Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Wednesday 5th February 2014



By  azlanpunyablog     20:59     
Sibuk betul rasanya semalam sampai tak menyempat aku nak ngupdate, selalunya waktu malam ajelah aku rajin menulis tapi semalam lepas habis kelas aku melepak sama KJ-classmate kat bilik aku ni. Sampai ke pagi jugak lah menyembang, dari situ barulah aku boleh kenal kawan aku kan? Dari situ jugaklah aku tahu yang KJ-classmate tu ada something in common dengan aku kan, in the fact dia suka melukis macam aku. Mungkin dia dah sedar that few common things dari awal kot sebab tu lah dia suka berkawan dengan aku kan? Sebab tu dia suka bersembang dengan aku kan? Kalau kat kelas pun suka duduk sebelah aku, kadang tu sebelum pergi kelas dia datang bilik aku dulu sebab nak pergi sama. Ekekeke.

Banyak jugaklah cerita yang kitorang kongsi, since we got the same minded its not a big deal to understanding each other as well. Senanglah nak faham cerita yang dia kongsi tu or even masalah yang dia ada. But he might be otherwise, kan aku jauh lagi jahat dari dia. Mestilah orang yang baik-baik ni tak pernah rasa pengalaman orang jahat kan? Ekekekeke. Itu yang aku quite sure lah by the way he acts etc etc. Lagi satu yang aku perasan KJ-classmate tu mata dia cenderung sangat kat perempuan, pantang nampak awek cantik asek aje lah dipandang-pandang. Aku pandang jugak tapi aku tak ada pun timbul rasa nak mengurat, aku pandang pun sebab awek tu cantik  :-) Cuma ada sekali tu masa mesyuarat asrama aku macam terjatuh cinta lak, cantik gila babi awek MC tu. Berebutlah aku sama KJ-classmate mempertikaikan kelayakan memasing. Ekekekeke. Lagipun I don't want to make any attempt at getting closer to any girl since perempuan kat sini kemainlah sikitnya. Nanti kena berkongsi dengan orang lain, aku tak nak. :-)

Aku set alarm pukul 10.30am gitu, nak bangun awal konon nak study sikit sebab aku dah dapat kesedaran yang masa tu amat penting. Lagipun ada a couple subjects tu aku susah nak faham. Jadi masa yang sekelumit tu aku tak nak lah sia-siakan, masa yang sekelumit tu kalau aku pandai guna macam-macam aku boleh dapat instead of a word. Tapi itulah, kesedaran aku tu masih belum dapat diaplikasikan lagi when I just decided to stop the alarm and I won't let it keep ringing, then again aku sambung ajelah tidur sampai pukul 1.30pm. Ekekekekeke. 

Memang aku ni pesen suka buat kerja kelam kabut agaknya, last minute baru lah nak menggelabah  buat itu ini. Nasiblah aku mandi kejap aje takat 7 8 minit, itupun masih lambat. Kadang aku tengok budak Thailand tu relaks aje lambat-lambat, kalau kelas pukul 2.30pm, pukul 2.15pm baru terhegeh-hegeh nak mandi, itupun masih sempat lagi nak masturbate. Kadang tu pulak tak sampai 5 minit pun, keluar bilik kejap cuci muka pastu masuk bilik terus sarung uniform. Nampak sangat pengotor. Ataupun diorang lupa yang diorang sekarang tinggal kat Malaysia? Kalau kat negara sejuk biasalah orang tak mandi kan?

Macam tu lah aku bila tak ada kelas pagi, asek ajelah menangkan tidurnya. Hari ni ada kelas petang sama UstazWan-Lecturer, katanya hari ni last dia mengajar kitorang dan nak diganti dengan orang lain sebab dia nak buat PhD. Tapi aku tak ambik port sangat, biasalah benda gitu tukar-tukar lecturer. Aku bukan budak sekolah rendah bila dengar cerita cikgu nak tukar aje mulalah nak nangis-nangis konon-konon sayang cikgu. Pastu esoknya buat macam tak ada apa-apa berlaku. Ekekekeke. Cuma satu ajelah yang aku risau, kalau-kalau lecturer yang ganti tu tak best, nanti mesti aku tak boleh fokus sebab mengantuk. Kan memang biasanya gitu, kalau bosan je mesti nak tidur.

Makin hari makin malas pulak aku nak turun main volleyball, aku kalau tak suka orang memang aku terus tak nak campur. Macam budak-budak yang main volleyball tu, ada sorang tu aku tak berkenan kemainlah berlagaknya. Main tak nak relaks, tamak sangat. Kalau dapat first ball terus aje dia kasi clear, mana ada nak kasi orang spike bagai. Biasa yang main macam tu orang perempuan aje, dah tu asal dapat point aje nak tepuk-tepuk tangan, menggelabah aje lebih. Aku rimas kalau macam tu, then again aku tak nak dah main sama diorang sebab nanti aku akan main jugak sama budak tu. Kalau tak ada dia aku okay aje main sama diorang. Let you know, I'm particular person, benda kecik gitu pun nak complaint.

Dah tu aku melepak ajelah kat dalam bilik, cuci mata kat Amazon sambil cari-cari barang yang berkenan atau barang yang susah nak dapat kat Malaysia ni. Macam tu kut cara aku mengelak diri aku dari rasa rimas dengan orang lain, duduk sorang-sorang as a lone ranger. Banyak benda lagi yang aku boleh buat kan? Amazon tu pun baru first time aku godeh, tapi benda tu bukan benda baru pada aku. Lama dah aku tahu cuma sekarang ni aje aku baru terasa nak check it out and have fun with it. Have fun? Not really sebab aku tak ada duit nak beli barang yang aku nak tu, kononnya nak beli RC Aircraft, boleh lah aku main kat apron yang luas tu tiap petang kan? Boleh lah aku main sorang-sorang kan? Tak payah lagi aku nak melepak sama orang yang rimas-rimas ni kan? Especially yang macam Fatty-Nerd tu. Tapi nanti dululah, kan sekarang aku tengah tak ada duit, but once dah dapat duit MARA aku nak lah beli satu either aircraft or heli or both. Nanti aku katalah practical during playing :-)

Ada jugak aku ushar men clothing, aku dok tercari-cari double-sided suit (baju yang boleh diterbalikkan tu, dua design dalam satu baju). Lama dah aku cari suit macam tu, tapi setakat ni aku cuma jumpa double-sided sweater aje. Itupun tak lawa sangat, material dia pun tak berapa cun lepas aku baca comments dari buyer. Kalau nak cari kat kedai ni memang aku kena merantau satu Malaysia kot baru jumpa, Malaysia kan semua benda nak ketinggalan. Pakaian jenis macam tu pun susah nak dapat, kalau ada pun mesti mahal gila babi punya sebab tak banyak jual. Nanti balik kampung aku nak try cari kat GM Wholesale tu dulu kalau-kalau ada.