Panasnya hari ni, tak senang aku nak tidur. Selalunya pukul 1pm pukul 2pm macam ni masih sedap lagi nak tidur, tapi bahang dia lain macam. Terus aje aku bangun capai tuala melepak kat bilik air, kononnya nak sejuk sikit lah tu bila terkena air kan? Ekekeke.
Sekali aku pulas kepala paip tu, nah kau rasakan panasnya air tersebut. Dah macam pakai water heater pulak, kalau guna water heater aku rasa air paip ni dekat-dekat level Max jugak lah. Kan rumah aku ni rumah kampung, jadi saluran air PVC kat luar tu terdedah kat bawah panas terik Matahari dan ini menyebabkan suhu air didalamnya akan meningkat. Begitulah hipotesis yang aku pernah buat masa darjah 4 dulu.
Then again aku pulas kepala paip tu sampai habis lepas tu aku biarkan lama-lama sampai air tu rasa sejuk, baru aku berani nak pegang. Paip PVC yang terdedah kat luar tu panjang, jadi air paip dalam perimeter tersebut panas dan ia mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan air-air yang panas sepanjang paip PVC tu. Kemudian air paip yang sejuk didalam paip PVC yang terlindung dalam tanah pun akan keluar selepas air paip yang panas tu keluar habis. See? Explanation yang sangat educated kan? Ekekekeke.
Tapi aku malas nak mandi sekarang, cuma gosok gigi sama cuci muka aje sebab aku nak cepat-cepat minum air. Cuaca panas ni buat tekak aku terasa kering sangat. Tapi malangnya tak ada pulak air sejuk mahupun ais kat dalam freezer tu. Aku bedal aje air gas oren tu, tapi aku tak suka sangat. Cuma buat lega tekak aku aje.
Dah tu aku landing bawah kipas tengok tv, meter dah kat nombor 4 pun masih tak rasa sangat anginnya. Bahang panas tu lagi power since rumah yang belakang ni tak ada ceiling, cuma rumah bahagian depan je yang ada. Tapi kat depan pulak tak ada tv, mak lagi suka taruk tv dekat sini sebab dekat dengan dapur. Katanya kalau buat kerja kat dapur boleh tengok tv sekali layan Sinetron. Ada tv lain tu tapi dah rosak.
Nasib baik aku tak terlupa nak resend sms semalam tu, cuma aku ada edit-edit sikit kasi sedap didengar. Harapnya bila orang tu baca ayat sedap-sedap ni boleh lah dia employing aku terus kan? Ekekeke. A moment later, tak lama pun, orang tu terus call aku tanya aku duduk mana, ada experience ke tidak etc etc. Aku jawab ajelah yang aku ni tak ada experience kerja macam tu, but I got a basic knowledge about tukang-tukang ni sebab aku dah pernah buat dua reban arnabs yang ada 5 cells setiap satu reban tu. Yang menempatkan dekat 30 ekor arnabs. And then aku jawab semua soalan-soalan dia dengan penuh keterujaan dan penuh minat. "Okay, esok awak datang sini ye. Saya nak tengok macam mana. Dalam pukul 11 macam tu, boleh? Tahu kan Saujana Putra tu dekat mana?" "Insyaallah boleh. Saya tahu, cuma tak tahu kat mana the exact location tempat tu. Nanti smskan saya alamat tempat tu ye. Terima kasih banyak". Hek'eleh, ingat aku ni baru balik dari America semalam ke tak tahu tempat tu? Ekekeke. Kat belakang ni aje pun, sama daerah.
Dah tu mulalah aku siasat lokasi dia kat internet. Aku prefer Bing.map rather than Google maps itself sebab dekat google dia dah lama tak update. Highway SKVE kat belakang ni pun tak ada kat dalam Google maps, nanti dia kasi direction yang jauh-jauh yang kena lalu kawasan daerah Klang and then kena pusing balik. Kalau guna Bing.map dia terus kasi the short direction which is straight aje lalu SKVE (yang ni memang aku dah tahu), dah tu dia terus kasi direction ke alamat yang orang tu sms tadi. Jauh ke dalam jugak tempatnya, kiranya dekat hujung kawasan tu jugak. Nampak aje jauh, tapi dekat situ dia kasi average time driving 26minutes. But I can reach there below 20minutes. Ekekeke
Aku kasitau sama Ajam sebab dia yang beriya suruh aku cari kerja yang macam tu, sekarang aku dah dapat offer. Dia pun kata okay, aku lagilah okay. Cuma dia kata lagi okay kalau dapat kat Bangi, katanya boleh duduk sekali kat rumah dia. Semestinya lah aku tak nak kan? Then dia kata sementara Ari belum mula sekolah ni, guna motor Kriss tu dulu. Aku rasa mungkin dia nak kasi pinjam motor FZ dia yang dah lama tersadai kat rumah tu kot? Cuma baru-baru ni aje dia pakai.
Manjang tengok tv pun bosan jugak, aku asek fikir aje apa aku nak buat sebelum aku mula bekerja. Setakat ni cuma banyak fikir aje lah tapi tak buat-buat pun kan? Hiks. Cuaca pun dah redup rasanya elok aku cuci motor Kriss mak tu, dah lama sangat motornya tak mandi. Nak harapkan Ari memang tidak lah. Suruh isi minyak RM2 pun kedekut inikan pulak nak cuci. Kalau tank ada isi rajinlah dia guna sampai jarum fuel meter tu dekat bawah E. Selagi meter tu tak naik dia duduk rumah aje lah asalkan dia tak payah keluarkan duit. Kalau nak keluar pun mesti dia tumpang sama Ipun (adik sepupu sebelah rumah).
Semua kotor-kotor tu aku cuci, kalau bawah enjin tu tak teruk minyaknya aku rasa boleh berkilat jugak tu. Cup dia pun dah teruk kotornya since cup tu guna cup yang putih tu ha, bukan yang warna-warna. Jadi nampaklah kotornya, aku sental guna berus pun tak nak hilang jugak. Aku biarkan ajelah, mungkin bila aku dah kerja nanti baru aku boleh tukarkan dengan yang baru kot. Bahagian dalam yang dekat bawah seat tu pun aku bersihkan jugak, tebal-tebal habuknya. Ini aku dah lap, nampaklah serinya kan? Macam motor baru gitu. Kemainlah rajinnya aku kan? Atau semangat nak pergi kerja esok? Ekekekeke.
Nampaknya terpaksalah aku berpuasa selama dua hari mak tak ada ni, malas betul aku nak memasaknya. Cuma semalam siapa entah yang masak nasik, tengah malam tu aku buat nasik goreng. Itu aje lah yang senang nak buat kan? Ekekeke. Tadi bagi duit RM20 kat Ari suruh dia pergi beli Maggie aje, senang nak masak tapi tak ada lah kenyang mana makan benda tu. Itu aje duit yang aku ada. Esok nak kena isi minyak lagi, kan aku nak mula kerja dah. Itu pun kalau dapat lah kan?