Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Friday 24th January 2014



By  azlanpunyablog     22:52     
Entah apa masalahnya yang buat aku kemain susah untuk tidur malam, bila difikirkan tak ada apa masalah pun sebenarnya. Tapi itulah, pukul 3 atau 4 pagi baru boleh tidur, macam semalam pukul 4.30am gitu baru dapat pejam. Stress jugak rasanya. Nasib lah hari ni tak ada kelas pagi, ada satu kelas aje itupun petang pukul 2.30pm.

Sedap sangat tidurnya sampai tak sedar langsung dah tengah hari, aku terjaga pun sebab terdengar lagu nasyid dekat surau since bilik aku memang dekat sangat dengan surau tu. Kalau jenguk dari tingkap bilik aku ni boleh nampak dengan jelas orang tengah sembahyang kat dalam. Memang biasanya tiap hari Jumaat diorang akan pasang lagu-lagu nasyid atau zikir, surau tu pun ada buat sembahyang Jumaat, jadi tak ada masalah lah nak cari masjid terdekat ke apa ke. Bila ada ceramah apa-apa aku buka je tingkap luas-luas boleh dengar dari dalam bilik sambil buat kerja, sebabnya kan aku malas nak turun. Ekekeke.

Belum puas lagi aku nak habiskan sisa-sisa tidur yang berbaki takat 5 6 minit gitu, Luqman-Classmate ketuk-ketuk pintu bilik aku. Dia tanya samada nanti aku nak terus gerak pergi ke kelas lepas sembahyang Jumaat atau naik ke bilik dulu, aku kata lah aku nak naik dulu sebab aku takut nak tinggal barang kat luar kalau bawak beg sekali. Dah tu mestilah sebab aku sayang kasut baru aku tu kan? Yang aku beli dari US. Ekekeke. Kalau hilang atau kena curi nanti mestilah aku boleh menangis, kasut tu dah lah susah nak jumpa kat Malaysia ni even kat butik dia pun.

Hari ni boleh dikatakan hari bersejarah jugak lah sebab pertama kali aku turun sembahyang Jumaat kat surau tu, selama ni aku tak pernah pun. Iyelah kan sebab minggu yang lepas-lepas kan aku balik Bangi, tak dapat lah join diorang sembahyang Jumaat kat surau. Ramai jugak yang datang sampai tak muat tempatnya, nasiblah aku ni kecik aje boleh lah selit-selit kat memana yang ada ruang. Khatib tu baca khutbah tajuk apa pun aku tak ingat, asek aje lah tengok sekeliling layan perasaan sendiri. Fikiran entah ke mana-mana, aku tengok orang-orang kat dalam masjid tu semuanya nampak hebat-hebat, semua ada kat situ untuk jadi engineer nanti. Aku yang bodoh ni, boleh ke aku nak compete sama diorang? Boleh ke jadi lebih bijak dari diorang? Itulah yang aku asek fikir bila tengok student lain. Aku sendiri tak percaya yang aku boleh ada kat sini, it just too good to be true.

Aku tak nak lah nampak handsome sangat pergi kelas pakai baju melayu, dah macam pagi raya pulak. Ekekeke. Then again aku tukar aje lah pakai tshirt kolar yang biasa. Yang mak belikan sebelum aku masuk ke sini, dah lama dia tak belikan aku baju sejak bertahun yang lepas. Hadiah katanya, masa dia cakap itu hadiah untuk aku, kemain lah sebaknya. Rasa macam nak menangis (kan aku ni lembut hati. Ekekeke), tapi tak adalah aku nak tunjuk kan? Aku cuma sengih-sengih aje membawa perasaan yang gembira yang teramat sangat. Ada dua baju dia belikan, satu lagi Ang-Kelantan pinjam tapi tak pulang-pulang lagi. Tak banyak baju yang aku bawak, itu hari aku kasi pinjam pun sebab aku kesian dia tak ada baju nak pakai. Nak buat macam mana kan? Nanti lah aku minta kat dia sebelum dia buat-buat lupa. Bentek (korang tahu ke bentek tu apa? Ekekeke) aje aku sama dia.

Straight betul Madam Azlinda-Lecturer tu, dia ajar Physic and Aerodynamic. Masuk aje kelas, dia kenalkan diri dia gitu-gitu (well actually cuma bagitahu nama dia aje), lepas tu dia tanya aku "What do you know about measurement? Ha awak, bangun!". Kerek betul gayanya, bagi aku macam kurang adab. Patutnya tanyalah dulu "What is your name? Can you describe anything about measurement?" or at least "Introduce yourself and please describe measurement". Kan? Patutnya gitulah kan? Then again aku jawab aje lah "Bear me, I've been left the school about 2years ago". Aku tak ready nak jawab apa-apa masa tu, unless she gave me barang seminit dua. Bukan susah pun jawapannya. Dah tu dia suruh aku berdiri aje and she asked the another person. Pun kena berdiri jugak. Sampailah kat this guy ni, siapa entah aku tak pandang belakang pun sebab aku kat depan sekali, itu pasal dia attack aku dulu. Dia jawab "The scale of two points" pastu aku sambung lah "To get number", saje lah aku nak dia tahu sebenarnya aku boleh jawab soalan kacang tu. Ekekeke. Pastu aku disuruh tulis kat whiteboard semua jawapan yang diorang kasi, macam tahu-tahu aje tulisan aku lawa kan :-)

Satu kelas kena tanya, ada sorang nigga tu pun tak dapat jawab cuma geleng kepala aje. Apa entah nama nigga tu aku tak tahu, dia kena repeat subject tu. What else if not failed? Madam Azlinda-Lecturer tanya who was his lecturer before, then again nigga tu jawab "You". Memang patutlah dia kena repeat sebab Madam Azlinda-Lecturer tu punya speaking kemain lah berteraburnya, memanglah aku faham sebab dah biasa guna mixed-language tapi kalau  aku foreigner pun aku tak faham apa yang dia cuba cakap. Dah lah laju mengajarnya "This x and y cant be move to here because bla...bla...bla... got it? Okay good, solve this questions. You, answer b. You, answer a. You, answer c".

Aku memang lemah gila babi subject science ni, menyesal jugak masa sekolah dulu tak belajar elok-elok, asek tidur aje. Aku rasa kalau cikgu sekolah tu yang ajar lagi seronok, senang nak faham. Cuma aku aje yang suka tidur, sebab tu tak faham. Ekekeke. Dah tu terpaksalah aku ngadap kelas 3jams dia yang boring ni. Explain gitu-gitu pastu tukar tajuk. Cuma mendengar aje lah sebab aku memang tak faham benda tu, kalau aku tanya dia lagi sekali pun mestilah aku tak faham jugak sebab cara dia ajar tu pada aku tak kena langsung. Dah tu mestilah aku kena cari another sources kan? Google, youtube atau pergi library aje, tak boleh mengharapkan lecturer semata-mata, ye tak?

Daus-Classmate ajak aku teman dia pergi jumpa Kak Lin-Loan, nak hantar borang permohonan MARA dia. Takut katanya nak ngadap Kak Lin-Loan tu, memang lah Kak Lin-Loan tu garang orangnya tapi tak ada benda pun yang nak ditakut. Paling tidak pun kena marah aje, tak ada pun dia nak acu pisau ke, mintak duit perlindungan ke apa ke. Daripada luar cermin office Kak Lin-Loan dah boleh nampak dah muka garang dia, ada petanda nak marah tu. Ekekekeke. Muka dia memanjang masam, tak tahu lah dia ni dah kahwin ke belum. Lawa dah lawa dah, cuma garang aje :-)

"Awak dah solat belum? Kalau belum, pergi dulu. Pergi pergi". Hampa aje aku tengok si Daus-Classmate, punah harapan dia masa tu. Ekekekeke. Dah tu aku saje lah senyum-senyum kat Kak Lin-Loan tu "Hai Kak Lin". "Hiiiiii", reti pulak dia dia balas pastu senyum balik kan? Atau memang aku ni pandai ambik hati? Ekekekekeke.

Awal aku makan hari ni, balik kelas pukul 5.30pm tu terus aku pergi makan. Dekat aje dengan office Kak Lin-Loan tu, office dia kat tingkat atas Student Center tu, foodcourt dia kat bawah je. Senanglah nak gerak kesana kemari sebab tempatnya semua dekat-dekat. Mungkin luck aku sangat baik hari ni, banyak lagi ikan kelinya. Ekekeke. Padahal bersepah lagi menu lain, ayam masak merah, tomyam, paprik, telur goreng sambal, ayam masak kurma etc etc, tapi aku masih tertarik dengan ikan keli :-)

Tak ramai yang main volleyball, cuma ada dua teams aje sama extra 2 3 orang. Semalam ada 3 teams and other extras, jadi puaslah main walaupun tak rancak mana pun, macam aku main dengan kawan-kawan aku dulu. Mungkin sebab masing-masing tak serasi lagi kut playing in a new team. Tapi aku rasa hari ni aku ada improvement lah dari semalam, more better, dah dapat rentak sesikit just need more energy. Step masih tak betul masa nak spike tu, need more energy. Senang-senang aje opponent beli bola aku tu, kalau dulu masa muda-muda aku mampu aje spike sepantas cahaya jingga tapi sekarang macam bapuk jalan Chow Kit pukul orang guna handbag je.