Menu sahur sama aje macam semalam, exactly aku punya menu aje lah yang lain kan? Since aku pun memang tak ambil makanan berat masa pagi-pagi, especially yang terlampau pagi macam gini atau lebih tepat sejurus selepas bangun dari tidur. Jadi aku ambil Nesvita Oat yang pack dia warna biru itu aje, itu pun mak punya yang aku ambil. Mak ni ada cara pemakanan dia sendiri jadi sebab tu lah orang lain tak boleh usik dia punya makanan, tapi aku selamba je ambil. Ekekeke
Baru masuk hari kedua puasa, jumlah bilangan batang rokok yang aku hisap dapat dikurangkan ke tahap maksima. It is insane lah kan for a heavy smoker macam aku ni? Aku kira semalam aku cuma hisap takat 2 3 batang aje, tak macam selalu berbelas batang nak dekat satu kotak. Baru aku ingat lepas sahur semalam aku tak hisap pun, entah macam mana entah aku boleh lupa. Tadi pagi aje baru aku hisap.Tapi memang drastik gila lah kan? Rasa macam nak pusing satu kampung aje kasitau kat semua orang. Ekekekeke
Lepas sahur terus je aku on desktop, pagi-pagi macam ni market trader aktif sikit. Kekadang benda yang tak dijangka pun boleh berlaku. And it was true lah kan? Aku start with 15USD je dah tu taruk kat Buy position in EURUSD with 3 pips. Aku tinggal kejap pergi sembahyang Subuh, dek sebab hujan kan boleh la khusyuk sikit.
Habis sembahyang tak menyempat aku nak baca doa, terus aje aku lari pergi kat desktop. My first 15USD tadi tu has been changed to about 400USD worth just in 5 minutes! Bravo! Kan aku dah kata tadi, genius kepala otak aku kan? Ekekeke. Keajaiban pagi Ramadhan kot, ni baru puasa kedua. Kang nanti malam Lailatul Qadar kalau aku dapat 1000USD camna lak? Ekekeke.
Kira dasyat jugak tu, selalu nak dapat macam tu kena tunggu lama sikit. Ni cuma 5 minit aje. Dah tu aku close kan. Aku buka baru 8USD, okay lah jugak hasilnya aku dah boleh cover 900USD yang aku loss masa memula join itu hari. Dek kerana tamak punya pasal, aku closekan dan bukak baru lagi. Tapi kat situ lah letaknya ketidakgeniusan aku, tak pasal pasal 1000USD yang dah aku cover pagi tu loss semuanya. Fuck!
Sampai pukul 9 macam tu aku tension nak cover balik, tapi tak semua. Just around 200USD macam tu. Okay la daripada asek loss terus kan? Dah tu aku tinggal-tinggal kejap konon nak tolong mak buat biskut Cornflakes tu lagi, ada aje orang order. Tapi aku cuma tolong tengok aje pun since tak ada apa yang aku boleh tolong, rasa macam menyemak ada lah. Mak pun macam okay je buat sorang?
Duduk kat dalam penjara lagi seronok kot daripada duduk rumah tak ada buat pape kan? Aku ngadu kat mak yang aku boring gila babeng, kemain cerdas pulak kepala mak kasi idea? Rupanya dia dah plan dah nak suruh aku tolong cat kan bilik dia. Aku iye kan aje dah tu aku cabut tengok desktop. Tak ke derhaka namanya tu? Ekekeke
Ya Rabbi ! ! Mungkinkah disebabkan aku tak baca doa lepas sembahyang Subuh tadi dan aku lari masa mak aku tengah cakap tadi tu aku diberi dugaan sebegini? Memang kaw kaw teruk punya loss. Elok tadi balance ada dekat-dekat 5000USD sekarang tinggal 4000USD lebih sikit, macam tu aje? Fuck! Fuck! Fuck!
Nothing can be change, I just can avoid from make it twice. Sampai tengah hari kot aku layan forex ni aje hanya kerana sikap tamak. There must be something behind that kan? Tapi aku bukan kisah sangat pun kalau hilang semua 5000USD tu since this trader account is the Demo one kan. Ekekekeke. Kalau real account mahunya aku menangis, kan ke aku ni a faint-hearted? Aku bukak demo account dulu kasi dah biasa, kasi train dan polish kepala otak aku sebelum jumpa duit yang real kan? Kang lingkup lah nanti disebabkan sikap tamak tadi. Next 2 or 3 months baru aku bukak the real one.
Aku kemain lagi tengah fokus depan skrin desktop tadi ni ha, dah tu tetiba aje rasa bergoyang. Nak kata rumah aku ni terapung macam Babylon tu tak jugak kan. Aku suspek ni mesti gempa Bumi ni, tapi tak dengar pulak suara mak menjerit-jerit panik ke apa ke. Dah mak aku memang selalu gitu kan?
Aku berlari-lari anak mendapatkan mak. "Mak ada rasa apa-apa tak tadi selain rasa penat dan dahaga?". "Rasa apa? Tak ada apa pun" kata mak. "Entah, tadi rasa bergoyang semacam aje masa duduk kat depan tu. Macam gempa Bumi pun ada". "Ha itu lah tadi mak suruh sembahyang tak nak gerak, itu ha Tuhan tolong gerakkan engko tadi tu. Baik pergi cepat". Amboi mak? Dia punya pedas ayat dia tu lain macam. Kalau cili kita rasa pedas dia kat lidah kan? Ha mak ni kira spesis Wasabe, pedas dia bukan kat lidah tapi kat hidung, dah tu perit gila nak menahan. Kalau yang kaki Wasabe macam aku ni tak apa lah, kurang sikit rasa dia kan? Ekekekeke
Lepas sembahyang Zohor aku melepak lagi depan desktop. Gaya macam orang yang tak berapa nak ada masa depan. Main-main henpon kejap, bukak WeChat kot ada Remix ke sesapa ke kat GroupChat tu boleh aku fuck fuck kan since aku pun tak aktif borak dengan diorang kat dalam group tu kan? Ehehe. Tak ada pulak. Dah tu kat moment aku memang selalu kacau bilau dengan perempuan gubra mana entah, langsung tak ada kriteria pelajar yang mempunyai Sivik.
"Minah batak Hardcore aku tanya layan apa semua kurang je hardcore nye. Aku tanya layan Slipknot, Cromok CC16, TDWP asyik tukar topik jah -.- Nak membatak dengan Hardcore tak payah kot"
Aku komen kat situ,
"So, pada tahun bila Slipknot tu wujud eh?"
"Tak tahu, aku layan jah"
He'eleh MinahSivik ni, berlagak aje. Tu aku baru test sikit je tu. No doubt lah she exactly the same like the one she mentioned to tadi kan? Ekekekeke. Acah-acah gempak je, nasib baik lah budak-budak lagi. Entah-entah dia pun tak kenal siapa singer Slipknot tu kan? Sebok perli orang. Dah tu dia reply satu kali, aku baca jap pastu dia terus delete. Aku harap sangat lah kalau dia pun one of my silent reader kan. Ekekekeke
Elok aje tadi tepat-tepat waktu buka puasa tadi masa aku baru aje nak tuang air, Mattop call. Ah sudaaah, tak pernah pulak dia call time-time macam ni kan. Mestilah aku suspek yang bukan-bukan. Dia kasitau nenek dia baru aje meninggal 15minit yang lepas. Innalillah. Cukup kuat perasaan yang datang kat aku. I have a good feeling that bila aku banyak dapat berita kematian kebelakangan ni, there must be a reason behind that. Lagi-lagi masa bulan puasa ni. Kot yang ni puasa last aku ke kan? Who knows? Nanti aku nak ajak mak aku pergi ziarah rumah arwah, esok lah kot.
Sembahyang tarawih malam ni biasa aje. Habit aku lah kan peratikan orang tengah sembahyang sunat? Nampak tak yang aku ni suka sangat peratikan orang? Ekekeke. Macam-macam style orang sembahyang ni ye. Itu hari si HasanJiran tu angkat takbir macam orang tak ada kudrat, ini hari pulak NuarJiran angkat takbir gaya pondan. Tangan dia taruk kat bahu macam orang bersalaman. Kan selalunya bila orang bersalaman tangan dia tarik ke dada. Tapi ini dia tarik ke bahu gaya pondan. Style kot?
Dah tu aku tak minat sangat UstazSekolah jadi imam, laju sangat bacanya. Aku lagi suka ImamMuda, suara sedap dah tu sembahyang pun relaks aje. Kadang bila sujud tu aku tak sempat habis baca dia dah bangun dah. Kan ke bacaan sujud tu 3 kali? Aku baru baca sekali dia dah bangun padahal aku dah baca paling laju dah tu. Nak laju sangat pun tak boleh kan sebab nanti bacaan tak betul. See? Aku ni jenis yang suka complaint dan condemn orang kan? Ekekeke
Practise make perfect, but too bad nobody is perfect.