barang 5 6 kali baru dia nak hidup. Kalau hari-hari aku kena naik motor tu, mahu keras otot betis aku kan? :-) Dah tu motor tu tak ada tongkat tepi, aku tak tahu apa motifnya dicabut tinggal double-stand dia aje, aku tak rasa pun tongkat tu boleh jadi pemboleh ubah yang dimanipulasikan tentang beban dan kelajuan. Mungkin dia ada hypothesis untuk teorinya sendiri, semakin kurang beban motor tersebut maka semakin bertambah kelajuan yang dapat dicapai. Kalau betul, kenapa tak dicabut aje side-mirror, seat dan jugak cover set dia kan? Ekekekeke. 

Nasiblah sempat, tempat tu pun aku tak ada tercari-cari sangat sebab aku tahu kawasan tu. Nasib jugaklah tak ramai orang (almost tak ada orang sebab cuma ada sorang aje ada kat situ. Ekekeke), tak payah lah aku nak tunggu lama kan? Cuma kena isi satu form tu yang aku langsung tak faham, ada sorang makcik ni guide aku isi benda-benda tu tapi tak adalah banyak sangat yang nak di isi. Dah tu dia kasi aku nombor giliran yang dia tekan kat machine kecik tu ha. Macam tak perlu aje, kan tak ada orang. Buat apalah nak kasi nombor tu kan? Tinggal datang terus kat kaunter kan boleh, lagipun dia boleh jimatkan kertas tu. Alih-alih sampai kaunter tu aku buang jugak. Ekekekeke. Sekejap aje pun nak matikan setem tu, aku tak tahu apa function dia, kenapa tak boleh pakai setem 20sen, 30sen yang ada gambar Najib or even Rosmah tu ke (saje je nak menampakkan yang aku ni bodoh sebenarnya, benda simple gitu pun tak tahu kan?). Memang perlulah aku cari nanti kan? Karang bila orang tanya lagi lah nampak yang aku ni bodoh sangat sebab tak tahu, lagipun kan aku tak suka orang tengok aku ni bodoh.

Terfikir lak yang aku kena duduk hostel untuk beberapa lama, jadi aku kenalah beli stock rokok aku sendiri untuk beberapa hari tu kan? Dah tu mestilah aku tak payah bayar lebih kat budak Thailand tu kan? Rokok RM5 dia jual kat aku RM10, dia kata kat aku itu dah murah sebab kat kedai jual RM12. Apa dia ingat aku baru lahir semalam agaknya, atau dia lupa yang aku dah lama duduk dekat Malaysia? Nak kencing aku pun tak reti (kan diorang memang tak reti kencing, kencing kat jamban pun tak reti flush, kote sendiri pun tak reti cuci, inikan pulak nak kencing aku, kesilapan lah tu ye tak? Ekekekeke), perlu diimprove lagi. Tapi aku lagi suka budak Thailand sebelah bilik aku ni, dia pun duduk sorang jugak macam aku, macam prisoner, atau lebih mulia macam foreigner yang tak ada passport menunggu masa dalam tahanan untuk dideport ke negara masing-masing. Hari tu dia ketuk pintu bilik aku, then dia offer kalau-kalau aku nak order rokok dari dia. Sebab dia nak pergi beli kat blok yang hujung, yang jauh tu. Aku nak pergi sekali tapi dia tak kasi, dia suruh aku relaks aje dalam bilik :-)

Kedai yang aku selalu beli tu tutup pulak, lama betul diorang cuti. Then again aku pusing-pusing pekan tu cari mana-mana kedai yang serupa kalau-kalau ada jual, tapi tak ada pun. Banyak yang masih cuti. Asal Chinese New Year aje mesti ramai yang kelam kabut, tak macam Raya Puasa atau Deepavali, semua kedai bukak. Kan tawkey kedai tu majoritinya Cina, kalau ramai bangsa aku bukak kedai macam diorang memang aku salute. Tapi mustahil lah, kan bangsa aku ni majoritinya pesen low minded. Kalau tak ada jin tak boleh meniaga, kalau tak tabur garam tak boleh kaya. Akhirnya hidup dalam kebodohan sendiri dan mati dalam keadaan sia-sia.

Dah tu aku cadang untuk beli aje rokok tu kat taman yang dekat dengan kampung, tak tahu lah kalau orang tu ada jual rokok karton. Kalau ada mestilah mahal kan? Jadi aku fikir beli sikit aje barang 3 4 kotaks. Tapi aku tanya dulu dia ada jual tak yang karton, nak estimate economy dulu kalau tak aku yang lingkup. Memang aku agak dah, dia jual mahal daripada yang kat pekan tu, mahal RM3. Kat pekan jual sekarton RM30, dia jual RM33. Tapi tak apalah kut since it still boleh jimat kan? Aku beli rokok murah aje since a cigarette is still a cigarette, no matter how much it is. Ibaratnya macam memandu kereta Kancil yang lampu bulat tu sama Mini Cooper, kan jauh beza harganya. Tapi kalau dilenyek dengan treler yang sama berat, sama jenis, effect dia juga adalah sama. Sama ada kau mati, atau mati. Mestilah mati kan? Ekekekeke.