Awal jugak aku bangun hari ni, nasib baik aku set alarm pukul 1.30pm. Kalau tak entah pukul berapa aku bangun, kira awal lah kan daripada weekend, pukul 2.00pm. Ekekekeke. Mentang-mentang tak ada kelas melantak tidur aje kerjanya.
Cadangnya hari ni aku nak pergi print a document untuk borang permohonan pinjaman MARA aku tu, hari Isnin aku dah submit tapi ada satu helai tu tersilap. Jadi hari ni aku nak settlekan lah kononnya sebelum Kak Lin-Loan tu mengamuk. Pagi Isnin hari tu aku dah kena sound sebab borang aku tu tak ada gambar, benda kecil gitu pun takleh considerate. Aku cuma terlupa aje pun. Then again aku hantar semula waktu petang sama Luqman-Classmate, masa tu barulah mood dia okay sebab kitorang paling awal hantar. Nasib baiklah aku ni berbudi bahasa orangnya, boleh lah mengayat sesikit :-)
Dah tu tadi aku pergi bilik sebelah aku tu, bilik Luqman-Classmate nak pinjam pendrive sekejap. Sengajalah aku datang buat-buat cari Luqman-Classmate tapi dia tak ada lak, Fatty-Nerd (budak nerd specky MRSM yang lembab, pesen yang 'mak aku tak kasi pinjam, nanti dia marah') kata dia ke surau. Actually memang aku cari Fatty-Nerd pun sebab aku tahu cuma dia aje yang ada pendrive. Kemainlah kedekutnya dia tu, kejap kata ada kejap kata tak ada. Pastu berlakon toleh kiri kanan konon tengah mencari kot-kot ada, then dia kata tak ada. Gagap pulak tu masa cakap, macam lah aku tak tahu dia menipu. Kan aku dah nampak semalam masa aku melepak sama Luqman-Classmate kat bilik dia.
Nampaknya aku kenalah bawak notebook aku sekali nanti, nasib baik kecil aje bendanya. Tak ada lah leceh mana pun, tapi leceh lah jugak kan? Ekekekeke. Hangin aje aku sama Fatty-Nerd tu, memang dah lama aku peratikan sejak orientasi hari tu. Memang spesis lembab gila babi, aku tak tahu macam mana dia boleh masuk sini.
Aku try call Luqman-Classmate tapi dia tak angkat, KJ-Classmate pun sama. Takkan lah ada kelas ganti kut? Kalau ada kenapa Luqman-Classmate yang cuma duduk kat bilik sebelah ni tak bagitahu aku? Kat mana diorang sebenarnya? Kot iye pun reply lah sms aku, selalu main twitter dalam kelas okay aje, takkan lah reply sms tak boleh kut. Kalau betul ada, that is so bad starting for me. Aduh.
Terpaksalah aku bawa notebook pergi ke kedai photostat tu sebab aku tak ada pendrive. Nasib lah tak ramai, cepatlah siap kerja aku kan? Dah tu aku tanya Abun-Photostat kalau-kalau aku boleh print out document directly from my computer. Dia kata boleh, pastu dia suruh masuk ke dalam ikut pintu belakang since masa tu dia kerja sorang aje. Tapi aku baca tulisan kat pintu belakang tu 'Pelajar Dilarang Masuk', peduli pulak aku kan? Dah dia yang suruh. Ekekekeke. Abun-Photostat suruh aku buat sendiri since dia tu tengah busy, dia kata semua yang bertimbun tu perlu siap by today jugak. Kesian aku tengok, dia tu kan OKU, akak lagi sorang tu balik kampung katanya. Jadi dia keseorangan lah.
Then ada sorang brother ni datang, senior rasanya sebab dia pakai uniform (student baru macam aku ni belum dapat uniform lagi, cuma pakai tshirt biasa aje). Kat sini lecturer sama student lebih kurang aje uniformnya sampai aku tak boleh nak kenal pasti. Asal terserempak aku senyum aje lah atau bagi salam :-)
Aku pandang brother ni, pastu laju je dia cakap "Nak photostat". Laju sangat untuk aku mendapat taraf sebagai pekerja kat situ. Padahal tak sampai 5minit pun aku masuk. Ekekeke. Pastu aku panggil lah Abun-Photostat biar dia aje yang buat. Ada jugak rasa nak tolong dia buat kerja yang menggunung tu, mana yang nak di copy, mana yang nak di stapple, mana yang nak di binding, tapi aku rasa tak sedap hati lak sebab aku kan student aje. Student baru pulak tu. Lagipun kalau ada apa-apa jadi aku malas nak jawab nanti. Tapi aku kesian sangat sama Abun-Photostat tu. Hmmm. Biarlah, kan dia dibayar gaji.
Kak Lin-Loan okay aje hari ni aku tengok, tapi tak adalah nampak ceria since Kak Lin-Loan ni garang orangnya. Kalau tersalah cara bercakap atau tanya soalan yang tak sepatutnya, melenting lah dia nanti. Masa briefing hari tu aku tengok baik aje orangnya, macam boleh diajak bergurau. But after I met her in person, barulah aku tahu camna. Ekekeke. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tahu aku boleh handle orang macam tu. Saje lah aku tanya "Busy ke Kak Lin?" sambil sengih-sengih kat dia. "Emm, so far....tak busy lah. Kau tengok box tu penuh ke tak? Kau bagitahu diorang hantar cecepat sebelum aku mengamuk macam sem lepas". Bunyi macam marah tapi reti lak senyum kat aku kan? Ekekekeke. Orang spesis hot-tempered ni biasanya kalau kau buat-buat caring pasal dia nanti dia okay lah. Bila sembang tu muka kena nampak happy sikit :-)
Dalam perjalanan nak balik ke hostel tu aku singgah kejap ke Student Center. Nak beli makanan sikit. Aku tak biasa dah makan nasi untuk tengah hari, biasanya aku beli sliced bread Gardenia Original Classic tu sama Coke botol besar dengan air mineral (Coke tu favorite aku setiap hari). Boleh lah bertahan untuk dua hari gitu. Cuma tadi aku beli extra Mexican Coffee Bread buat alas perut. Roti tu aku makan masa tengah hari dengan tengah malam aje. Pukul 6 atau 7 baru aku makan nasi, itulah lunch itulah dinner. So aku boleh saving sikit, nasi sebungkus lauk ikan atau ayam baru RM4. Air aku dah beli sesiap dah untuk dua hari. Itupun sebab aku nak kumpul botol dia je. Next time aku isi aje lah air RO kat vending machine tu, yang 1liter 20sen, kan lebih jimat :-)
Tak ada apa sangat yang aku buat petang-petang ni, tak macam kat kampung tiap petang aku pergi main futsal. Aku ni pesen bila dah dapat laptop tu susah nak lepas. Ngantuk atau penat macam mana pun selagi aku tak dapat apa yang aku cari memang tak ada lah aku nak switch off laptop ni. Ekekeke. Kan aku ni suka surfing macam-macam, join forum, research pasal business (F&B, restaurant, petrol pump, cafe, budget hotel, properties etc etc), resepi pun aku cari. Diam-diam banyak juga yang aku dah belajar. Daripada orang lain sibuk main facebook dan layan porn, baik aku membezakan diri aku dengan buat benda lain. Cuma satu je bodohnya aku ni, aku tak cari pun apa-apa pasal course yang aku tengah belajar sekarang. Daaanngg!!
Lambat aku beli nasi hari ni, tak macam selalu pukul 6 atau 7 aku dah turun ke Student Center untuk beli nasi. Tadi pukul 9.30pm baru aku turun. Ramai jugak orang kat situ, tapi tak ramai sangat. Yang beratur pun takat 5 6 orang aje. Meliar mata aku cari ikan keli, tinggal seketul aje ikan keli goreng kat dalam tray tu, yang lain dah habis. Aku ambil ayam cuma bila betul-betul dah tak ada ikan keli je. Ikan lain aku tak nak. Telur goreng apa semua tu pun aku tak nak. Itulah aku siapa suruh turun lambat kan? Nasib baiklah ada ikan keli spare untuk aku tu :-)
Singgah bilik Luqman-Classmate kejap tadi nak double confirm samada petang tadi ada kelas ke tidak, dia kata ada. Kelas kat surau. Ciss! Dua kali dah aku tak pergi kelas ustaz tu, minggu lepas pun sama. Masalahnya aku masih tak familiar lagi dengan keadaan kat sini, mana nak dapat information semua tu (patutnya diorang kenalah kasi sekali nombor lecturer tu kat jadual, rasanya tak adalah masalah untuk tak datang kelas kan?). Dah tu bila drag masa ke masa yang lain, tak ada pun yang spread news. Tinggallah aku macam orang bodoh sorang-sorang kat bilik. Tak apalah kut rasanya even its not really a good start being here. Awal-awal lagi dah tak datang kelas kan.