Kira lambat jugak lah hari ni aku bangun, 5.15am macam tu. Itu pun mak dah bebel-bebel kata macam orang mengajar anak 5 tahun berpuasa. If yes aku tak kisah lah nampak jugak dimanjakan sikit, kot nanti boleh dapat duit raya as I am 5 kan? Ekekeke
Lepas sahur terus aje aku tidur, tak dan dah nak memorex pagi-pagi ni. Dapat tidur kejap jadi lah. Dah tu bangun-bangun aje terlepas sembahyang Subuh. Aiseyman 7.20am dah, rugi betul. Itu pun terbangun sebab nak hantar Ari pergi sekolah sebab nanti aku nak guna motor pergi ziarah rumah Atuk si Mattop, kalau tak memang tak bangun sampai ke tengah hari kot.
Awal betul mak dah bersiap, baru pukul berapa. Aku pun masih mengantuk lagi ni kot sempat tidur 5 6 minit lagi cun jugak. Sometimes aku ni kuat tidur jugak kan? Ehehe. Tak ada maknanya lah aku nak tidur sekejap kang sesilap merajuk mak tu, malas lah nak pujuk nanti.
Rumah atuk dia tak jauh sangat pun dari rumah aku, kena lalu 3 4 simpang aje since kampung aku ni petak-petak jadi senang nak estimate berapa jauh. Tadi lalu depan surau Abdul Karim yang dekat dengan rumah aku tu, diorang tengah buat keranda. Cuma surau situ aje kot yang ada buat keranda dalam banyak-banyak surau kat kampung ni.
Ramainya manusia, iyelah kan family Mattop ni kira besar jugak so ramailah kengkawan ahli keluarga dia yang datang ziarah. Aku cari-cari Mattop tak jumpa pun, dah tu aku duduk aje lah kat kerusi yang kebetulan ada kosong. Kanan kiri orang tua, apa yang disembang pun aku tak tahu lah. Aku salam takat dua tiga orang aje even sebelah-sebelah tu ada lagi tapi aku malas nak salam. Dah duduk baru aku perasan Mattop kat depan aku aje. Aiseh. Aku peratikan keliling, seems like "Eh aku aje ke kawan Mattop yang datang? Yang lain semua tua-tua aje." Nampak tak yang I am actually a good friend either? Ekekeke. Tak lama lepas tu Anap pulak datang, tapi dia bukan kawan Mattop. Kan ke Mattop baru aje pindah sini berapa bulan?
Patutnya dia balik Penang malam tadi, but everything was unexpected so burn aje lah tiket bas dia tu. Ahad nanti baru balik sana. Mattop kata kat aku "Memang tunggu bulan puasa agaknya. Sakit dia dah lama dah". Mungkin kot, either yes or just a coincidence? All in all, semua kat tangan Tuhan. Kita kena redha kan aje lah.
Jenazah di sembahyangkan kat rumah aje, ada pasang dua canopy kat laman. Selalunya sembahyang jenazah buat kat masjid tapi masjid tu belum siap lagi. Kan dah dirobohkan nak buat baru. Aku tak join pun sembahyang jenazah sebab takde wudhu'. Aku peratikan aje orang yang tengah sembahyang tu (aku ni asek tersangatlah suka peratikan orang kan? Dah tu buat speculations sendiri. Ekekekeke), sorang sorang aku tengok. "Lepas ni siapa yang akan pergi dulu ye?". That is the question that always come across on my mind, who will be the first. Tapi soalan tu aku jawab sendiri aje, nak jugak tanya orang kat sebelah tapi kang dia cakap apa lak kan? Ehehe. Well, either early or late, everybody are going to die anyway.
9.15am macam tu jenazah dimasukkan kedalam van, nak dikebumikan dah. Bayang Mattop pun dah tak nampak, dia naik van sekali kot tadi. So aku melepak aje kat kerusi sama Anap. Semua orang nak balik dah, tapi aku tunggu jalan tu clear sikit. Aku malas nak bersesak-sesak kat tengah crowded tu.
What a beautiful day (exactly not too beautiful) lah kan sebab terjumpa Akmal, dah 10 tahun kitorang tak jumpa since dia pindah rumah masa sekolah rendah dulu. Senyum-senyum aje masa dia nampak aku, nasib baik dia masih ingat kan? No doubt lah because we were once a good friend, kitorang duduk sebelah-sebelah dulu. Selalu ajelah bergaduh dulu. Ehehe. Aku pun tak perasan ada dia. Hairan jugak, macam mana dia boleh tetiba ada kat sini kan? Dia cakap lah yang abang dia kahwin sama Auntie si Mattop ni. Oh, I see.
Kitorang tak sempat nak borak panjang sebab mak pun dah tunggu kat motor nak balik. So aku mintak aje phone number Akmal, and I told him yang aku dengan kengkawan plan nak buat reunion nanti. One fine day lah kan? Bukan senang nak gather kawan-kawan lama ni, especially yang berpuak. After then terpaksalah aku mintak diri dulu, ikutkan hati nak aje aku ajak dia keluar lepak minum jap. Tapi kan bulan puasa? Ekekeke. Next time je lah kot.
Aku memorex aje pagi ni. Base on the indicator shown, aku expect tadi pagi punya market mesti lain macam dia punya gerak. Rasa rugi pulak aku tidur lepas Sahur tadi, kalau tak boleh lah aku join expandkan aku punya balance.
Cinderella WeChated me, sembang-sembang macam tu aje sebab tak ada topik sangat pun sampai aku yang tertidur. Just asked her how she's doing, this and that. A few simple questions. Deep down makin terasa rindu lah kan? I don't really know what it is that make feel so.....erkk. How about you Cinderella? Ekekekeke.
Lama jugaklah aku tertidurnya, what a worse day dah lah terlepas Subuh. Zohor dengan Asar pun sama. Sebab tamak sangat tidurnya, lepas Sahur tidur, tengah hari pun tidur, membawak sampai ke petang. Sampai masa nak buka pun, masa tu dah cergas balik dah sebab nak makan. Ekekeke. For sure malam ni mesti susah nak tidur sebab dah melantak tidur aje tadi.
Menu buka puasa family kitorang biasa-biasa aje sebab bukan semua orang ada kat rumah, Jemi sama Ajim pun tak balik. Kan hari ni Jumaat malam Sabtu, memang biasanya diorang melepak kat luar lepas balik kerja. Ajam kat rumah dia. Aku, mak, sama Ari aje lah kat rumah. Masak satu lauk pun dah cukup sangat, itu pun tak habis. Aku sama mak tak makan banyak, well actually aku tak makan banyak macam mak even mak punya pun kira sikit aje. So memang teramat sikit lah aku makan kan? Kalau Ari iyelah, perut dia aje dah 3 tingkat. Nak compare dengan perut aku ni ibarat perut Ari tu tank bas, perut aku tank motor EX5.