Aku tak tahu macam mana perjalanan hidup aku lepas ni. Since aku dah berhenti kolej, duduk rumah aje lah. 2 minggu dah kat rumah tak buat apa (well actually dah 2 bulan which was cuti semester. 2 bulan dan 2 minggu), cuma petang petang ajelah aku beraktiviti sikit. Exercise main futsal kat tepi padang sekolah rendah tu. Itu ajelah yang aku boleh buat buat masa ni kan?
Sebenarnya aku tak ada bakat menulis pun. Cuma bila aku fikir balik, masa aku yang terluang ni baik aku belajar buat sesuatu instead of belajar main Forex (Foreign Exchange). Sengajalah kan aku tulis blog kononnya nak cari some space untuk luahkan perasaan which is yang aku rasa tak ada orang nak faham. Might as well, kalau ada yang baca blog aku nih boleh lah dia faham aku kot. Kot?
So, what will this blog story? Aku nak buat something that kind like a diary. Wah waahh diary konon. Acah acah je aku ni kan? Eh tapi lantaklah aku nak tulis apa pun, ada ke orang nak baca? Ehehe. Peduli apalah since no one could understand me, aku tulis lah kat blog aku ni ha. So then aku rasa aku tengah bercerita dengan seseorang. And its make me feel much better sebab buat aku rasa macam ada orang yang faham aku. Hihihihi.
So far 2 bulan 2 minggu aku menghadap percutian yang serba membosankan ni seolah olah aku buat satu pembaziran waktu je. Iyelah 2 bulan tu lama kot, macam macam boleh buat. Tapi sebenarnya memang tak ada benda pun yang aku boleh buat. Aku punya bisnes online tu pun tak jalan sebab 2 bulan tu aku cuma ada handphone Nokia 5800 Xpress Music sama Nokia 1208 tu aje. Macam mana aku nak buat marketing dalam henfon kan? Susah lah, nak buka private message kat fanpage pun tak boleh. Tu pun nasib baik ada WiFi free rumah sepupu aku kat sebelah. Kalau tak of course lah aku boleh mati kebosanan kan?
Aku tak tahu apa yang aku boleh buat masa ni. I mean bukan lah tak tahu kan. Aku pun ada banyak plans sebenarnya cuma macam ada seketul batu besar yang sengaja menghalang jalan yang selebar 2 3 kangkang kera ni. Almost everything yang aku nak buat serba tak kena since abang aku yang nombor 2 tu cuba nak mengatur hidup aku seolah olah aku tak tahu apa apa langsung even a very little thing. Why don't he give me a chance to figure up my own life? Aku berhenti kolej pun sebab dia, aku masuk kolej jahanam tu pun sebab dia. But later then he still pointing it to me macam aku sorang yang salah. Mana keadilan?
As an engineer memang dia bagus, tapi tak cukup bagus kalau asik nak menunjukkan kebagusan sendiri tanpa memikirkan kebagusan orang lain. Its true lah kan aku ni tak pandai, but not at all. Even result SPM aku tak bagus but deep down aku rasa itu yang paling terbaik aku pernah dapat. For sure lah kan sebab a few subjects yang aku jarang jarang jarang jarang lulus tu aku boleh capai gred yang boleh diterima mana mana institute.
Macam biasalah lepasan SPM mesti akan isi UPU nye kan? Pastu nak isi kenalah beli dia punya PIN dulu kat BSN. Aku dah beli dah PIN RM10 tu. After then masa kat rumah aku pinjam lah laptop abang engineer aku ni kejap and he sat after me. But once aku nak isi tu sesembang lah sekali dengan dia to make a good decision lah kononnya since dia dah ada pengalaman. Sembang punya sembang dia kata tak payah isi. Katanya ramai graduates IPTA ni end up dengan jadi kerani lah apa lah. What you thought when you were 17? Mestilah tak tahu apa apa kan? And you trust someone experienced. So aku ikut lah kata dia tak payah isi. Bingung jugak masa tu, kalau tak isi kemana pulak aku nak pergi. GiatMara? Hell no.
Lepas exam yang besar tahap gaban tu aku carilah kerja part time sambil tunggu offer dari mana mana institute. Aku kerja kat Bukit Tinggi belakang Old Town Coffee kat belakang Giant. Memula aku kerja position Chef Assistant kat kitchen. Potong ayam lah, sayur lah, jari sendiri lah (pernah sekali tu aku nak basuh pisau pastu terhiris jari). Pastu aku jadi waiter which is the best position kalau nak cari duit poket buat beli rokok yang RM3 tu. Jadi waiter hari hari boleh dapat tips. Ehehe. Pastu aku dialihkan ke position bartender. Kerja buat air, roti, burger sama ice blended. All this while masa aku jadi bartender seronok lah sebab selalu dipuji Encik Boss. "Awak punya product paling terbaik setakat ni. Pandai potong roti cantik cantik. But you need to make it a little bit faster" - katanya. Iyelah kan kalau nak buat cantik cantik kemas kemas memang biasanya kita buat pelan pelan lah kan? Bangga pulak. Ekekeke
After months aku berjaya kumpulkan a few surats tawaran, ada yang dari Insitut Kemahiran, Kolej Swasta yang tah pape yang tak pernah dengar pun ada. Kolej yang famous pun ada, tapi siang siang aku tolak dah. I am not a son born rich to go there. Later then I got a call dari mana entah, suruh datang interview kat library Banting. Aku pergilah dengan abang engineer tu (seems like dari tadi aku sengaja mention 'engineer' kan?). At there, aku di'interview' satu old folk ni. Dia tengok result SPM yang aku dah fotostat kan tu. Dia kata result aku tu tak cukup bagus untuk pergi ke tempat yang sangat bagus. Sounds like that lah aku tak ingat apa dialog dia. Yet he offered me UiTM Lendu course Dip. Science Computer. Sembang sembang jap dengan engineer tu dia kata okay je since dia pun seorang IT engineer and willing to teach me either. Aku pun tak kata banyak, amek borang terus balik. Abang aku kata kat that old folk yang kitorang nak bincang dulu. Deadline dia pun kejap je, tak sampai seminggu lepas hari interview tu.
As the time goes by, abang aku kata nanti dulu lah. Nanti mesti ada dapat offer lain punya. Aku iyekan je lah, so borang tadi tu aku abaikan je. Deadline pun dah lepas. Kengkawan pulak dah ramai yang blah ke mana mana. Sampailah satu saat ni aku dapat call dari one lady ni, base on her voice aku bajet umur 23-25 gitu. Dia suruh pegi interview kat Port Klang. Aku pergi sama engineer tu lagi. Macam biasalah bebel bebel orang tu kat stage kata kolej ni bagus. This and that. Facilites complete apa semua. Siap tunjuk gambir. Gambir? Memang indah kawasan kolej tu (kat dalam resort). Dalam kepala "Ohh, syok gak ni. I can have a good weekend there". Pandai diorang pikat hati budak budak.
Memikirkan yang masa aku dah jauh berlalu. Macam macam offer dah dilepaskan. So I thought this is the one stop decision, abang aku pun fikir gitu dan dia pun dah tak kata apa dah. Takkan nak suruh tunggu offer lain pulak kan? End of the year lah kot kalau nak tunggu second intake. Aku takmau. Then aku pergilah register kat kolej bersekutu tu, dapat course Dip Science Computer under UiTM gak. Maybe sebab tu abang aku tak kata apa. Dapat course yg sama instead of yang kat Lendu tadi.
But the condition was not as what I expected. Bukanlah nak condemn but this is the reality. Hostel kitorang kat condo! Fewwit! Gila best lah kan? Siap ada swimming pool lagi. Ewaaahhh~ Bunyi macam bagus gila tempat tu. Once I reached there, kat lobby lah masa nak unload barang dari kereta. Ya Rabbi....everything came across on my mind, "where the hell is this place?". Kotor, bersepah kaca kat lobby, lift berconteng, lagi teruk kat depan pintu masuk rumah which is kat level 4. Rumah paling bawah, and bawah tu parking lot. Since the place is at the bottom, tahulah keadaannya kan? Cuma level 4 je yang ada kawasan luas kat keliling rumah. So jadilah kawasan pembuangan sampah kat situ. "First look, first impression".
Might as well, aku dah register dah pun. Teruskan ajelah. Aku redha. Tapi yang buat aku happy, dalam rumah tersangat lah bersih. Aku respect! Dan ada seni lah kan bila dinding rumah fully with posters. Kaki bola budak rumah ni. Seriously I felt something different in there. Tambah lak memang aku ni jenis yang pembersih jugak lah bila duduk dengan kawan. Kat rumah aje tak sebab biasanya mak yang kemaskan. Duduk hostel siapa nak kemas? Sendirilah. Ekekeke
The first week was okay afterall. The next day after a week, means hari kelapan lah kan? Ha, problem yang first sekali menguji kesabaran aku. Once the lecturer nak bahagi bahagikan kelas and group. Diorang panggil lah nama satu satu duduk dalam kumpulan. Nama aku kat dalam list Dip Business Management. What the hell it was? I asked the lecturer "kenapa nama saya kat dalam group ni lak? Hari tu saya register Dip. Science Computer UiTM". Pastu dia kata lah "Kita tak ada Dip Science Computer UiTM kat sini. Cuma ada Dip. Science Computer Multimedia UTM sahaja". What the fuck! Satu penipuan untuk tarik student atau?
Tak apalah kot even it are two different things. Multimedia is okay. So tukarlah ke Multimedia. Jalani hari hari seperti pelajar yang lain. Aku pun belajar pakai formal sikit. Bagi aku cara pemakaian menunjukkan mentaliti. Kot? Lain orang lain saiz kasutnya.
After a year (2 semesters), too much too think. Semuanya hancus! The top priority of the reasons is money. How can I get the money to pay the fees instead of mintak kat mak (mak aku tak kerja pun) dengan abangs? Fees mahal, iyelah kan kolej swasta kot. No doubt. Tapi abang aku tu lah. Since mak pun tak kerja abang abang abang aku lah yang sara. Dah masing masing macam nak tak nak je tolong aku. Mintak kat yang sorang ni, dia suruh mintak yang kat lagi sorang ni pulak. Dan sentiasa berpusing and it will usually end up "Aku takde duit". Well, aku ada tiga abang. Tapi satu lagi tu memang aku pun dah tak amek port. Nak 20tahun aku hidup, tak pernah aku berbaik dengan dia. Paling aku takleh terima that engineer guy kata aku buat joli duit tu. Does he knows what year he's living? Nak compare dengan zaman dia memang tak lah kan?. Serupa aku cakap macam ni "Eh dulu arwah abah pergi kerja naik bas, tak ada pun nak drive kereta macam kau sekarang?" See?
Aku cuma cakap dengan mak je aku nak berhenti. Dia pun faham. Sedih jugak. Lepas aku lepak kolej 2 3 hari masa cuti sem tu (settlekan urusan tu lah nak berhenti) aku balik kampung lah bawak barang banyak banyak naik bas and then naik KTM. Abang abang aku masing masing ada kereta tapi aku sengaja tak nak suruh diorang tolong amek kat kolej dengan barang yang banyak gila tu. Sebab nanti aku rasa aku ni membebankan je kan? So better aku berusaha balik sendiri even memang sometimes diorang amek kat kolej even aku cuma bawak satu beg je.
Diorang tak tahu aku dah berhenti. Masa kat rumah, aku dapat surat dari kolej. Surat pemberitahuan macam tu lah untuk pendaftaran naik sem. Ni mak yang cerita balik kat aku. Abang aku satu lagi tu nampak surat tu atas meja and after then dia tanya mak tu surat apa. "Surat pendaftaran lah" kata mak. "Bila?" kata abang aku lak. "Minggu depan. Dah tak payah fikir nak keluar duit. Dia dah berhenti dah pun." Pastu abanng aku pun tarik nafas panjang (kata mak). Aku diamkan ajelah.
All this while, sepanjang masa kat rumah ni aku langsung tak ada duit. Aku nak kerja tapi engineer tu lah. Macam biasa nak conduct hidup aku. So aku diamkan lagi. Aku tak tahu apa yang dia nak. Aku diamkan aje sampai sekarang. Dia suruh apply kerja kat SPA kerja kerajaan. Katanya biar masa depan terjamin. What the hell for a SPM holder? Dah lah suruh amek bidang hospitaliti, kena jadi nurse lelaki. Mentang mentang aku ni kurang agresif suka masak macam orang perempuan, dia ingat aku ni tak ada cita cita ke? Aku suka masak pun sebab dah takde siapa nak tolong mak aku masak kat dapur tu since adik beradik aku semua lelaki. Lagipun nak tunggu di'interview' pun bukan kejap. Maybe take months if not weeks.
Aku nak amek sijil hartanah kat INSPEN pun dia tak kasi. Padahal cuma kena bayar RM365 je pun satu sem. Aku boleh cuba cari duit sendiri kalau dia taknak tolong. Tu pun dia tak kasi. Katanya tak banyak skop kerja. Aku dah research dah sijil tu mahal dan berguna. Tapi dia kata jangan buang masa untuk benda yang tak guna. So betul tak apa aku kata tadi? Menunjukkan kebagusan sendiri tanpa memikirkan kebagusan orang lain. I know some people yang tahu pasal sijil ni, kawan yang jutawan pun ada even not too closed. So thats mean aku pun perlu ikut pengalaman orang lain selain dia. Kan? Bukan dia sorang je pernah ada pengalaman kan?
Panjang lak first post ni, agaknya kalau setahun punya posts mungkin boleh diadaptasikan jadi drama kot macam cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia. Ekekekeke. Tak tahu lah kalau ada yang baca kan? Aku dah cuba guna bahasa yang mudah difahami.
Too long to be the first post, too short to be the last post.
"The best is not always be the best"
"The best is not always be the best"