Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Sunday 15th May 2016



By  azlanpunyablog     01:16     
Sleeping pattern aku belum betul lagi, esok dah hari Isnin. Kalau aku tak buat sesuatu, things will get worse. Aku mungkin akan terskip kelas. Dah banyak kali aku skip, kan dah final year and sekarang dah semester akhir. Masaklah kalau aku kena extend semester atau aku kena repeat few subject semester depan masa On Job Training. I just can't take it anymore.

Pukul 6 pagi baru aku dapat lelap. Itupun pagi-pagi lagi dah ada orang Pakistan call nak menyewa rumah. Aku dengar tak dengar aje, bila aku angkat call  pun aku tak sedar, apatah lagi apa yang dia cakap. Aku tak dengar sangat, aku kata petang nanti call aku balik. Aku malas nak layan. Aku expect petang mesti aku dah bangun dah jadi aku boleh berurusan.

Pukul 4 petang gitu baru aku bangun. Memang aku akan check phone dulu ada missed-calls ke tidak atau any important things that I dont wanna get missed. Adli-GengSublet je yang whatsapp kat group team aku, dia mintak meeting hari ni buat awal lepas asar sebab dia ada kenduri tahlil kat rumah jirannya. Paan-GengSublet pun tak reply, tengah tidur agaknya. Lama lepas tu baru dia muncul, malam esok ajelah meeting, dia pun ada hal.

Seminggu dua ni aku tak productive langsung. Aku tak tahu apa yang aku buat. Banyak masa yang aku terbuang. Iyelah, semua benda nak kena buat siang, tapi siang kan aku tidur? Itu masalahnya. Lepas ni kalau aku tak betulkan balik waktu tidur, aku syak ada benda tak baik akan berlaku.

Kalau kau orang baca post aku dari post mula-mula dulu, aku kerap cerita yang aku ada masalah tidur. Aku boleh buat apa? Aku mengadu dengan mak, mak pun tak faham. "Itulah, mak dah cakap jangan tidur siang, tidur jugak. Memanglah malam tak boleh tidur". The thing now is, sometimes bila malam aku memang tak boleh tidur. Walaupun aku mengantuk sangat, walaupun badan aku letih, aku tetap tak dapat tidur. Jadi, aku cuma boleh tidur bila aku mula mengantuk menjelang matahari naik. And sometimes tu, it might up to 30 hours non-sleep macam yang aku pernah cerita hari tu. Tapi mak tak faham. Aku pun dah malas nak asik mengadu. Sebab tu aku nak jumpa doktor.

Hari tu dapat call dari Hospital Serdang, dia set appoinment aku 24th May 2016. Hari Selasa pagi. Masa tu ada kelas Aircraft Electrical System, kelas yang lecturernya hantar surat ke rumah sebab aku tak datang 2 kali, by the time aku dapat surat tu, aku dah tak datang 3 kali. Surat tu sampai lambat barangkali. Sebab lecturer tu lah aku kena pergi jumpa pakar, dia tak percaya aku, nak tengok surat katanya. Kalau lecturer lain, aku cerita aje masalah aku. Alhamdulillah ada yang faham.

Ini pun satu punca why I dont put my hopes up untuk dapatkan kerja. Tak pasal-pasal aku kena buang. Bukannya aku  tak bagus, aku tahu aku boleh buat kerja. Aku tahu aku ada disiplin, kecuali masalah yang satu ni. Takkan aku tak ada disiplin kan? Aku pernah jadi Project Manager Enactus (world class community) seawal semester 1, jadi President Enactus pada semester 2, pernah ditawarkan jadi Ambassador UniKL MIAT, pernah jadi Head Crew untuk cover 20 000 orang. Takkan aku tak ada disiplin? Right? Insomnia is the only thing matters.

All in all, aku nak focus pada bisnes. Aviation pun bukan boleh cari makan sangat. Aviation market kat Malaysia bukannya bagus. Biarlah orang lain nak jadi pun. Aku belajar penerbangan pun sebab aku dulu budak bodoh yang tak tahu apa-apa tapi teringin nak jadi macam budak pandai. Here I am now, I almost done it. Then again, I will get back to whatever I always wanted before. Lagipun aku jenis yang tak kisah buat kerja-kerja busuk, pakai selekeh, rambut entah apa-apa, I used to it. Biarlah rezeki kerja dengan helicopter tu aku kasi kat kawan-kawan, aku tahu diorang bukan nak pun buat kerja-kerja teruk yang tak ada class ni. Let me take it.