If I got a weapon, I would kill.
So here is Monday again. I never hate Monday like most other people does if not all, because hari-hari aku kerja, hari-hari tu la hari Isnin. But I do hate the people who hates Monday.
Lemau aku hari ni, aku tak pegang aircraft pun. As some of you guys know aku kan tengah intern/on job training kat industri, takmau lah aku mention apa nama company. Nanti ada orang google, terjumpa pulak blog aku. Sini kan tempat aku mengutuk orang :-)
I tried to come early la last morning, before 9am (as I wish it everyday. LOL). Tapi aku masih lagi ada darah melayu. Jadi pukul 9.15am baru sampai. Tapi tak apalah, diorang pun biasanya melepak-lepak aje dari pukul 9am tu sampai 9.30am layan nescafe. No rush. Kalau ada biskut susu kat pantry tu lagilah lama lepak, nasib baik dah habis.
Just like everybody's Monday, pagi-pagi mesti ada short briefing apa nak buat for the whole week. Biasanya Jagung-Hamm la yang lead briefing since dia tu floor manager kan. Tak banyak kerja pun minggu ni. Selesaikan engine Eurocopter 350, nak di install itu pun dah siap tadi. Pastu nak fokus shipping project 155 (nombor-nombor yang aku sebut ni jenis aircraft sebenarnya), nak di hantar ke America nanti.
Patutnya aku attach sama team Mabu-Hamm untuk settlekan heli 350 tu tapi...pagi-pagi lagi Gebb-Hamm dah panggil suruh aku sambung buat kerja kat shadow board. Papan tempat gantung tools yang ada outline ikut bentuk tools tu la. Aku dah siapkan hari tu, ni kena taruk lagi tools since ada ruang yang kosong.
Kalau tambah je tak apa la, ini disuruhnya pulak aku kalerkan shadow dia tu dengan warna kuning. Jadi, no point la aku lukis outline dia hari tu. Kalau aku lukis guna pen marker tak apa, mudah sangat. Aku lukis guna berus lukisan kot!! Aku guna banyak tenaga on concentration and artwork. Since itu dah jadi kerja melukis menggunakan berus lukisan, dan perlu dibuat dengan teliti, itulah ART!!
Art yang boleh buat semua orang stress. Well, who doesnt?
Aku perasan, hari ni Mabu-Hamm tak nak cakap dengan aku pun. Manep-Hamm pun tak nak cakap dengan aku. Mabu-Hamm, Manep-Hamm, sorang budak baru, dengan aku satu team. Aku syak diorang mesti bengang hari Jumaat hari tu aku datang lambat lepas tu cuma sekejap je, lepas tu aku balik.
Kan Jumaat lepas Public Holiday. So Jagung-Hamm kata siapa boleh datang, tolong datang sebab nak kena tolak kapal 145 keluar hangar. Dia prefer siapa yang tinggal dekat je datang. Aku, orang paling jauh. Tapi aku offer diri aku untuk datang.
Mana aku tahu pagi tu nak hujan lebat, macam biasalah bila hujan lebat. Aku mesti datang lambat. Almost 11am jugak. Manep-hamm bising la kat aku macam selalu (dia sorang je yang rajin sound aku) "Ustad, why you come? All job has done already. Push and wash the aircraft, we have done it already. We need people at 9.30am Ustad. Please try to not come late ah Ustad (nanti aku cerita kenapa diorang panggil aku Ustad. Ekekeke)".
Kali ni suara dia tinggi sikit dari biasa. Aku peduli apa. Tak wajib datang pun, but I am willing to come and help. All the way from home that nearly 40KM.
Masa tu ada Mabu-Hamm sekali and all the intern guys.
Dinesh-Hamm pun ada tanya aku kenapa aku datang, aku katalah I just come to help if you guys need more people. "No mate, we got enough people here. We only need the people who stay nearby to come, we only need to push the aircraft out and thats it. How far is your place?"
"Not too far, just like 40KM"
"Fuck! That is far dude!"
"Nevermind, I am going to meet my friend somewhere here as well. So no problem, man"
Aku pun pergilah ke Seksyen 15. Memang aku nak jumpa kawan pun, nak jumpa Mattop. Bagi coaching Sublet :-)
Tapi itulah, aku tak faham apehal Mabu-Hamm sama Manepp-Hamm takmau cakap dengan aku. Aku tak la kisah sangat pun since aku memang tak kisahkan hal orang. But this is a workplace. Kenalah baik dengan semua orang. Kalau kat luar, aku memang tak peduli. At the end of the day, I pay the bill.
Gebb-Hamm punya pasal, esok aku kena hadap lagi la shadow board tu. Jagung-Hamm datang ke tempat aku tadi, ditambahnya lagi tools. Takde life ke ha?!
Aku bukan apa, benganglah kena buat kerja dua tiga kali. Hari tu dah cat board tu warna putih, hook dah siap pasang, dah siap lukis pun outline dia, Putih tu warna pilihan Dinesh-Hamm, dia suruh cat putih. Dah gantung, kena turunkan balik, Madam-Hamm nak warna biru pulak. Aku cat baliklah warna biru, aku lukis balik outline guna berus lukisan!
Sekarang ni, Jagung-Hamm pulak buat hal. Nak di cat pulak shadow tu instead of outline. Fakk!
Sometimes, good people isn't really good, smart people isn't really smart.