Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Monday 12th May 2014



By  azlanpunyablog     15:26     
Berbaloilah jugak melantak tidur sampai ke tengah hari ni lepas berpenat lelah semalam masa dekat kem selama 3 days tu. Kalau ikutkan hati memang aku tak nak pergi sebab aku tak suka, aku dah duga apa yang berlaku. Kena kawad, kena itu, kena ini, almost semua benda aku tak suka. Except masa pagi Ahad tu which is semalam sebab tak sabar nak balik. Itu ajelah yang aku suka. Tambah pulak dengan group members bawah umur yang lembab, cerewet banyak complaint tapi satu apa pun tak reti buat, tak ada self confidence and semua tu buat benda kecil jadi rumit. Kan aku tak suka orang pesen gitu, boleh buat aku jadi stress sebab aku terbabit sama dalam group tu. Since aku ni teramatlah banyak ideanya, mana yang aku rasa relevan dan praktikal aku kongsikan ajelah sama diorang. Tapi diorang suka reject and kasi balik dengan tangan kosong (budak-budak bawah umur memang selalu gitu fikiran dia limited sangat sangat). Jadi idea sentiasa tak ada. It supposed to be like "Idea tu tak best, tapi aku pun taktau nak buat apa". What the fuckin' shit are they!

Kitorang disuruh pasang canvas kat khemah tu untuk dijadikan dinding since sebelahnya ada khemah perempuan yang gedik-gedik tu (majoritinya memang gedik) so tak adalah diorang nampak kitorang bukak seluar nanti. Punyalah special khemah diorang tak ada pun lubang yang membenarkan nyamuk masuk. Tak macam kitorang, cuma dikasi khemah orang kahwin yang dipasang canvas tu aje. Konon-kononnya classmates aku nak lah buat satu penempatan untuk geng kitorang aje kat corner sebelah belakang dekat dengan pagar tu, then again kitorang adjust lah tempat tu pasang canvas (dinding), bentang canvas (lantai) dengan sapu-sapu sikit. Lepas tu buat longkang kecik kat tepi-tepi khemah tu. Aku tak nampak pun budak kelas lain tolong kitorang buat kat kawasan tu. Pastu pegawai yang in charge suruh semua duduk kat tempat masing-masing sebab nak tengok muat ke tak. But once kitorang masuk ke dalam khemah tu, port kitorang dah dipenuhi dengan bebudak SPC (nama je Skim Pelajar Cemerlang, tapi otak tak cemerlang langsung pun since perangai macam budak darjah 5. Semua lembab) Ikut suka hati aje. Buat kerja takmau tapi kebas tempat orang. Kitorang diamkan aje. Dah tu pegawai tu panggil kitorang yang tak ada tempat ni pindah ke tempat lain. Much better lah sebab kitorang tak tidur dalam khemah tapi dalam pondok yang selesa dengan lantai yang cantik, siap ada soket dan memang sukalah kitorang sebab boleh charge phone nanti. Ekekeke. Dah tu kat situ tak ada nyamuk pun.

Aku rasa kem last week was much better walaupun masa hari first aku sampai tu boleh buat aku menangis teresak-esak sebab menyesal gila babi. Aku sendiri tak percaya yang aku akan disuruh tidur kat tempat macam tu, aku takut kalau kalau ternampak apa-apa. Dengan semak samunnya, ularnya, tempat tinggal yang tunggu masa nak runtuh, aku tak nampak pun macam itu satu tapak kem.

Mujurlah Mr Ishak-Lecturer yang jaga, senanglah nak kawtim sebab Isa-Classmate (anak dia) ada sekali. Lagipun aktiviti dia relaks je tak banyak sangat. Cuma hari first tu aje kena tebas semak samun kat tepi tepi pondok dengan semua kawasan. Takut jugak aku nak buat kerja, takut dipatuk ular. Dah tu kena sapu daun-daun kering, bersihkan longkang yang penuh dengan tanahnya. Walaupun dibuat dengan dasar keterpaksaan (aku kena pergi kem tu untuk ganti credit hours coQ yang aku hutang sebab ponteng, total 8 hours. Then kena buat community service) tapi aku dah mula suka tempat tu. Nampak kemas dan bersih dah. Lepas tu kitorang boleh buat aktiviti sendiri sampai esok. It was our leisure time lah kan tak terikat pun dengan apa-apa rules and activities. Malam tu kitorang habiskan masa main card dengan BBQ je. To be summarize,  kitorang lebih banyak melepak daripada buat kerja. Ekekeke.

Actually aku tengah malas sangat nak tulis blog ni, tapi aku gagahkan jugak. Aku still stick dengan prinsip aku. Blog ni sedikit sebanyak buat aku jadi lebih disiplin, lebih bermotivasi, semuanya lebih. Tapi aku selalu sibuk (not to mention yang sebenarnya aku teramatlah sibuk), dengan National Competition nya, assignments nya, videonya, final examnya, tu tak termasuk masa untuk aku relaks kejap untuk beberapa minit. Sedangkan aku tak ada masa untuk diri sendiri, inikan pulak aku nak ada masa untuk orang lain kan? Aku tak kecil hati pun 'aku' tak ada masa untuk layan aku.