Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Sunday 11th June 2017



By  azlanpunyablog     00:09     


Sama jugak macam semalam, kekonon tak nak tidur dah sampai ke malam. Jadi malam karang aku bolehlah tidur awal. Then esok aku boleh bangun pagi-pagi macam biasa lepas tu sleep cycles aku akan elok balik. Tapi tak jugak, 10am aku dah lelap. Aku set alarm pukul 2pm nanti aku kena bangun jugak.

Tapi tak jadi, terlajak sampai ke petang. Itu yang aku tak suka tu. Esok-esok kena cuba lagi. Tapi esok memang aku kena keluar pagi jugak pergi ke Miat nak settlekan masalah nak final exam ni. Kan aku tak boleh bayar lagi aku punya tuition fee semester ni. Aku tak kira, aku kena kasi lepas jugak. Soal tuition fee tu biarlah nanti-nanti je aku bayar. Janji semester ni aku lepas. Satu subject je kot?

What if kalau tak lepas? Redha je la. I'll go for business. Tapi at the same time, aku rasa kena kerja makan gaji juga. Frustrating dengan banyak bendalah sekarang ni. Benda yang aku buat semua tak menjadi. Glad I've learnt from mistakes. At least I got something to tell my child nanti kan?

Bila Ajim sama Ari balik pun aku tak tahu. Kan dah hari Ahad? Biasanya kalau balik mesti hari Jumaat tak pun hari Sabtu. kalau dah hari Ahad memang takde siapa baliklah. Ajim dengan Kak Miza sama adik dia aku taktau nama apa, perempuan.

Awkward betul bila ada perempuan kat rumah ni. Kalau Kak Mai aku tak kekok sangat sebab dia selalu balik. lagipun kan dah 5 tahun jugak dia kahwin dengan Ajam. Mula-mula dulu kekok jugak, kan adik beradik aku semua lelaki.

Kak Miza ni baru je setahun kahwin, jarang balik sini. Tu pasal aku tak biasa. Tak bercakap pun dengan dia. Pastu dia tu takdelah nak bercampur sangat dengan orang, nak bersembang ke apa ke. kalau ada kenduri, sedara mara datang pun dia tak banyak cakap. Banyak sembunyi-sembunyi aje.

Kelam kabut sikit buka puasa hari ni, dah nak masuk waktu berbuka pun tak siap masak lagi. Apa yang dimasak pun aku tak pasti sebab masa buka aku cuma jamah seketul Roti John yang diorang beli kat bazar sama dua ketul nugget ayam. Air pun diorang beli tak cukup, sekali tuang je dah habis pastu takde air. Tak macam Ajam sama kak Mai bila balik, makanan berlebih-lebih. Macam-macam ada.

Aku tahu sangat perangai Ajim tu, dari dulu kedekut. Ni pun nasib dah kahwin. Kenalah jaga air muka sikit. Bolehlah nak belikan itu ini sesikit, asalkan ada.

Kalau kak ipar dua orang tu balik, aku memang tak amik tahu hal dapur. Time ni la diorang punya turn layan mak. Selalu aku berdua atau bertiga, kekadang berempat kalau Ari balik. Jadi tak kecoh sangat kat dapur. Makan apa ada je, janji cukup. Buka dengan ikan goreng pun dah okay. Air pun takde masalah, senang je semuanya. Mak goreng ikan, aku buat air. Okay la tu. Sesekali aku tolong hidang.

Macam-macam ragam penyewa dah aku jumpa, kali ni aku jumpa pulak yang berlagak macam owner. Takut kena tipu katanya. kalau tak percaya aku cari je la rumah lain kan? (berlagak betul tak sedar diri tengah sesak duit. Ekekeke)


Dia pulak yang perintahkan aku nak buat apa. Aku tahulah apa aku buat. Tapi aku layan jugaklah kan.

Tadi Ajib-Owner call, marah betul dia kat aku sebab call banyak kali aku tak angkat. Bila dah angkat memang kena lah cerita dia. Aku dah takde hutang pun dia marah lagi ajak jumpa esok. Katanya dah tak nak berurusan dengan aku. Ini pedih beb. Kah!

Pedih sebab aku mesti kena cari unit untuk ganti untuk pindahkan budak-budak. Pedih nanti aku kena pindahkan barang-barang ke unit lain, lagi pedih kalau takde orang nak tolong. Bertambah pedih kalau dapat unit kat blok yang jauh. Aku cuma berharap boleh dapat unit kat blok yang sama. Otherwise, matilah aku.

Tambah pedih kalau budak-budak ni semua nak keluar pulak nanti. Dah satu hal aku nak kena refund, lepas tu kena cari penyewa baru untuk ganti. Keadaan akan jadi lagi teruk.

Experience gives us lessons.

Bila aku pumpangpumpang cerita kat orang, percayalah aku ajar benda yang betul berdasarkan kesilapan yang aku dah buat. Just dont do it ever again. Benda yang betul aku tak buat, jadi aku cerita kat orang yang betul la kan.

Minggu ni aku nak jumpa Dhom-Prop pulak nak minta advice pasal strategy baru yang aku patut guna. Persediaan untuk lagi dua tahun, andai murah rezeki. Kahwinlah. Sebelum tu aku kena beli rumah dulu. Aku pun dah cakap kat mak semalam 2 tahun lagi nak kahwin. Jawapan mak macam biasalah "Kalau mak masih hidup lagi, merasalah mak ada menantu lagi".

Jawapan tu memang selalu buat aku sebak, rasa macam minggu depan jugak aku kena kahwin. Tapi poket kata jangan. Ekekeke

"I am a fallen soldier, once lost in the war of love. Deep down, I died. But your existence somehow, gives me soul. And get me back in to the battlefield, fight for our love and be a hero"

Tengoklah besok macam mana, biar aku selesaikan dulu masalah depan mata ni. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. When is the right time to be right kan?