Kononnya nak bangun awal hari ni, kan semalam dah niat hari ni nak start cari kerja. Kononnya lah kan? Haruslah kononnya, sebab dah tahu mesti payah punya nak bangun awal. Bangun tu bangun jugak tapi payah, macam tadi pagi lah. Set alarm pukul 10am kira dah lambatlah jugak tu kan? Tapi bangunnya pukul 11 lebih nak dekat pukul 12pm gitu, dengan cuaca yang amat panas memancooooww. Kan aku ni suka sangat snooze alarm tu banyak kali, aku anggarkan lebih 10 kali jugak aku snoozekan sebabnya alarm tu kan start pukul 10am, and then setiap 5minit alarm tu bunyi dan terus berbunyi sampai pukul 11am lebih. Ekekekeke. "am" pun still pagi kan?
Lainlah kalau ada mak kat rumah, boleh mintak tolong dia kejutkan since cara mak kejutkan aku tu adalah cara yang paling aku tak suka (which is ketuk dinding plywood sebelah telinga aku ni kuat-kuat kan? Ekekeke), senanglah aku nak bangun. Tapi mak tak ada, semalam dia pergi ke rumah Wak Nah yang kat Taman Seri tu tidur sana.
Dek kerana cuaca yang panas memancow tu aku extend aje lah plan aku ke petang ni, pukul 2.30pm ke 3pm ke. Tak dan aku nak redah panas terik macam ni nanti kulit aku gelap, sayanglah. Kan ramai orang dengki sama aku sebab berkulit cerah? Tapi cerah sangat ke? Ekekekeke. Angah sama Iti (dua-dua ni kak sepupu aku sebelah rumah) pernah tanya dengan penuh kehairanan masa kenduri hari tu "Kenapa muka kau lebih cerah daripada tangan? Kau pakai krim ke?". What a question? Come on lah. "Tak lah, mana ada pakai apa-apa. Pencuci muka pun aku jarang pakai" lebih kurang gitulah dialognya, lepas tu aku senyum-senyum bangga. Ekekekeke.
Entah bilalah cuaca kat Malaysia ni nak serupa macam kat New York sana tu kan? Teringin betul aku nak pergi ke sana. One fine day kalau aku dapat chance pergi ke sana, for sure 5 tahun akan datang baru aku balik. Sebolehnya aku nak tinggal dekat luar terus, pedulilah apa orang nak kata kan? Itupun kalau ada rezekinya. Kalau tak ada melangut aje lah dekat sini, cuma boleh tengok New York view kat Google. Yang penting, I'll bring someone along.
Lama lagi nak pukul 2pm, rasa panas dia pun lain macam sikit. Then again aku melepak aje lah dekat bawah kipas sesambil layan drama kat tv. Cerita apa entah, but not bad. Not bad kat pelakon dia sebenarnya bukan kat cerita dia, kadang aku layan drama bukan sebab nak tengok drama tu tapi cuma nak tengok pelakon yang aku suka tu aje. Ekekekeke. Suka betul aku tengok Nad Zainal tu. Comel pulak aku tengok.
Entah kenapa tiap kali tengok muka pempuan tu kat tv makin kuat pulak aku mengingat kat ex aku tu. Mukanya tak adalah sama, but I realized there is something in common that I don't know what it is. Mungkin cara dia senyum kut yang boleh buat aku senang. Bukan muka Nad tu aje yang buat aku teringat, kadang muka orang lain pun. Honestly lah aku kerap sangat teringat pasal dia kan, tapi tak adalah sampai melayang-layang. Ini bila aku tengok aje, mulalah terberangan. Fuck! I hate this. Much. Fuck! Fuck! Fuck!
Bosan betul duduk rumah macam ni, mak tak ada aku rasa macam duduk sorang-sorang aje even yang lain ada. Iyelah selalu kan mak landing guling-guling kat depan tv tu, jadi rasa macam ada teman lah kan rather than tengok tv sorang-sorang. Ini tak, tengah hari buta pun masih terbongkang (sambil buat muka bangga sebab bangun paling awal. Ekekekeke)
Mattop ada kasi voicechat kat aku tanya kat mana, nak ajak melepak kat Fadhiya katanya. Kebetulan aku tengah lapar, boring pulak tu. Aku kata okay ajelah, aku suruh dia tunggu kejap sebab nak mandi dulu. Nanti terus pergi cari kerja.
Mati-mati aku ingat Mattop melepak sama Fahrin Ahmad, sekali pandang muka sepupu dia tu sebijik macam Fahrin jek. Dua kali pandang terus tak sama dah. Ekekekeke. Badan dia pun biasa aje tak besar sangat, kalau besar boleh sama kot. Nak nak sambil pegang pack Ali Cafe kan?
Macam biasa aku order Coke aje kalau melepak kat kedai Mamak ni, aku tak suka order air lain yang kena bancuh dulu macam air Milo ke, Teh Ais ke apa ke since aku kurang yakin dengan kebersihannya. Kadang kaki lipas pun boleh tersesat kat bibir gelas, bila complaint nanti dia bawak masuk air tu and then tuang kat gelas lain. Lepas tu kasi balik air tadi, itu paling cibai.
Melepak sekejap aje sembang-sembang kosong sama Mattop sementara tunggu cuaca redup sikit, panas sangat. Terpaksalah pakai sweater sebab nak cover kulit aku yang cerah ni, bila dah pakai sweater rasa bertambah panas pulak dah macam tak ada udara.
Pukul 3 gitu baru aku gerak, Mattop sama Fahrin Ahmad masih melepak kat situ since Fadhiya tu guna pelaris Wifi dia memang payah orang nak balik kalau dah duduk melepak. Nasib baik bateri handphone aku tu dah tinggal 1bar, kalau tak memang aku pun tak nak gerak dah, mengonline aje. Ekekeke
Cadangnya aku nak cuba apply kerja kat NGV Tech kat Sijangkang tu kalau-kalau ada kosong, kerja buat kapal laut etc. Kan aku tengah mencari kerja yang highly using skills. Itupun aku terjumpa dekat internet semalam masa survey kawasan mana yang ada kerja macam ni. Tapi tak banyak, mostly dah tak ada kosong. Tapi masa aku tanya kat guard tu pun dia kata dah tak ada kosong. Hampa je rasanya.
Then again aku pusing-pusing sekitar Bandar Botanic sama Bukit Tinggi, sengaja jalan jauh-jauh sikit padahal aku dah tahu memang tak ada kat kawasan situ. Cuma aku fikir kalau-kalau ada yang terselit kat situ boleh jugak aku cuba kan?
Dah tu aku pusing lagi kat area Telok Panglima Garang, Matpet kata pakcik dia ada bengkel perabot kat tepi jalan, tapi aku mencari-cari tak ada pulak. Sampai ke belakang aku cari kat kawasan kilang-kilang tu. Nak diiutkan kat kilang tu pun sentiasa ada kosong rasanya, but it's not recommended since kerjanya asek sama aje dari start kerja sampai balik. Lagipun tak payah ada skills pun boleh buat rasanya kan? Sebabnya orang perempuan pun boleh buat kerja tu.
Aku tak buat initial preparation semalam so aku tak tahu kat mana lagi ada that type of jobs. Daripada pusing-pusing tak tentu hala baik aku balik aje sebelum kepala aku yang berpusing. Boleh aku ushar-ushar lagi kat internet. Kan ke semuanya dihujung jari? Save duit minyak motor kan? Internet pun free since aku rembat wifi rumah sebelah aje. Ekekekeke.
Lepas Isyak gitu aku try cari dekat Mudah.my, the first option for the job seekers. Tapi banyaknya kerja yang mengarut-ngarut. Kalau ada yang best pun they prefer to have the experienced one rather than me yang cuma ada experience jadi bartender dekat Kopitiam selama 4 bulan gitu sama Storekeeper kat pasaraya masa aku cuti awal tingkatan 5 dulu.
Finally I got this one job that I supposed to be, tukang perabot. He mentioned there yang kerja tu kena buat cabinet, almari etc etc. Since the place pun tak jauh dari sini where is dekat Saujana Putra yang masih dalam kawasan jugak, so senanglah aku nak pergi kerja nanti.
Aku sms nombor yang dia kasi dekat situ, aku tanya kalau-kalau masih ada kosong sebab kat advertise tu tulis expire date dia 31st July. Aku nak call tapi takut mengganggu pulak, iyelah kan dah malam-malam macam ni. Entah-entah dia tengah bermesra sama bini dia ke apa ke kan dah potong stim tu. Ekekekeke
Aku tunggu jugak dia reply sms aku tu sambil-sambil surfing, sampai aku nak tidur tak berbalas lagi pun. Once aku check sent items, rupanya sending message failed. Fuck! Patutlah orang tu tak reply. Esok aje lah aku resend balik sms tu kat dia.