Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Friday 9th August 2013



By  azlanpunyablog     17:26     
Aku ingat hari ni tak ada nak pergi mana-mana, jadi aku tidur aje lah kan. Sebab semalam pun mak tak cakap apa-apa, selalunya kalau esok nak pergi mana-mana mak cakap awal-awal sikit. Malas betul rasanya aku nak bangun.

Hari ni mak ajak pergi beraya rumah sedara belah mak dulu sebab semuanya masih dalam kawasan, dekat-dekat tempatnya. Semuanya masih dalam daerah Kuala Langat lagi, so cepatlah beresnya nanti kan?

Start dari belah Utara dulu which is area Kg Sijangkang sama Telok Panglima Garang, dah tu baru pergi ke Kanchong Darat. Aku lebih suka pergi Kanchong rather than rumah makcik-makcik yang lain. Iyelah sebab masa kecik-kecik dulu kan aku selalu ke sana, kawan-kawan pun banyak kat sana. Terlalu banyak kenangan. But since Mak Long (actually aku tak pernah pun panggil Mak Long, kitorang biasa panggil Wak Mah aje) dah pergi dulu 7 Syawal tahun lepas, selang beberapa bulan lepas Pak Long (kitorang panggil Wak Sahri) pergi, semuanya jadi hambar. Sunyi aje rumah tu.

Since then, cuma ada anak cucu dia aje lah itu pun tak semua ada. Yang duduk situ cuma Abang Andy sama bini dengan anak-anak dia aje. Ihan yang dari kecik kitorang panggil Katik tu pun ada jugak, tapi biasalah raya tiap tahun dia jarang ada dekat rumah, asek aje lah dengan kerjanya tu, macam tak ada cuti.

Dah besar-besar anak Abang Andy ni, ada sorang tu muka dia sebijik macam aku masa aku kecik dulu. Tengok aje lah gambar aku masa kecik-kecik taruk kat sebelah muka dia, almost no different! Mak bapak dia pun kata macam tu, instead perangainya pun sama. Takkan lah aku dah dilahirkan semula kot? Ekekekeke

Riuh betul rumahnya dengan budak budak ni, adik-adik si Irfan (yang muka sama macam aku tu) pun dah tak pemalu dah budaknya. Lincah betul main lompat-lompat, dah berani kacau aku pulak tu. Kadang macam terlalu hyperactive pulak aku tengok.

Zura (anak Kak Nandey which is sepupu aku jugak, kakak Abang Andy) sama family dia pun ada sekali. Tak sedar dah besar rupanya budak tu, nak SPM dah tahun ni. Katanya nak singgah ke kubur Pak Long sama Mak Long tu, dah janji dengan mak nak pergi sekali. Kak Ani sama Abang Zahid yang duduk Kedah tu tak jadi balik, tiba-tiba kata tak dapat cuti. So tak ramailah yang ikut pergi ziarah kubur.

Hari raya ni kerjanya makan kuih yang ngarut-ngarut tu aje lah, kalau ada orang hidang makanan berat-berat macam ketupat ke lemang ke rendang ke apa ke memang aku tolak. Bukan aku sengaja tak nak makan, tapi kan aku ni jenis yang tak kuat makan orangnya. Lagipun kalau makan bercampur-campur itu ini nanti kang sakit perut, itu yang aku malas tu. Dengan air gasnya lagi, kan? Tapi aku tengok orang lain relaks je, tadi kat rumah orang tu makan ketupat, pergi kat rumah orang ni makan lemang, pergi kat rumah satu lagi makan pecal, pergi rumah lain makan nasik lauk kari, persoalannya macam mana diorang boleh buat? Aku ni seboleh-bolehnya kuih raya tu pun aku taknak makan, cuma minum aje instead kalau ada gula-gula atau coklat yang aku boleh kunyah sesikit. Kadang tu siap aku amek segenggam taruk dalam poket kalau-kalau rumah yang nak pergi nanti tu tak ada gula-gula. Jadi aku dah bawak bekal sendiri. Ekekeke

Boleh tahan penatnya walaupun cuma pergi rumah orang, duduk, makan, bersembang, bersalam dan gelak-gelak sesikit. Pergi berapa rumah aje pun, tapi dah rasa penat. Tak berbaloi dengan duit raya yang aku dapat, tak sama jumlahnya macam masa aku umur 12 tahun dulu. Ekekeke. Jumlah tertinggi setakat ni RM28.

Petang ni Abang Andy pulak bertandang ke rumah sama anak beranak dia dengan Katik. Kak Nandey sama Abang Yazid tak ikut, ada hal lain agaknya. Itupun dah cukup riuh dah walaupun cuma ada anak-anak Abang Andy je, ligat betul budak-budak ni. Cuma aku kurang berkenan sikit dengan Ecad tu, kecik-kecik lagi bahasanya dah kasar. Tapi biasa lah kot salah sorang dari adik beradik ni mesti ada yang spesis macam tu. Then again aku kurang melayan dia, cuma layan adik dia tu aje, si Chod (tak ingat aku nama timangan budak tu. Macam-macam. Ekekeke). The only one yang berambut Awan Nano, tak macam abang-abang dia semua rambut lurus. Satu yang unik budak ni, dia suka pakai songkok dengan baju melayu setiap masa. Hari-hari macam tu kata maknya, one fine day mungkin dia akan jadi someone. Maybe seorang Hafiz atau Pak Bilal atau Imam?

Sebelum diorang balik Ajam ajak budak-budak ni main bunga api dulu kat luar, kemainlah seronoknya. Awan Nano tu pulak tak pakai selipar, kesian aku tengok dia kena tinggal sama abang-abang dia. Dah tu pandang-pandang aku pulak "Nak dukung!" sambil buat muka kesian. Actually memang aku nak dukung dia pun, tapi dia tu berat! Iyelah umur dah 4 tahun, kalau setahun dua boleh tahan lagi kut. Lenguh tangan aku mengangkat beliau. Dah tu bila dapat bunga api dia pi cucuh kat tangan aku, dah tu gelak-gelakkan aku. Kurang asam betul. Nasib baik aku ni jenis yang suka kat budak-budak kan? Ehehehe.

Sesambil melepak kejap Maghrib ni mak keluarkan album lama, yang ada gambar abah dengan mak muda-muda dulu, sebelum mak kahwin. Saje lah tu nak imbau balik zaman bebudak, masa tu pun Jemi, Ajam, Ajim sama Abang Andy kecik lagi. Masih sekolah tadika agaknya, cuma aku aje yang belum ada. Anak-anak Abang Andy tengok muka bapak dia masa kecik langsung kena gelak aje. Comel katanya. Ekekekeke

Tengok gambar abah, sayu jugak rasanya, diam-diam dah dekat 10 tahun dia pergi. Masa tu pun aku baru darjah 4, iyelah dulu kemana abah pergi mesti dia bawak aku. Kadang pergi kerja pun dia bawak. Sedihnya abah dah tak ada.

Malam tu melepak aje lah kat depan tv, terbongkang dah masing-masing. Cuma aku aje kat dalam bilik konon-konon mengupdate blog. Dah tu Ajam tanya "Apa email kau? On tak?" Aku katalah aku sentiasa on, dah tu aku kasi email aku. Tak tahu lah apa dia nak buat, ada bendalah tu yang nak dihantarnya. Nak try attach files duna handphone kot, selalukan guna laptop aje. Maklumlah dah pakai Iphone 5 sekarang kan (bunyi macam dengki aje kan? Ekekeke).

Then again aku bukaklah email yang aku dapat tu. Ini rupanya....


Malas aku nak rotate. Ekekeke






Nenek Nafsiah generasi ke-4. Thats mean aku adalah generasi yang ke-6.

Rupanya kad jemputan Majlis Silaturrahim Keturunan Depak Kerama. Yang ini belah nenek, for the very first time buat majlis macam ni. Belah atuk pernah jugak buat, masa tu abah pun masih ada lagi. Yang lagi best belah abah tu siap ada gambarnya daripada yang generasi pertama (whch is not exactly the first kan? mesti ada lagi yang sebelum-sebelumnya ye tak?) tu ha. Mungkin masa tu Hang Tuah hidup lagi kot? Ekekekeke

Berkerumun Ajam, Jemi, Ajim, Ari, Mak sama Kak Mai pun kat depan desktop ni ha. Dah lah sempit bilik aku, badan semua besar-besar. Nasib baik lah aku sama Jemi badan kecik, boleh save space sikit untuk diorang, kalau tak kenalah tunggu turn kan? Ekekeke

Ada ke dalam kalangan silent readers aku yang dapat kad jemputan macam ni? Kalau ada kira bersedara jugak lah kita ye? Ekekeke. Teringin jugak aku nak pergi, boleh kenal-kenal dengan keluarga yang amat besar ni. Mana tahu tiba-tiba nanti dapat jodoh? Ekekeke.

Antara adik beradik nenek tu, cuma berapa orang aje yang aku pernah jumpa dan selalu jumpa. Nenek Dah yang paling bongsu, sama Atuk Ishak. Yang lain aku tak pernah jumpa, atuk kandung aku pun tak pernah jumpa. Sedih~