Just the another typical day, nak terlajak aku tidur pagi ni sebab semalam aku tidur lambat. Kemain susahnya nak tidur, like 4am gitu baru aku dapat tidur dengan sendirinya. Pusing ke kanan golek ke kiri tak jugak berjaya, kut kalau ada any drugs okay lah boleh buat aku tidur kan? Ekekekeke. Tambah lak bunyi bising suara orang gelak berdekah-dekah 2 3 pagi, aku sangka pontianak ke apa ke, cuak gak aku. Kan aku tinggal sorang kat bilik, yang paling hujung, yang tak ada orang lalu, yang kat tepi estate. Suara dah lah tak sedap, buruk. Pastu nak lebih-lebih lak. Macam mana lah diorang boleh dibebaskan gelak tawa sesuka hati?
Nyampah betul aku dengan orang yang guna tandas tak reti flush ni, bukannya susah sangat pun cuma tarik tali dia aje. Aku suspek ni mesti geng budak-budak Thailand tu ha sebab aku pernah nampak diorang kencing kat jamban tak tutup pintu masa aku nak cuci muka malam-malam, tak pun masa aku nak basuh tangan atau gelas. Kencing kemain lama pastu bukan reti basuh, takat goyang-goyang gitu aje pastu simpan. Apatah lagi nak flush kan? Cuba contohi aku, yang sentiasa mempraktikkan sifat kemelayuannya :-)
Lagi menyampah bila saat-saat terdesak/emergency nak berak tu, nak kena cuci dulu bersih-bersih, simbah air sabun kasi wangi. Kalau tak, tak selesa langsung. Pastu tak boleh nak keep consentrate, taik pun tak nak keluar. Ekekeke.
Milo Bijirin sama Nesvita Honey yang aku beli dua minggu lepas pun masih ada lagi, jadi aku breakfast itu aje lah. Sama sliced bread Gardenia yang aku beli semalam tu, dah keras sikit tak berapa nak sedap. Getting expire kut. Makan roti cicah sama air Milo aje sebab kaya dah habis (semalam masa beli barang kat Student Center pun dah habis kayanya). Tapi tak habis pun air Milo tu, macam manis sangat. Nanti kalau perut memulas aku dah malas nak keluar masuk jamban, nak tanggal seluar nak berak bagai. Dah tu hisap rokok sebatang kejap sebab aku tengok jam ada lagi 20minit gitu, orang kata untuk generates energy, gitulah bunyinya. Ekekekeke. Lagipun 20minit tu lama sangat, kelasnya pun bukan jauh mana. Since aku ni jenis yang respect orang lain yang tak suka bau rokok, aku tak nak lah nanti kat kelas ada baunya kan. Jadi aku kumur dengan Listerine, itupun dah tinggal sikit. Nanti ajelah aku beli lagi.
Patutnya kelas hari ni kat bengkel, jadi kitorang seramai 19 orang ni melepaklah kat depan bengkel tu menunggu lecturer sampai sebab kitorang tak ada kunci nak masuk. Lagipun tak tahu kat mana nak dapatkan kunci tu. Kalau ada kunci lama dah aku geledah bengkel tu, punya excited nak belajar. Tak sabar betul nak terbang kan :-)
Ada this one old folk guy (not really old actually, but he must be old. Ekekeke) laju aje jalannya pergi kat kitorang, muka dia tak nak kalah seriusnya. Then again dia katalah yang dia ganti Mr. Helmi-Lecturer (dia MC kena buat operation for some period of time) untuk sementara. We were quite panic just after tengok muka dia yang garang tu, cara dia cakap pun lantang macam mak-mak yang menengking anaknya. Siapa tak panic kan? Nanti kalau ada apa-apa masalah karang payah nak declare dengan orang macam tu.
He called somebody, guess it was the other staff, macam ada masalah aje. Then he told us that dia tak ada kunci bengkel tu, supposed to be at the technician he just called to. Tapi technician tu datang lambat katanya. So, tak dapatlah nak masuk sebab tak ada kunci. Tercover-cover aku gelak bila orang tua tu mencarut "Shit!". Lawak betul, dah tua pun masih ranggi, lagi-lagi tengok pesen rambut belah tengah dia tu. Ekekekeke. Dia suruh kitorang cari mana-mana class yang kosong. Belasah aje mana pun. Dapat kelas kat tingkat atas A row, ada empat rows semuanya which consists A, B, C dan D.
Terus hilang semangat aku nak belajar hari ni, tengok gaya dia yang kemain garang tu. Terfikir gak aku "Boleh ke aku nak ngadap kelas Material and Hardware sama dia selama 4jams ni? Risiko untuk tak faham sama mengantuk teramat tinggi. Bullshit". Then again he introduced himself, dia tak cerita lebih details pun pasal background dia macam lecturers lain selalu buat. Dia cuma cerita yang dia pernah kerja kat MAS for 36years dan habiskan kerja dia dengan merantau kehulu kehilir. Since aku rasa tak minat dengan dia ni aku pun macam malas nak ambil port, except bila dia bagitahu some important points baru aku fokus. Learning from other's experience is more cheaper, right? So rugilah kalau aku buang masa gitu aje dengan mengabaikan beliau kan? :-)
Geram pulak rasanya bila dia bagitahu nama dia, serupa dengan nama aku. Blerghh. Tapi tak apalah, aku dapat bayangkan jugak diri aku kat tempat Mr. Azlan-Lecturer tu, nampak hebat. Ekekeke. Iyelah, kalau tak hebat tak adalah dia kat sini kan? As I know the university offers something yang memang hebat, majority of the lecturers are from industry people, bukan academic. So luaslah pemandangan dan pengalaman diorang, benda-benda yang aku boleh kutip senang-senang. Ye tak?
We've been asked about the origin and background ayah memasing. Tak ada pun dia nak tanya nama apa, why do you choose this course, relevant SPM result, what sport do you involve in etc etc, benda yang biasa lecturer tanya, tak ada pun. Tapi bagus jugak dia buat macam tu, aku lebih interested untuk tahu background mak bapak diorang. Apa yang aku nampak diorang ni memasing son born rich cuma aku tak tahu apa career parents diorang. My thought was so true, kebanyakannya anak engineers, pengurus felda, doctors, accountants, pesara, paling cikai pun pegawai pelajaran.
"What about you right there?" sampai dah turn aku. "My dad already passed away". Aku dah agak dah, mulalah dia nak kasi ceramah tambahan "You see that our friend, he has lost one of his beloved family. Family is the most important friend that we are all have. They...bla...bla...bla...". Aku bukan tak suka, cuma dia perlu kasi sesuatu yang lain daripada yang aku selalu dengar, aku bosan dengar benda yang sama, aku tahu apa aku buat sebab aku dah biasa dengan kata-kata macam tu, serupa. Jadi ceramah yang dia kasi tu dah tak berkesan dekat aku, aku bukan budak-budak lembab yang tak boleh berfikir. Aku yakin fikiran aku sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan kawan sekeliling aku.
Even Mr. Azlan-Lecturer yang tak handsome tu a bit strict orangnya, ada jugak benda yang aku suka. Especially part dia kasi motivate, more to cuci otak. Sebabnya almost semua yang dia cakap tu memang dah ada kat otak aku, benda-benda yang aku cuba sampaikan kat orang, benda yang selalu aku ketengahkan kat kawan-kawan aku, tapi kawan aku anggap benda ni sampah. Hakikatnya benda ni lah realiti, benda yang perlu kita ada. Tapi aku faham jugak orang lain bila diorang buat bodoh aje, pada diorang mungkin "ala kau cakap aje lebih, tengok kau sekarang masih kat sini jugak. Tak maju pun". Thats it, typical minded.
Kan aku ni jenis yang suka surfing internet, jadi benda-benda macam ni lah yang biasa aku cari, kadang tu aku baca buku-buku, one of it "The Magic Of Thinking Big". Lepas aku baca buku tu aku happy sangat sebab aku sedar, sedari awal lagi aku dah berfikiran macam apa yang professor tu tulis. Saje lah aku nak berlagak kan? Ekekekeke. Kau nak hidup ni, kena berfikiran kreatif, atau lebih tepat, fikiran kelas pertama. Em, rasanya macam nak create the another one blog pulak pasal benda-benda gini. Ekekeke. Tengoklah nanti camna kan :-)
Lepas satu jam berlalu, aku dah start suka dah dengan cara Mr. Azlan-Lecturer tu mengajar, actually dia tak adalah garang mana pun. He is just a punctual person, itu aje. While Im a particular person. Yang sama cuma part motivated aje, siapa tak bangga kan bila berjaya motivate diri sendiri? Mamat ni cuba membebel kalau lambat aje, since he had the experience living in aviation culture kan, no doubt. Masa tu penting.
Then dia nak extend kelas lagi setengah jam sampai pukul 1pm, patutnya habis 12.30pm but its okay lah. Assume aje tu masa ganti untuk minggu lepas. Setakat belajar basic tu tak ada apa sangat, karang bila dah level extreme memang tak lah aku nak kasi chance extend kelas kan? 4jams pulak tu.
Ikut perancangan awal sepatutnya aku nak tidur petang tadi sebab aku kan tak cukup tidur, tapi biasalah aku kalau dah ngadap laptop, semua benda aku ketepikan, semua aku lupa. Ada aje yang nak dibuatnya, ada aje yang nak dicari dan dibaca, hasilnya tak nampak pun. Cuma action aje lebih kan? Itulah dia, tak semua hasil perlu dinampakkan sebenarnya, kadang kita cuma rasa perubahannya aje. Pada aku, aku rasa perubahan pada kepala otak aku, lebih berfungsi malah lebih cerdik walaupun tak pandai. Good self-thought ;-)
Asek melepak kat dalam bilik aje, nampak sangat yang aku ni malas exercise kan. Sesekali kena gak exercise, even aku kurus kering camni tak semestinya aku sihat. Jadi aku perlu hirup udara segar kat luar instead membuka mata aku lebih luas, tambah aku ni heavy smoker. So memang patutlah kan?
Pukul 5.45pm gitu aku turun ke court volleyball, lama sangat aku tak main sukan tu. Hampir lupa camna nak main, perfomance confirm down gila babi punya walaupun dulu aku memang terer main volleyball kan? :-) Aku ada gak call KJ-Classmate sebab dia ada bagitahu tadi kalau nak turun call dia dulu, tapi tak dijawab pulak. Consider dia dah seronok main agaknya, selalu dia antara yang terawal turun pukul 5.30pm gitu dia dah ada kat bawah dah. Aku malas nak turun awal sangat sebab cuaca masih panas lagi, nanti kulit aku gelap! Ekekekeke. Feminin betul aku kan? Dah tu siap beli lotion Vaseline lagi tu. Peduli lah apa orang kata. Ekekeke.
Teruk betul cara aku main, almost 2-3years aku tak main benda ni. Macam budak baru nak belajar how to dig (maksud dig dalam volleyball bukanlah menggali, mungkin sebab cara dia seakan menggali jadi dipanggil dig), how to spike, how to set, how to do this and that techniques etc etc. Serve pun macam pondan, selalu tak masuk. Walhal dulu aku boleh je serve dua tiga style dengan kelajuan sepantas cahaya jingga, tapi sekarang perlahan aje bolanya, lagi laju siput berjogging (ada ke siput jogging? emm, never mind). But it doesnt matter at all, I can play it well for now. Mungkin belum serasi dengan team, lagipun kan dah lama sangat aku tak main, so no wonder lah kan? Kat kampung pun entah ada lagi ke tidak orang main. Kalau ada pun budak-budak sekolah yang tak hebat tu, yang hebat-hebat memasing sibuk bekerja., tak adalah nak main kan? Futsal ajelah satu-satunya sukan yang aktif.
Kelam kabut jugaklah aku nak kejar masa, nak mandi, nak makan, nak online, nak itu nak ini. Ada lagi kurang daripada sejam nak start class pukul 8.30pm. Sebelum mandi tu Luqman-Classmate ketuk pintu bilik aku, "Weh nanti nak gerak kau singgah bilik aku dulu eh". "Alright" aku jawab ringkas. Kira cepat lah jugak aku mandi, tak sampai 10 minit pun. 15minit gitu aku dah siap semua sekali, sapu lotion (emmmmmmmm, ekekeke), minyak rambut semua, kasut pun dah pakai. Nampak lah jugak kehandsoman aku hari ni, paling berseri kat belah kaki sebab aku pakai kasut baru yang aku beli dari US tempoh hari. Nak menunjuk lah tu kan? Ekekekeke.
Luqman-Classmate kata lepak dulu kat Student Center nak tunggu Daus-Classmate tak siap lagi, block hostel Daus-Classmate betul-betul kat depan Student Center tu. Kalau dia keluar confirm nampak kitorang punya. Alang-alang dah kat situ eloklah aku teruskan hajat nak makan, lagipun ada masa lagi 15minit, ingat sekejap ke 15minit tu? Within that time, boleh berak barang 3-4 rounds tau, inikan pulak spend untuk makan, cukup sangat lah, ye tak? Ekekeke. Nothing else yang aku nak makan selain nasi lauk iklan keli goreng sama sambal, setakat ni itu ajelah selera aku. Baru RM3 sepinggan, tambah dengan segelas air kordial RM1, total RM4. Jimat sangat, nasi tu aku ambil banyak-banyak biar kenyang. Aku sukat 2 1/2 senduks untuk lunch and the another 2 1/2 senduks untuk dinner, so must be 5 senduks there untuk cover up lunch sama dinner. Makan semua sekali gus! :-)
Aku tengok jam lambat 3 minit aje, lecturer pun dah ada kat dalam kelas menyembang dengan member lain. I didnt know what comes up but the first thing I heard "Sorry, saya kena balik lah. So kita tangguh kelas kita hari Rabu depan okay? Kelas minggu lepas kita ganti hari Khamis. Macam mana?" sounds like the class was going to be dismiss and she got an important date to attend, sebab masa dia cakap tu macam ceria aje mukanya. Tapi lagi ceria lah budak-budak ni kan? Ekekekeke. Nyesal aku datang, kemain aku terkejar-kejar naik tangga tadi lepas makan. Senak perut aku.
Then again, melepak aje lah kat Student Center sama Luqman-Classmate, Pipi-Classmate, Daus-Classmate dengan KJ-Classmate. Nak balik bilik memang tak ada apalah nak buat kan, paling tidak pun mengonline aje kerjanya. Aku tak nak macam tu nanti mata aku tak berehat. Sembang kosong aje sama diorang, kenal-kenal background memasing. And I started to know them well, pada aku bolehlah nak dibuat kawan kan since diorang ni pun jenis open minded. No problem with that, siap boleh membahan lagi ustaz yang bagi ceramah kat surau tu (surau tu betul-betul sebelah Student Center, jadi boleh nampak dengan jelas ustaz tu dari tingkap tepi tengah kasi ceramah). Ekekekeke. Unless kalau diorang spesis macam Fatty-Nerd. Agak-agak kalau dia nak buat lawak bodoh, memang aku ludah aje ke muka dia. Nyampah gila aku sama Fatty-Nerd tu.
Luqman-Classmate dah balik awal tadi, so aku jalan sorang-sorang aje lah balik ke bilik. Nak masuk bilik tu dia panggil aku, nak pinjam laptop katanya since dia tahu aku ada laptop sama broadband. Roommates dia pun ada jugak laptop sama desktop, Fatty-Nerd sama Ang-Kelantan punya. Aku rasa aku faham kenapa dia tak nak pinjam diorang punya, aku memang suka teka-teka ni. Entah-entah sebab Fatty-Nerd tu yang jenis kedekut dan tak pandai menipu, dan sangat lembab. Mesti dia tak kasi pinjam. Kalau Ang-Kelantan tu aku tak tahu lah sebab apa, mungkin ada isu sikit ke apa ke kan? Lagipun aku bukan suka sangat sama dia tu, sebelum ni suka sangat melepak kat bilik aku, tumpang tidur lah, paw rokok lah, dah lah kuat menghisapnya. Kalau aku hisap sebatang, dia akan hisap 3 4 batangs, and the problem is, rokok yang dia hisap tu dia paw dari aku. For everyday. Dah tu pinjam baju tak reti pulang lagi sampai sekarang, memang tak basuh lagi pun. Seminggu dah, sengaja lah aku nak peratikan dulu. Damn it!
Tak tahu pulak aku Luqman-Classmate ni minat business, kemain beriya lagi tadi mintak aku ajarkan. "Aku tahu kau expert pasal ni, ajarlah. Aku memang nak sangat belajar buat ni". Aku tak pasti dari mana dia dapat tahu benda ni, aku senyum aje lah memula tu. Mungkin sebab itu hari dia ada terdengar aku on call sama supplier kot, kan cara aku bercakap tu cara businessman. Mestilah dia dapat syak kan? :-) So sementara dia guna laptop aku tu aku ajarlah terus mana yang boleh, siap kasi 'secret place' lagi. Step by step aku ajar, tapi tak ada lah semua sekali. Cuma aku terangkan benda basic aje, mana langkah yang selamat, mana langkah yang berisiko, mana langkah yang tak berbaloi, things like that lah. I know he was really excited with the explanation very well :-) tunggu masa lain aje aku cadang nak bawak dia ke 'secret place' aku tu.