Excited betul aku hari ni, kemainlah awalnya bangun. Orang tu suruh datang pukul 11am, 9.30am aku dah bangun dah siap-siap mandi. Pukul 10am gerak dari rumah, padahal bukan jauh pun tempat tu, cuma ambik masa dalam 15 ke 20 minit aje nak sampai. Maklumlah hari pertama bekerja kan? Kenalah tunjukkan disiplin yang baik. Ekekeke.
Tak susah aku cari tempatnya sebab aku dah tengok maps semalam, jadi tinggal jalan aje. Dah tahu simpang mana yang patut aku belok simpang ke berapa kena masuk, kena pusing jauh sikit daripada highway SKVE tu. "Banyak jugak bengkel dekat sini, kenapalah dari hari tu aku tak cuba pusing-pusing kat sini", aku bermonolog. Nak cakap pun nak cakap dengan siapa kan? Ekekeke.
Finally jumpa dah kedainya dalam pukul 10.28am gitu, based on the address he gave me yesterday, which is number 99, betul-betul kat depan kedai aku parking. But nobody there, kedainya tutup tapi nampaklah sisa-sisa habuk kayu kat depan tu. Aku call lah orang tu kot-kot tersalah tempat ke apa kan? "Ha betul lah tu. Tunggu sekejap ye, saya dekat bank ni. Pergilah lepak kat mamak depan tu dulu minum-minum".
Then again aku cari kedai mamak yang ada dekat-dekat situ, lagipun aku tak sempat breakfirst tadi sebab konon-kononnya tak nak terlambat. Apa entah nama kedai mamak tu. Duduk dekat table luar, kat dalam rasa macam rimas aje. Kecik aje kedainya. Aku just order teh ais since Coke tak ada kat situ. Kan aku tak suka minum air yang dibancuh kat kedai mamak kan? And aku order jugak 2 keping roti canais buat alas perut kalau-kalau nanti aku terasa lapar. Nak diikutkan aku malas nak makan kat kedai mamak ni.
Kuah dal sambal dia tak sedap, warna kuningnya pun nampak terang sangat. Belum makan pun aku dah tahu macam tak sedap je rasanya. Memang betul tak sedap pun, roti canais yang aku order tadi aku cuma mampu habiskan 1 1/3 aje. Itupun pun aku selang selikan dengan sesedut air. Kadang sampai dua tiga kali sedut baru aku ambik the another bite. Fed up dan kecewanya aku, last-last tolak tepi aje. Membazir pun membazirlah peduli apa aku, sekeping baru 70sen. Aku dah makan 1/3, baru rugi 46sen. Eh macam berkira aje? Ekekekeke.
Hisap rokok kejaplah sementara tunggu masa tepat pukul 11am baru aku datang balik kat bengkel tu. Lagi 3minit nak pukul 11am, orang tu call "Ha, dekat mana? Saya dah ada kat bengkel ni. Meh la datang". "Saya dekat mamak ni, okay saya datang sekarang".
Terus aku bangun pergi kaunter nak bayar, total RM3.50. Nak aje aku maki orang tu, dah lah tak sedap tapi nak ikut harga biasa, patutnya kasilah harga murah sikit kan? Ekekeke.
Since the workshop is at the end of the lots, parking banyak kosong jadi aku boleh parking motor aku ikut suka hati. Aku taruk kat bawah pokok yang tingginya cuma paras dada, asalkan boleh lindung motor aku dari panas terik mentari jadi lah kan? Ekekeke.
Terus aku bersalaman sama Encik Boss dan memperkenalkan diri dengan begitu bersopan santun. Cuma dia sama the another guy tu aje yang ada kat bengkel. Aku tak sempat nak bersalam sama mamat tu, cuma sempat senyum aje sebab lepas aku bersalam sama Abe (nama samaran yang aku kasi pada Encik Boss sebab dia cakap loghat kelantan, bukan nama sebenar), terus aje dia kasi penerangan yang ringkas tapi padat seolah-olah dia dah tahu aku bakal jadi seorang pekerja yang berdedikasi dan berkaliber serta berhemah tinggi. Ekekekeke. Kot iye pun kenalkan lah dulu sama mamat sorang lagi tu kan?
Dia tanya aku samada pernah main machine potong kayu yang besar (which is jigsaw) tu ke tidak, pernah buat something related dengan kerja tukang ke tidak etc etc. Aku katalah aku pernah guna machine spesis macam tu, just a bit smaller than that. And aku pernah buat table (yang tak kukuh dan langsung tak berkualiti, but I supposed to not mention him that. Ekekeke) sama rak biasa, kan aku pernah tolong Ajam sesikit. Ajam ada machine jigsaw besar yang tak berapa besar tu. So I got a bit experience, and it would make the thing easier lah kan?
Abe tunjuk kan draft lukisan 2D (draft cabinet dapur yang full) yang dia buat, dia terangkan one-by-one. "Ini lukisan penuh yang saya lukis free-hand, kat sini tak ada Autocad guna computer apa semua. Cuma guna tangan aje. Kalau tak faham pasal ukuran ni atau macam mana bentuknya, ceraikan dia satu-satu supaya senang nak nampak bla..bla..bla..bla". Then again, aku katalah dekat dia "Okay, faham. Saya ada basic engineering drawing masa sekolah dulu. Jadi tak ada masalah untuk ini". Cehh, berlagak gila kan? Ekekeke. Tapi aku tak adalah nak tunjuk pandai kan, cuma aku tak nak dia bazirkan masa untuk benda yang aku dah tahu aje.
Kemudian dia tunjukkan machine jigsaw, machine itu machine ini, terangkan pasal keselamatan, tunjukkan tangan dia yang terluka terkena jigsaw, functional table yang dia buat sendiri, ceritakan sikit perjalanan dia sebelum bukak bengkel ni, etc etc.
Lepas tu Abe keluarkan handphone S3 dia, tunjukkan pulak gambar hasil kerja dia selama ni. Teruja jugak aku menengoknya, bertambah excited pulak. Kan aku ni minat benda-benda berseni macam tu, so I can't wait to make it one. Ada yang nampak elegan, simple, colorful, etc etc. Memang cantik.
Dah tu dia tanya lagi kalau-kalau aku boleh buat kerja berat ke tidak (mentang-mentang badan aku kurus kering dimata dia kan? Ekekeke), then again dia tunjukkan jenis-jenis kayu yang dia gunakan. Cantik-cantik warnanya, kan cabinet tu biasanya ada warna warni kan? So there it is, ada 3 4 warnas macam tu kot. Aku cuba-cuba jugak angkat sekeping yang besar yang belum dipotong tu, aku yang sekeping ni pun tak berapa nak larat angkat natang sekeping tu ha. Ekekeke.
Abe tunjukkan hasil kerja yang dia buat semalam, seketul seketul bendanya sebab belum dipasang dan disambung. Esok masa pergi site, baru cantumkan semuanya kata dia. Aku belek-beleklah raks tu yang diletakkan kat tepi tandas kat belakang, kemas betul kerjanya. "I will show you mine, dude" aku kata dalam hati.
"Kerja kat sini relaks je, nak lepak, lepak. Ada kerja, buat kerja. Hari ni lagi relaks cuma tengok-tengok aje. Tapi memang kerjanya banyak lepak. Tapi kalau masa busy tu janganlah asek melepak aje, sekali sekala nak melepak hisap rokok tu takde masalah. Okay?" itu dia penjelasan yang biasa aku dengar tiap kali nak mula bekerja. "Saya okay je".
Later then Abe start tarik keluar kayu besar dabak yang belum dipotong tu dari rak besi yang disandarkan kat dinding. Aku tak tahu apa yang aku patut tolong since Abe sama the another guy tu angkat kayu tu berdua aje, dah sorang pegang hujung sini sorang pegang hujung sana, aku nak pegang mana pulak kan? Kat tengah tak boleh sebab tak ada space kan bengkel tu kecik aje, ada machine jigsaw besar kat tengah-tengah tu. Kayu tu nak diangkat ketengah untuk dipotong. Jadi aku cuma berdiri kat depan machine tu aje in case kalau diorang perlukan bantuan kecemasan baru aku tolong.
Abe tengok draft lukisan tu sampai berkerut-kerut dahi dia, sambil pensel kat tangan di tuding-tuding kat nombor-nombor yang ditulis kat atas A4 tu. Dah tu dia set kan jarak pembaris besar daripada mata jigsaw (untuk bagi kayu yang dipotong tu lurus ikut ukuran, jadi tak payah nak ukur dan tick kat kayu satu demi satu). Nanti kayu tu cuma dilalukan atau ditolak ke atas mata jigsaw, tak payah nak gerak-gerakkan jigsaw tu sebab dia dah melekat kat table. Cuma kena hati-hatilah dengan tangan jangan sampai masa tolak kayu tu tangan ikut sekali ke mata jigsaw. Risiko putus jari tu ada. Dah tu Abe kata, nak buat kerja ni kena ada insuran.
Potong gitu gini gitu gini, siap dah. Tak sampai sejam pun nak potong semua tu. Itu untuk cabinet bahagian atas sama half untuk bahagian bawah. "Okay siap! Jom lepak kejap". Sembang-sembang sikit pasal cara buat kerja tu, dek kerana minat aku kena dengar semuanya. Mana tahu ada isi-isi penting yang boleh aku pakai nanti kan?
Abe kasi aku kain, kot-kot aku nak pergi ke masjid kat depan tu katanya, dia pun nak balik rumah sekejap. Cemana aku nak pergi masjid dengan keadaan macam ni, dah lah tak bawak baju spare, selipar pun takda, takkan aku nak pergi masjid dengan baju kotor macam ni? Dengan berkain pelekat sama berkasut high-cut? I am not that kind of Bangla. Ekekekeke.
Then again aku melepak aje kat dalam office (not really an office sebab keadaannya macam stor) sama mamat sorang lagi yang aku belum sempat berkenalan tu. Sesambil hisap rokok sebatang dua, dia ceritalah pasal diri dia. Lets say his name is Makyo (bukan Matyo tau) since aku dengar Abe panggil dia 'Yo' tadi aku taruk lah nama Makyo. Lagipun dalam cerita dia tu dia ada kata gak kawan dia panggil Yo. Budak kelantan jugak sama dengan Abe.
Masyuk budaknya, Makyo ni mechanic kereta. Abe ada kasitau tadi masa Makyo keluar pergi kedai beli air sama roti. Makyo kerja sama Abe untuk part time aje, malam karang dia repair kereta. Bukan calang-calang mechanic dia ni, tak main lah repair-repair kereta Saga ke Waja ke, Makyo mechanic kereta spesis Evo, Subaru, modifier kereta, things like that lah. Kereta dia sendiri aje dah berapa bijik, Perdana ada dua, Kancil sebijik sama motor RXZ sebijik. Itu dia yang ceritalah, aku tak sure kesahihannya unless kalau aku dah kenal dia lama. Umur dia pun sebaya dengan aku. Kalau betullah apa yang dia cerita, aku respect. Because a boy in his age can have so much things that other boys can't have, by his own efforts. So impressive!
See? Tak semestinya high education yang mencerminkan masa depan. Abe himself told me "Kadang orang bodoh pun tak sedar yang dia sebenarnya tengah menuntut ilmu, kalau dia pandai guna ilmu tu tak ada masalah untuk survive macam saya. Tak sampai setahun saya bukak bengkel ni, saya dapat beli tu (sambil tunjuk honda civic Type R biru)"
Aku terus tersuka dengan cara Abe since his minded sama macam aku (a bit lah kan?). Rationally, memang betul pun apa yang dia kata tu. Itu pasal aku mencari kerja yang macam ni, boleh pakai lama, boleh diimprove, dan orang yang ada skill ni biasanya dia boleh keep survive.
Lepas sembahyang kat dalam office tu aku join Makyo melepak sama AbeTongGas kat kedai sebelah. AbeTongGas tu cuma jual tong gas aje kat kedai tu, tong gasnya pun cuma suku kedai aje. Yang lain kosong, cuma ditaruk satu table kat corner untuk buat suasa macam kedai. Boleh lah dia duduk-duduk dekat situ macam towkey kedai yang lain. AbeTongGas ni pun orang Kelantan jugak, duduk dekat Puchong. Datang sini semata-mata buka kedai tong gas aje, mesti ada high profit punya. Kalau tak, tak adalah dia sanggup sewa sebijik kedai yang cuma jual tong gas aje kan?
Makyo pergi melepak kat bengkel kereta hujung belah kanan sana tu, tolong orang repair kereta kot. Padahal kereta dia sendiri tu. Ekekeke. Jadi aku melepak berdua ajelah sama AbeTongGas. Aku pun tak pandai sangat nak berborak dengan orang macam dia ni, tanya sepatah jawab sepatah. Sampaikan aku tanya dia soalan-soalan cepumas dan memang tak patut langsung pun untuk dijawab sebab aku sendiri dah tahu jawapannya "Abe, jauh tak nak pergi Puchong dari sini?"
Nak pukul 3 dah Abe tak sampai lagi, dah lah panas yang amat. Daripada tunggu dia yang tidak berkunjung tiba tu rasanya baik aku buat something, instead menyapu bengkel tu yang penuh dengan habuk-habuk. Kot nanti kalau Abe datang "Amboi rajinnya pekerja baru aku ni, so aku nak kasi kau gaji tinggi-tinggi" Ekekekekeke. Sakit hidung aku terhidu habuk kayu tu, tak bawak hand-key.
Ada brader sorang ni datang masuk bengkel aku tak kenal siapa, mungkin inilah orang yang Abe ada cakap tadi. One of his staffs, staffs dia ada tiga orang termasuk dia sama Makyo. Tambah aku ada 4. Aku berkenalan lah dengan dia since aku ni peramah orangnya kan? Ekekekeke. Lets say his name is Orange sebab dia bawak kereta warna oren. Berdasarkan muka dia tu aku ingat umur dia up to 25 gitu, rupanya baru 20 je. Budak Kelantan jugak. Ah sudah semuanya orang Kelantan, Abe, Makyo, AbeTongGas sama Orange, semua orang Kelantan. Cuma aku sorang aje orang asal sini, peninglah camni nak fokus apa yang diorang borakkan.
To be continue....