Hari ni tak ada program, tak ikut Abe pun sebab Cuki dah balik. Cukuplah tukang 2 orang and assistants 2 orang. Kalau tukang ada sorang baru Abe panggil aku untuk tolong dia, kira tukang ni orang yang dah master semua lah (akulah tu? Ekekekeke).
Kerja sebagai tukang ni tak mudah dan tak juga susah. Kena mahir kerja-kerja mengukur, imagination kena tinggi, decision maker, hand skill of course kena pada tahap terbaik. Kena teliti. Assistant? Mudah je kerjanya. Buat kerja yang kacang-kacang macam pasang door edging, laminating, mengelap, menyapu, kerja-kerja yang tak perlu skill yang tinggi.
Never expected to get this far. Sekali sekala aku cuba kenangkan balik kalau dulu aku tak fikir langsung pasal kerja-kerja skill macam ni, siapa entah aku sekarang? Gila besar peluang dalam bidang skill macam ni. Tak perlu SPM, tak perlu high education, but good money. Tapi aku tak katalah education tu tak penting, yang nak belajar, pergilah. But to some people, budak-budak kelas belakang, we have to encourage them to do this thing la. Instead of kerja kilang sampai mati gaji RM1000 kan? Habis kerja kilang boleh buka kilang sendiri ke? Of course no.
Kalau pergi berkuli jadi electrician ke, welding ke, workshop kereta, carwash, sewa canopy, catering, salesman, just to name a few. At the end of the day, mesti boleh buat sendiri. Make a good money. Less than 3 years berkuli kira okay lah, lepas tu berniaga. Make thousands. Ambil Diploma 3 tahun pun, standard gaji RM1500 gitu aje. All in all, it is you to decide.
You make your own rule.
Lewat sikit aku bangun, pukul berapa entah aku pun tak tengok jam. Tapi kira awal juga aku ke masjid. Parking motor banyak lagi kosong tak macam selalu, aku datang je dah penuh. Dalam masjid aku termenung tengok budak-budak sekolah, terkenang jugalah masa aku sebaya diorang. Pukul 12 aku dah ke masjid, tak ada orang lagi pun. Sempatlah bersembang dengan pakcik-pakcik yang datang awal. Kekadang dapat duit belanja seringgit dua pakcik tu kasi.
How I miss the old me yang rajin ke masjid dan mengaji masa kecik dulu.
Sometimes, I think its better to live in prison. You know why? You dont have to think about living. Wake up in the morning, pick a nice shirt and rush to work. Skip breakfast. Hujung bulan, bayar bills. But not in prison. Paling teruk pun kena cuci jamban, kalau buat taik je kena belasah. Prisoner lebih banyak masa mengadap tuhan, mengaji, baca buku (boleh kan?). Prison is built for bad people who is better than us the good people.
Sesekali kita perlu melihat sesuatu dari sudut perspektif yang berbeza.
Balik masjid Abe whatsapp aku "Lan esok tak sempat pasang. Papan lambat sampai. Isnin bolehlah". Just in time, client request 31th July, which is this coming Monday la. Just less than a week, ikut jadual biasanya 2 3 minggu baru siap production and ready untuk installation. Tapi akak client ni nak surprise laki dia yang tengah outstation. Kerja oil and gas barangkali. Abe pun layan je la, memang taktik dia nak kasi client sangkut banyak kali.
Ni client yang aku dapat last week. Aku ingat dia nak order seketul wardrobe je, boleh aku makan RM300-RM400. Tup tup nak 2 pulak, lepastu saiz lagi besar dari quotation yang aku kasi. Okay la tu satu projek RM1000. Kalau seminggu tarik 2 3 projek, boleh dapat lebih.
Terus terbatal niat aku nak kerja makan gaji. Hari tu masa terdesak ya amat, aku terpaksalah tebalkan muka kat diri sendiri yang menolak habis-habis makan gaji ni. Aku dah tak kira janji hujung bulan aku ada duit.
If you are not a nine-fiver, you are not a nine-fiver.
AcapJo offer kerja tempat dia, jadi Warehouse Assistant company penapis air Coway. Aku tahu barang ni memang boleh buat duit. Tapi jiwa aku tak ada kat situ. Tapi sebab terdesak, aku kata kat AcapJo "Okay" je. Patutnya interview hari Isnin lepas tapi aku tak pergi, sebab dah set appointment dengan client. Konon nak postpone tapi ni dah Jumaat, tak pergi jugak.
Aku rasa bersalah betul dengan AcapJo sebab tak tolak awal-awal.
Petang-petang sikit aku ke Pekan Banting pergi kedai buku sebelah Tabung Haji tu, memang dia jual barang-barang Haji pun. Mak suruh beli buku Teman Tetamu Allah (panduan Umrah dan Ziarah). Entah mak nak umrah lagi atau buat Haji pulak. Aku cuma harap mak boleh pergi Haji cepat-cepat je la.
Rasa berat pulak motor aku tu, hari tu aku tukar balik ke blok standard. Tayar aku guna tayar Jemi, saiz lagi besar dari asal. Sprocket dari 43 aku tukar ke 39. berat ya amat! Alang-alang ke Banting, duit poket ada sikit, aku singgah ke Sin Kee tukar balik sprocket ke 42 since dia takde 43.
Sin Kee tempat arwah Abah kerja bertahun dulu. Banyak sejarahnya kat sini. Aku umur 3 4 tahun dulu selalu ikut Abah pergi kerja (kan dulu aku rapat dengan Abah, pergi kerja pun sibuk nak ikut. Ekekeke). Kiranya, kedai ni tempat aku membesar jugalah.
Saja aku buat diam masa sampai tu, staff dia pun dah tukar lain. Sejak bila tu aku tak tahu lah sebab selama ni staff lama, dah berbelas tahun. Aku tanya uncle (aku tak ingatlah namanya), mana uncle India yang selalu duduk kerusi depan tu? "Dia sudah mati lah, lama sudah". Hilang dah seorang yang suka usik aku dulu.
"Uncle kenal saya tak?" Lama dia pandang dengan dahi berkerut.
"Ala uncle ni, anak Ismail laaa". Terus dia senyum.
"Oh! Anak Mail! Iyalah you punya muka bulat sama Mail. Itu you punya abang nombor 3 punya lagi sama. You sama itu abang nombor 1. Aiya sudah besar la you sekarang".
Dah tu dia pergi panggil Auntie dengan Uncle sorang lagi, dengan anak-anak dia bagitahu aku anak Mail. Punyalah happy. Sembang-sembang tanya bila nak kahwin, mak buat apa, this and that. I just miss the place...
Tapi aku pulak tak ingat nama diorang. Yelah dah lama sangat, Abah meninggal aku umur 10 tahun, masa tu aku mana kisah sangat dengan nama-nama uncle ni. Cuma aku ingat muka je la. Aku cakap kat Uncle, nanti aku kahwin kena datang.
"Ehhh mesti datang punya, mana boleh tak datang. Dulu you punya abang kahwin pun saya ada datang".
At least bila aku datang kedai ni, lepaslah rindu aku kat Abah. Sambil terkenangkan zaman aku kecik dulu. Tak banyak berubah kedai tu. Semua posisi masih ditempat asal. Glad they didnt change the place, and still alive.