Dah tu perut lapar, baru teringat yang semalam aku tak makan apa apa langsung pun. Terus meluru ke dapur cari apa apa yang boleh dimakan tapi hampa je. Yang ada biskut cornflakes mak aku tu aje, 2 hari lepas buat dengan dia sebab ada orang order untuk raya. Buka peti sejuk dengan harapan ada lah makanan kan, aku jumpa setoberi je tapi keras nak mampus (jemi beli masa pergi Cameron 3 hari lepas). Siapa entah taruk dekat tempat beku tu ha. Tapi aku bedal jugak makan dengan coklat yang aku tak tahu apa nama dia, coklat tu cair kat dalam mangkuk. Memang dia kasi sekali sama setoberi tu.
Tapi aku lapar lagi, jam baru pukul 4 lebih macam tu. Aku pegi tukar seluar dan sarung sweater yang koyak kat dua-dua lengan (aku pakai masa excident tahun lepas), konon nak keluar kejap lepak mamak pekena teh tarik dengan roti canai ke kan? Dah tu aku pergi lah cari kunci motor Modenas Kriss kat tempat biasa. Almari kat luar bilik aku tu biasanya letak kat situ je. Alih alih tak ada pulak. Aku geledah sana sini tak ada. Mesti mak aku simpan dalam bilik dia ni. Kunci motor FZ pun tak ada, yang ni confirm Jemi bawak sekali pergi tidur. Dah tu hampa lah aku tak dapat makan. Lepak je kat hall hidupkan PC, memorex lah aku sambil main Counter Strike version zaman purba kala tu. Aku bukan jenis kaki game, so it's okay lah kan?
Khusyuk sangat main sampai pagi, adik aku pun dah bangun nak pergi sekolah. Kerja aku lah hari ni nak menghantar. Selalu dia pergi sendiri bawak motor. Tapi sebab aku bangun pagi kan nanti nak kemana mana susah lak takde motor. Kalau aku bangun tengah hari buta tak apa lah, masa tu adik aku pun dah balik. Mengenangkan perut aku yang lapar tu, singgah lah jap kat mamak Fadhiya Maju area Taman Sejahtera Baru. Selera aku tadi dah datang balik, aku order Teh Tarik onney(satu), roti kosong nandey(dua), another nandey itu roti kosong aku bungkus je bawak balik kasi mak aku breakfirst. Aku order lagi John onney RM4.50. Suka mamak tu aku speaking bahasa dia. Ingat boleh lah dapat murah, dia ajak bergurau pulak sama aku satu kotak John RM10.50? Fuck!
Tadi pagi aku taruk 4 buy lots kat EURUSD at 1pip, tak berkembang langsung. Summary Loss -62.70USD. Paling teruk setakat ni. Aku nak tunggu sampai petang kalau kalau dapat profit around 100USD pulak kan? ekekeke Tamak betul aku. But its not something impossible kan? Sebelum ni I got the highest ever 35USD. Some respect for a newbie.
Lepas sembahyang Jumaat sambung ngadap komputer aje. Ada komputer dengan internet dah boleh buat aku hidup. Campak ajelah aku kat mana mana. Kasi internet sama PC/Laptop dah cukup. Kasi lah jugak duit sikit RM50 untuk aku mulakan hidup lepas campak aku tu kan? Ekekeke. Takde buat apa sangat pun, cuma pusing pusing Carigold sama Mudah.my cari apa apa barang yang boleh dijual balik. Nak raya dah ni kan, memasing nak membeli belah. Diorang ada duit tak apalah, aku ni? Masih sibuk mencari duit. Adalah dua tiga barang aku resell macam kasut-kasut, kasut ori tu beza RM50 dari butik punya. Aku taruk harga RM300 worth. Ni pun aku ada buat servis JV sikit which is mean Joint Venture/Partnership something like that lah kan. Aku designkan aje pastu submit kat orang tu. Aku cuma buat simple-simple since this is my very first time JV sama orang. Konon nak test market kot dia berkenan ke kan? Kang kalau dia suka barulah aku semangat sikit nak buat yang lawa-lawa. Aku tak kisah pun berapa dia nak bayar aku, RM10 satu design pun aku sebat janji aku ada duit takde mintak-mintak mak sama abang aku. Kalau ada 4 design? Dah RM40, okay apa. Dah tu dia janji nak kasi aku satu baju untuk setiap design. Kira okay lah tu, plus that designs are too simple dan senang sangat nak buat (dia nak design ciri-ciri Islamic). Meh aku tepekkan sikit. Ehehehe.
![]() |
Yang ini aje bukan aku design, aku sebat kat google. Ekekeke |
![]() |
Yang ini extra saje aku tayang. Aku designkan untuk Mattop (Japan-Malaysia Technology Institute). |