Malam tadi raya rumah Mattop sama mak aku, saje lah aku ajak mak sekali kalau-kalau dia nak melawat rumah Mattop yang baru siap tu. Sembang-sembang sikit sama dia, tak banyak pun yang nak disembangnya sebab dah selalu jumpa. Layan tv aje lah, kasi laluan kat orang tua-tua pulak. Ehehe. Mattop ada tanya kalau-kalau hari ni nak keluar beraya, katanya Bhai ada ajak datang rumah. "Tengoklah esok macam mana" kata Mattop.
So tengah hari ni Bhai call dia tanya nak ikut beraya tak, aku pun baru aje bangun tidur so just asked him a couple of simple questions aje lah, siapa aje yang pergi, pukul berapa macam tu, Mattop ikut ke tidak. Katanya nanti dia kasitau Mattop, then aku call Mattop jugak tapi tak dapat. Kalau Mattop ikut baru ikut, kalau tak aku pun tak ikut lah since aku pun tak ngam dengan diorang yang ikut tu kecuali Bhai sama Maon. Bhai tak bagitau pun siapa je yang ikut, so aku kata on aje. Pukul 5 lebih nanti dia datang.
Aku dah bersiap dah, Bhai pun dah nak sampai tadi dia ada sms. Dah tu aku try call Mattop lagi sekali, kali ni baru dapat. Mungkin sebab aku baru lepas topup kot, tadi tak ada kredit patut lah tak dapat kan? Ekekeke. Mattop kat KL katanya tak dapat join, aduh hiba rasanya terpaksalah aku ngadap diorang tu nanti, mesti pisang punyalah.
Samar-samar aje aku tengok siapa kat dalam kereta Satria Neo tu, AcapJoe dah confirm ada sebab itu kan kereta dia. Yang dia masuk rumah jiran depan rumah aku tu dah kenapa, rumah aku belah sini dia pergi masuk rumah orang pulak. Lepas aku call baru dia nak toleh belakang. Cuma bertiga aje rupanya, AcapJoe, Bhai sama Maon.
Kalau ada AcapJoe aku dah tahu dah mesti raya rumah budak perempuan punya, itu yang aku tak berkenan tu. Bukan kurang lagi dah, memang tak berkenan langsung pun since sombong-sombong budaknya. Iyelah sebelum ni asek aku sama Mattop aje yang ingat kat diorang lepas kitorang pindah sekolah, kononnya tiap kali raya boleh lah jumpa melepak ke apa kan? Even setahun cuma sekali. Ini tak, asek ada aje alasannya. Itu yang buat aku malas dah nak ingat kat kawan-kawan yang tak berkualiti macam tu.
Aku ingat cuma nak pergi berempat aje, rupanya ada lagi satu kereta. Ada budak perempuan jugak rupanya. Lagilah aku lemah. Kalau aku tahu tadi memang aku tak nak ikut sebab aku bukan kenal pun budak-budak perempuan tu, diorang pun bukan kenal aku kan? Cuma Faz aje kot sebab dia sekampung dengan aku, masa sekolah tadika pun sama dulu. Bertegur pun tak pernah tiba-tiba nak beraya sama, sembang dengan Bhai sama Maon ajelah nampaknya.
Mula-mula pergi beraya kat rumah Faz, konon nak diam aje tapi macam apalah pulak kan? Nasib baik aku kenal Faz, tanya dia itu ini study kat mana, lama ke cuti, ambik course apa things like that. Mak dia pun kenal aku walaupun jarang sangat jumpanya. Aku study kat mana pun mak dia ingat, mak dia ada tanya bila balik Melaka. Then again aku cakap lah minggu depan, padahal aku kan dah berhenti? Sajelah aku tak nak kasi panjang cerita, lagipun malu nak cerita kat depan budak-budak yang aku tak kenal tu. Kan aku ni less-educated.
Bertambah segan jugaklah sebab nak dekat senja dah ni, masih lagi bertandang ke rumah orang. Nasib baik mak ayah dia okay, jenis friendly gitu, suka bersembang gurau-gurau. Lepas tu nak pergi ke Johan Setia pulak ke rumah Ira. Dah berapa tahun dah aku tak jumpa dia, tiap kali nak datang raya asek tak ada kat rumah aje.
Ini pun Ira tak ada dekat rumah, budak perempuan (lets say her name is Joyah) tu call tadi katanya Ira keluar pergi hantar kawan dia balik. Si Joyah tu kata nak kasi surprise sebab tu tak bagitau dulu tadi nak datang. Tengok, kan terpaksa tunggu dia balik dulu baru masuk. Nak masuk dulu memang tak lah since budak-budak ni ikut pandangan aku memang jenis yang kurang dewasa, nak datang rumah kawan sendiri pun nak malu-malu, lainlah kalau mak si Ira tu tak kenal diorang. Aku rasa Faz pun mak dia kenal.
Kononnya nak melepak rumah Karau dulu, where is selang dua rumah dari rumah Ira macam tu kot. Tapi rumah dia pun berkunci aje macam tak ada orang, try jugak call dia tapi handphone dia off pulak. "Harap-haraplah diorang tak ajak pergi ke rumah Sakai" aku bermonolog. Kalau nak pergi jugak, aku sanggup tak masuk untuk jumpa perempuan berlagak tu. Aku rela melepak kat luar rumah tu aje.
Last-last Ira suruh kakak dia aje yang jemput kitorang kat simpang hujung tu, since depan rumah dia crowded dengan kenderaan tetamu (rumah Ira buat open house gitu) so terpaksalah parking jauh sikit. Dah tu tak ada pulak reti malu, masuk jugak ke rumah tu tanpa Ira kan? They finally did it! Kenapa tak dari tadi aje masuk kan? LOL. Kan aku dah complaint, kadang benda kecik macam ni pun aku suka jadikan isu kan? To me diorang ni macam malu tak bertempat aje, lainlah kalau pergi rumah orang yang tak kenal langsung memang patutlah nak rasa malu kan? Kan kan kan?
Tak adalah nak terus makan, rasa macam tak kena pulak dengan masanya sebab masa tu pun dah nak azan. Betul-betul lepas azan tu kitorang mintak diri kejap untuk sembahyang kat surau, kang kejap lagi datanglah balik. Jalan kaki aje ke surau yang kena by pass 4 ke 5 lorongs gitu, satu lorong selepas lorong rumah Sakai. Dapat pahala lebih kan? Kan ke setiap langkah ke surau tu berpahala, rather than kayuh basikal atau naik motor?
Ira pun dah balik, aku cuma senyum gitu aje kat depan gate macam kerang busuk, rasa macam tetamu tak diundang pun ada. Tak dan nak tanya "Eh kau sihat?". Aku prefer orang tanya aku dulu baru aku tanya orang tu, baru aku rasa selesa nak berborak.
Lepas makan tu aku melepak lah kat sofa yang dekat hall tu sama AcapJoe, since pesen rumah teres gitu kan hall dia kecik sikit. Jadi sofa tu dirapatkan kedinding, yang tengah tu buat laluan. Ira duduk opposite to me, sambil sesembang sikit. Aku tanya soalan simple-simple aje like study kat mana, cuti sampai bila, soalan yang sama macam aku tanya Faz tadi, cuma nak buat aku rasa selesa aje.
Later then dia tanya sesambil senyum macam bikut Marrie yang dicicah dengan Teh Tarik "Eh Lan kau macam mana boleh sesat kat sini?". "Entahlah, aku ikut aje. Tak tahu pulak nak ke sini". Even it's sounds like a joke but deep down I took it seriously, "Betul, aku bukan tetamu yang diundang", asek bermonolog ajelah aku kerjanya kan? Ekekeke. Kan aku ni sensitif orangnya, tengok jugak pesen orang tu bergurau macam mana kena atau tak dengan keadaan. To me keadaan aku yang tengah terguris dengan kawan-kawan aku ni, tak kena dengan cara gurau macam tu. To me lah kan? I don't know how others'.
I see myself as an intelligent, sensitive human, with the soul of a clown which forces me to blow it at the most important moments.