Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Wednesday 10th July 2013



By  azlanpunyablog     23:09     
Alhamdulillah pagi ni dapat sahur, a good start I guess. Aku cuma sahur dengan segelas teh tarik aje. But it seems not really good since mak ni jenis kuat membebel pagi-pagi. Aku cukup benci bila tengah tidur tu tiba tiba ada orang menjerit. Tak ke rasa tersentak macam nak tercabut jantung? Kalau aku mati macam mana? Bukan nak salahkan mak, aku terima kasih sangat sangat tolong kejut. Kalau iye pun biarlah kena caranya kan? Kan dah spoilt mood aku pagi-pagi ni.

Aku memang hangin gila punya bila kena macam tu, aku kalau tersentak masa tidur jantung aku jadi kencang, rasa macam nak pukul orang. Tak kira lah siapa pun. Nasib aku tabahkan jugak, kang kalau aku melawan jadi derhaka pulak kan? Masa kat asrama dulu iye lah, bangun bangun aje terus pukul orang ajak bertumbuk. Sebab macam ni lah.

Ingat aku nak diamkan aje bila mak jerit-jerit tu, makin malas aku nak bangun ada lah. But since a part of my house, which is my room exactly woody (setengah batu setengah kayu), maka seronok lah mak ketuk-ketuk dinding. Kalah bunyi bass tong drum tu ha, dah lah dinding yang diketuk tu bebetul sebelah telinga aku, memang menyiraplah kan? Oleh kerana aku nak buat yang terbaik Ramadhan kali ni, so aku kuatkan je lah semangat aku. Kot ini dugaan aku yang mula-mula kan?

Lepas sembahyang Subuh aku melepak aje kat depan Desktop, dengar lagu guna earphone just to make sure tak ada suara-suara yang aku tak nak dengar. Patutnya aku kena tolong mak hari ni, nak buat kuih apa entah tu. Ada orang order 3KG petang karang nak amek. What a day lah kan order petang semalam, petang hari ni nak amek? Tapi mood aku dah di spoilt kan pagi pagi buta tadi, teruslah aku jadi malas nak tolong. Kan aku tak kisah langsung dengan siapa pun yang buat aku sentap tu kan? Cuma aku tak nak cakap aje.

Kak Mai ni kekadang tak reti kesian ke dekat mak? Aku yang hari-hari tengok pun kesian, ni kan pulak yang balik sebulan cuma sekali dua aje. Suruh mak buat kuih, jahit baju lagi, mana satu yang nak dibuat pun aku tak tahu. Mak tu dah tua, nak angkat badan sendiri pun kekadang tak larat. Dah tu kerja aku lah nanti yang mngurut mana yang sepatutnya tak sakit tu. Entah lah aku pun tak nak amek port sangat, kan diorang aje yang betul? Kalau aku cakap banyak nanti dia kata apa pulak kan? Janji lepas ni jangan kaitkan aku kalau ada apa-apa jadi.

Dari pagi sampai tengah hari aku kat depan desktop aje, sedar-sedar pukul 2pm dah. Ari pun dah balik sekolah. Aku buat advertise sendiri even company dah bagi tinggal amek aje, tapi aku lagi suka usaha sendiri kot. Dah tu buat marketing sikit, adjust folders yang berselerak tu kasi rapi dan senang nak cari. Lapipun aku bukannya ada buat apa sangat kan? Cari kerja pun cuma guna internet aje. Punyalah senang lenang. Ekekeke. Dah tu rehat-rehat kejap sembahyang Zohor pastu sambung main Counter Strike version Hang Tuah.

Awal pulak Jemi balik hari ni, pukul 5 dah sampai rumah. Selalu pukul 12am belum tentu lagi dia balik, kadang pukul 1am. Sebab puasa kot? Iyelah tu kan.

Projek bazaar Ramadhan tu aku cancelkan aje. Tak payah banyak sangat fikir nak cari table lah, space lah, payung lah, nak buat kuihnya lagi lah since aku yakin rezeki Allah tu bukan cuma ada kat bazaar aje kan? Aku dah lama buat bisnes online, jadi kekadang tu tak sampai setengah jam aje dah dapat RM50. Bezanya mungkin niaga kat bazaar tu lebih berkat sebab jual makanan kasi orang berbuka kan? Bukan lah aku nak berlagak, tapi kan setiap orang ada rezeki memasing? Rezeki Pesal kat bazaar, rezeki aku kat internet. Ekekekeke

Alhamdulillah selesai ibadah puasa hari pertama ni. Mak buat lauk masak lemak ikan keli, favret aku tu. Sayang gila kat mak. See? Walaupun aku hangin aje hari ni aku masih sayang jugak kat mak aku kan? Aku kan anak yang baik. Ekekeke

Aku tak pegi tarawih hari ni, sayang betul baru masuk hari kedua dah tak pegi tarawih. Dari petang tadi rasa mengantuk semacam aje tapi aku tak nak tidur. Nanti malam kang aku tak boleh tidur. Dah tu bila dah tak boleh tidur nanti banyak lah aku hisap rokok kan? So aku layankan aje ngantuk sampai malam. Bila ngantuk aku kurang sikit hisap rokok. Kan ke bagus gitu? Manfaatkan Ramadhan ni sebaiknya.

Dua tiga menjak ni aku kurang sikit borak sama Cinderella. Memanglah mulanya salah aku sebab aku asek busy aje even tak nampak sangat pun apa yang aku buat kan? Then again aku tak nak lah rasa bersalah sangat since aku tak rasa pun yang aku ni diperlukan. A few days recently dia pun macam iya tak iya aje bila text sama aku.

Dah tu aku ni tak suka bila mood tengah baik nak borak borak dah tu hilang terus macam tu aje without saying any goodbye or excuse. Kalau busy atau tak text langsung is much better indeed, yang tu aku tak kisah. Kan ke aku ni sensitif orangnya? Semua nak complaint? Semua nak aku aje betul? Semua nak perfect? Ekekeke. Tu sebab lah kot gf aku dulu tinggalkan aku, sebab busy punya pasal. Dah aku jugak yang menyesal. Then again patutnya bila aku dah tak busy tu seharusnya lah kan dimanfaatkan masa tu sebaiknya? Ni tak. Vice verse.

All in all, aku tak nak dah mulakan apa-apa. I mean kalau aku suka kat someone tu ke apa ke aku nak diamkan aje. Biar orang tu yang start dulu, by that aku tahu lah kan yang dia tu suka aku ke tak kan? Ehehehe. Kalau dia pun macam acuh tak acuh aje, aku pun akan buat gitu jugak even deep down aku suka sangat sangat. Kan aku nak yang serius, yang boleh jadi wife aku nanti. Hiks

Forfeit the game
Before somebody else
Takes you out of the frame
And puts your name to shame
Cover up your face
You can't run the race
The pace is too fast
You just won't last

You like to think you're never wrong
You have to act like you're someone
You want someone to hurt like you 
You want to share what you have been through