Hari ni beraya rumah makcik sama nenek belah abah, sedara belah abah ni banyak kat area Klang, Sg Buloh, Kapar bahagian Utara sana. Belah mak aje yang dekat-dekat sini.
Entah macam mana aku nak ceritakan situasi hari ni, semuanya bercampur-campur sebab perjalanan yang complicated dimana Buang pun dah balik (lepas 20tahun menghilang), orang datang merisik Ain, Wak Yah masuk hospital dan jugak cerita pasal kad jemputan yang semalam tu. Ehehe
Hari ni gerak lambat, tengah hari terik macam tu baru nak gerak. Iyelah masing-masing liat nak bangun, juaranya Jemi. Bulan puasa aje dia bangun awal, ni dah raya dia twist dengan aku. Eh? Boleh macam tu pulak kan? Ekekeke
First destination pergi rumah nenek Dah, memang tiap tahun gitu. Rumah nenek Dah mesti didulukan since rumah nenek Dah lah yang mula-mula sekali jumpa along the route. Tapi nenek tak ada dekat rumah, katanya pergi rumah BikLeha sebab ada orang nak datang merisik Ain (anak BikLeha). Dah tu nanti ajelah masa pergi rumah BikLeha baru jumpa sama nenek.
Dah tu pergi ke rumah atuk Ishak, dah besar rumahnya. Semuanya dah jadi batu tak macam yang last aku datang tahun lepas rumah kayu. Atuk dah renovate hari tu sebelum raya, entah renovate atau buat yang baru sebab totally different cuma tandas aje masih tegak kat tepi rumah sama buaian kat bawah pokok depan tandas tu ha. Masa nak masuk tadi aku dok fikir rumah siapa ni kan since the house is totally different, but bila tengok pokok-pokok Mengkudu (kalau tak silap aku) kat tepi-tepi parit tu baru aku ingat ni rumah siapa.
Rumah atuk ni best, antara rumah atuk Ishak sama atuk Nyisak ada ramai pokok buah kat tengah-tengah situ. Dah macam dusun dah aku tengok cuma kecik aje kawasannya, menjadi jugak buah-buahnya. Kat tepi rumah atuk Nyisak ada pokok Jambu batu, kat tepinya ada pokok Manggis, sebelahnya lagi ada dua tiga pokok Durian, lagi ada buah apa entah aku tak ingat pulak. Aku tak pernah pun menjelajah kebun atuk tu petik buah ke apa ke, segan aku. Iyelah datang situ pun cuma setahun sekali masa raya aje kan?
After then baru pergi ke rumah BikLeha, masa tu lah abang-abang aku nak mengimbau zaman childhood diorang. Dekat situlah tempat diorang membesar sebelum aku dilahirkan (patutnya aku pun lahir dekat situ, tapi masa aku dah 8bulan dalam kandungan mak aku berpindah ke Kanchong sebab dia tak nak aku lahir dekat situ. Aku tak tahu apa sebabnya, if not it would be a greatest moment in life kan?), sekolah tadika tempat diorang sekolah kat tepi jalan bawah bukit tu pun ada lagi cuma dah tak digunakan. Dah pindah kat atas bukit dah. Kat situlah tempat diorang lumba basikal dulu.
Tak ramai sangat pun yang datang kan cuma merisik aje. Orang yang nak datang merisik tu pun belum sampai lagi, katanya pukul 12pm, ini dah 12.30pm gitu tak sampai-sampai lagi. Ain kata badan aku dah besar sikit dari yang sebelum ni, terbangga jugak aku. Ekekeke. Katanya dulu badan aku kecik macam Jemi, kurus aje. Sampaikan ada yang tersasul dengan adik beradik aku ni, ada yang kata aku anak sulung (sebab badan aku sama dengan Jemi, diorang cuma ingat yang kurus tu mesti yang sulung), mana yang tak berapa kenal tu mesti nak kata Ajam yang sulung (sebab badan dia yang paling besar). Kekadang tu ada yang kata aku ni yang bongsu, si Ari pulak yang jadi abang. Ekekeke Ari memang susah orang nak ingat sebab dia lahir pun kitorang dah pindah kat rumah yang sekarang, zaman dia kecik tak ada jumpa sedara-sedara ni.
Well, dalam banyak-banyak rumah sedara yang aku pergi kat sini jugak yang best. Dekat Kanchong tu dah tak berapa nak best since Wak Mah sama Wah Sahri dah tak ada. Kat sini kan tempat childhood Jemi, Ajam sama Ajim (aku jarang pergi sini masa kecik dulu, but they still know me rather than Ari kan? Ehehe), so ramailah sedara sepupu sepapat seperjuangan masa kecik dulu melepak sama.
Mak aku kemainlah sukanya bila jumpa sama Buang sebab dah dekat 20 tahun Buang tak balik, katanya duduk Kedah sekarang tapi belum kahwin. Aku pun tak pernah jumpa dia, no wonderlah umur aku sekarang pun belum capai 20 lagi kan? Ehehehe. Tengok Buang peluk mak pun macam nak menangis aje, mungkin sebab Buang dulu anak kesayangan abah kot? (tu apa mak yang kata lah, dia kata Buang dulu rapat dengan abah). Nama betul dia bukan Buang pun, apa nama betul dia entah aku tak tahu. Dikasi nama Buang sebab dulu dia dibuang keluarga rasanya, aku pun tak sure cerita betulnya. Lepas tu diambik keluarga sepupu aku tu ha.
Later then rombongan merisik pun dah datang, nenek Dah yang jadi wakil dok handle semua since that is the very first time buat BikLeha. Iyelah Ain kan anak sulung, belum ada experience lagi.
Sayu rasanya bila tengok situasi macam tu, sampaikan aku terberangan yang lelaki tu aku dan yang perempuan tu ex-girlfriend aku. Nak menangis rasanya, rindu betul aku kat dia. See? Lelaki pun pandai menangis kan? How faint-hearted I am. Kan aku ni serious orangnya, aku serious sangat sama ex aku tu tapi mungkin jodoh tak panjang kot. Diam-diam dah 5bulan macam tu aku break sama dia. Aku tak tipu lah since aku pun jujur orangnya kan? Ekekekeke. Hari-hari aku ingat kat dia, hari tu ada jugak aku wish raya kat dia, pendek aje aku kasi.
Tak kiralah aku tengok sesiapa pun, nanti mesti aku terberangan yang lelaki tu aku yang perempuan tu ex-girlfriend aku. Takkan aku nak tackle balik? Masa dia mintak break tu pun dia dah ada orang lain, mustahil lah kalau dia nak kan? Lagipun kalau boleh aku tak nak kacau. Cuma satu masa nanti aku rasa nak tunaikan janji yang aku dah buat dulu (bila aku betul-betul dah janji memang aku akan buat, kecualilah janji aku tu cuma main-main nak kasi sedap hati orang aje. Hihihihi), kan aku ada cita-cita nak stay kat luar negara. Aku pernah janji sama dia aku nak bawak dia sekali. So bila ada chance nanti, aku nak buktikan dekat dia. Samada dia nak atau taknak, itu aku redhakan aje lah. Aku cuma nak tunjuk dekat dia yang sebenarnya aku memang seorang yang serious.
Mungkin orang macam dia belum faham kot yang komitmen orang lelaki ni tinggi, bagi aku seorang lelaki perlu berfikiran jauh yang kadang-kadang tu no one could understand it even a bit. Biar aku jelaskan. To me, bila aku dah janji macam tu kan yang aku nak bawak dia ke oversea, aku kenalah start buat something dari sekarang kan? Instead berusaha jadikan diri aku sebagai seseorang in the mean times, or in the other words untuk meningkatkan taraf hidup aku yang kekurangan ni. In fact, bila aku cuba buat sesuatu tu of course lah aku jadi busy untuk sesuatu yang aku kejar tu kan? Untuk kesenangan aku dengan dia kan? Masa aku amat berharga, kalau aku tak mula dari sekarang, takkan lah dah tua nanti baru nak mula ye tak? Aku terkilan jugak, dia suspect yang aku dah abaikan dia, selalu busy, all that kind of silly things. Then again, dia nak sedapkan hati dia dengan cari orang lain. Salah aku jugak lah kan sebab buat macam tu? Tak apalah, the only way yang buat dia faham, lepaskan....pergh sedih tak ingat kan? Dia tak tahu ke susah nak jumpa lelaki yang hatinya lembut boleh nangis pasal perempuan kerana keseriusan dia kat someone tu? Macam aku? Ekekekeke. Terbangga pulak.
Kan dah meleret-leret cerita ni, aku tak boleh tengok orang lain. Sebabnya nanti aku terberangan yang orang tu adalah aku dengan dia. Dah tu nanti mesti aku terfikir macam-macam, tapi baguslah bila aku fikir macam tu semangat aku jadi kuat pulak (konon aje kot? Ekekeke) nak buktikan kat dia. Meanwhile, aku cuba jugak nak lupakan dia. Harapan aku Cinderella aje lah sekarang ni, aku siap rembat gambar dia lagi tu set jadi wallpaper handphone aku. Teruk sangat dah ni. Ekekekeke. Tapi dia pun macam acuh tak acuh je, aku pun malas nak lebih-lebih. Aku tak nak tunjukkan yang aku ni terlampau serius, nanti dikatanya aku over-feeling pulak kan? Entah-entah aku kat dalam friend-zone kan? Itu yang aku diamkan aje.
Lama jugak dekat rumah BikLeha tu, berbatang-batang rokok aku habis melepak kat situ. Selamba dek aku ajelah nak hisap kat mana-mana pun. Sebelum ni aku tak berani sangat nak hisap kat depan Jemi, nanti dia bising. But since dia dah start hisap Vapor (rokok elektrik yang bateri dia kena charge dulu) yang besar dan mahal tu, baru aku berani hisap kat depan dia. Iyelah kalau dia marah aku nanti adalah benda aku nak jawab nanti kan? Ekekeke. Kalau dia suruh aku berhenti hisap rokok, aku akan suruh dia berhenti hisap Vapor tu dulu berjaya ke tak. Dia baru je berapa bulan hisap natang tu nak compare dengan aku yang dah hisap rokok dari sekolah rendah ni. Ingat senang ke nak quit?
Later then nak pergi ke rumah Wak Yah pulak. But once we reached there, Kak Nora sama Kak Noni kata Wak Yah tak ada dekat rumah. Baru sekejap tadi ambulan bawak pergi ke hospital Sg Buloh Abang Ijad yang teman, dah tak bergerak katanya tadi. Aku yang mendengar ni pun risau jugak.
Then again teruslah kitorang pergi ke hospital nak melawat kalau-kalau ada apa-apa, kita jadi sedara ni kenalah prihatin kan? Masih lagi ditempatkan kat wad emergency. We were not allowed to visit for a moment. So tunggulah kejap kat visitor room tu sementara doctor amoi yang comel molek tu menge'check' apa yang tak kena. Katanya suspect buah pinggang bermasalah. Dah dua minggu dia sakit dekat rumah tapi dia tak kasitau sama anak-anak dia pun, begitulah sayangnya seorang ibu yang tak mahu menyusahkan anak-anak dia. Sanggup tahan sakit sorang-sorang.
Masa nak balik tu mak sempat cium dahi Wak Yah, tengok mak menangis aku teringat masa abah nazak kat hospital dulu, masa umur aku 10 tahun. Macam tu lah keadaannya. Aku pun rasa nak menangis jugak masa nak salam tu (tak habis-habis aku nak nangis kan? Ekekekeke), tapi aku tahan lah jugak. Aku cakap pelan-pelan "Cepat-cepat sihat ya".
" If you love two people at the same time, choose the second. Because if you really love the first one, you wouldn't have fallen for the second "