Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Thursday 8th June 2017



By  azlanpunyablog     08:43     


Matahari belum sempat naik, aku dah kena bebel dengan mak. Kecik hati jugak sebenarnya. Sebab mak nampak aku jobless, hari-hari ada kat rumah. Siang hari aku tidur, masa aku bekerja banyak dihabiskan waktu malam. Masa dia tidur. Persis anak tak guna.

Aku lebih suka kehidupan kat rumah sewa dulu. Aku bebas buat kerja ikut waktu yang aku suka. Ikutkan hati memang aku nak keluar dari sini, tapi siapa nak jaga mak? Jemi abang sulung? Dia tu dah obviously jobless almost setahun. Tak menyumbang apa-apa pun. Dia ada atau tak kat rumah, tetap dikira 'tak ada'. Petang akan keluar, pagi buta balik tidur. Itulah rutinnya.

Ari kat asrama. Ajim kat rumah mertua. Ajam kat rumah sendiri. Tinggal lah aku kat rumah, berbakti kalau mak nak itu, mak nak ini. Nak tengok-tengokkan dia. Tapi itulah, bila kata aku jobless. Aku kecik hati. Memang, memang aku jobless. Tak keluar bekerja dengan orang, itu aje. Sebab aku tak keluar bekerja, tak bermakna aku tak cari duit. Inikan zaman digital, cari duit kat internet je, duduk depan laptop.

Kekadang, aku nak juga rasa dihargai. Walaupun aku tak kaya.

Kalau aku pentingkan diri sendiri, aku boleh je keluar dari rumah untuk tinggal sendiri. Fokus pada niaga, tak kiralah apa pun. Tapi...aku masih beringat akan tanggungjawab. Fikirkan pulak abang yang tak bertanggungjawab. Takkan aku nak tinggalkan mak sorang? Entah makan apalah nanti kat rumah.

Dilahirkan miskin, bukan salah kita. Mati miskin, itu salah kita.

Berat cabaran dari keluarga miskin. Nak diluah mati bapak, ditelan mati emak. Cerita masalah keluarga tak harmoni ni, tak habis.

(Ewah. Sambil dengar mengaji, merungut itu ini pulak)

Dari lepas Subuh sampai ke petang tak nampak matahari. Solat entah ke mana, siang aku dihabiskan untuk tidur aje. Bukan apa...aku tak mahu bertambah stress. Kalau aku celik, ramai orang call cari aku. Biarlah aku pejam. Malam baru aku berjaga, baru aku tenang nak buat apa-apa kerja (kerja apalah duit pun tak ada?)

Lauk buka biasa-biasa aje, aku pun bukan makan banyak sangat. Nasi sesenduk dua sama air 2 gelas dah cukup. Sebab tu aku tak pernah lagi ke bazar Ramadan ni. Nanti mesti tak habis punya, lagipun aku manada duit lagi. Aku tengah miskin.

Habis buka baru aku mula balas Whatsapp phone company, pedih la 2 3 hari ni tak ramai orang contact. Company dahagakan duit nak berkembang, aku pun dahagakan duit juga.

Sekarang ni masih lagi cari apa-apa benda yang boleh dijadikan duit. Ikutkan hari tu aku nak je niaga kat bazar, tapi aku cuma ada motor. Itu pun tak ada bakul. Aku nak niaga apa yang tak perlukan bawa barang banyak-banyak ke bazar? So aku decide untuk meniaga online. Tapi masih lagi mencari apa-apa benda yang aku boleh letupkan sepanjang bulan puasa ni.

Duit sewa penyewa pun aku syak ada yang tak bayar tapi aku susah nak track siapa since Bilique PLT (company kitorang) baru guna sistem pembayaran yang baru. Tapi tak semua orang ikut prosedur. Patutnya kena isikan form and then aku tinggal check je kat Spreadsheet and bank account. Tapi diorang just send receipt kat Whatsapp, itupun ada yg langsung tak send. Kalau guna bank transfer aku bolehlah track lagi, kalau masing-masing guna CDM? Berpuluh orang aku kena jaga (close to 100 I think), itu yang aku tension tu.

Habis reply Whatsapp client, push lagi iklan since 2 3 hari ni malap semacam je tak ramai orang contact. Barangkali sebab nak raya kot?

Letih juga sebenarnya push iklan hartanah ni. Kan iklan hartanah kat Mudah.my kena bayar 3 credits (RM3) untuk satu iklan, kena register Proniaga. Aku guna ProNiaga cuma nak tengok views je berapa. Boleh dijadikan indicator jugak. Jadi yang buat penat tu sebab aku guna strategi Phantom. Post je iklan banyak-banyak dengan percuma, tapi penat sikit la. SIkit je.

Pastu guna iBilik.my, kena tunggu 1 jam baru boleh up iklan baru. Kedekut! Yela kan sebab percuma je iklan kat situ, jadi tak nak la nanti orang spam banyak-banyak. I am glad kawasan aku tu tak banyak pun iklannya. Itu lubuk yang orang tak kepoh, mana yang tahu lubuk tu dia takda nak kongsi-kongsi. Nak jaga market, dah tu mestilah masing-masing ready nak melobi kan?

Kalau persaingan tinggi, leceh la. Tak boleh nak rileks. Pastu takut market jadi tepu bila ramai sangat player. Paling tak best kalau ramai Newbie Player, mesti ada punya jenis yang buang-buang harga. Aku steady je masa mula-mula masuk kasi harga paling tinggi dari orang lain, then sekarang semua follow harga sama. Ni baru sedap.