Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Monday 9th May 2016



By  azlanpunyablog     01:53     
Agak teruja jugak pagi tadi aku dapat bangun awal, 8.30 gitu walaupun aku tidur dalam pukul 4. Jarang jugak boleh buat macam tu. Biasanya kalau tidur lewat sangat, memang aku susah nak bangun. Mungkin sebab aku tak nak Ajib-Owner tunggu aku nanti?

8.30 aku celik, pukul 9 baru aku bangun pergi bersiap. Gosok uniform cantik-cantik, lengan tu aku bagi tajam.

9.30 aku dah sampai Flat, saje aku datang awal kononnya nak cari kedai printing dulu. Aku nak printkan agreement. Itu jam banyak kedai masih belum buka. Puas aku ronda-ronda kawasan kedai yang kecik tu. Ada lagi kedai lain tapi agak jauh, ada lagi satu town kecik dekat-dekat situ. Aku malaslah nak patah balik ke sana since itu laluan yang aku guna tadi dari rumah untuk ke sini.

Nak tak nak aku pergi jugak town tu, sama je banyak kedai belum buka. Jenuh aku fikir mana nak print pagi-pagi ni, meeting pukul 10. Ajib-Owner pun satu, tengah malam baru whatsapp nak jumpa pagi ni. Manalah aku sempat nak settle. Hangin tak jumpa kedai punya pasal, jam pun dah pukul 10, tak cerita banyaklah aku patah balik ke Seroja, kedai dekat sebelah taman perumahan aku tu. Adalah 15 minit jugak perjalanan. Aku yakin kedai tu mesti dah bukak, kawasan aku tu high demand sebab ramai student dan cikgu sekolah. Jadi pagi-pagi ramai orang nak guna service.

Ni lagi satu hal aku sakit hati. Cucuk-cucuk pendrive dia takmau detect pulak. Lama aku tunggu. Aku syak pendrive aku dah kong, tapi takkanlah. baru semalam aku guna, okay aje tak ada masalah pun. Biasanya kalau nak print kat luar aku guna email sebagai back-up. Satu file aku letak dalam pendrive, satu file aku letak dalam email. In case pendrive problem, aku akan surf internet dan download file dari email, kendian terus print. Masalahnya kali ni aku tak buat.

Sakit hati jugaklah. Dah 10.15. Alang-alang dah dekat sangat dengan rumah, aku balik. Buka laptop, aku nak guna through email aje. Nanti kat kedai printing tu aku akan buat macam tadi. Aku cek lagi sekali pendrive aku. Okay aje takde masalah apa pun. Bengang jugak aku.

Patah balik ke kedai tadi, aku cucuk pendrive lagi sekali. Tak mau jugak dia. Aku nak surf pun tak boleh, tak ada internet access pulak. Pundek. Macam mana nak download setan. Kali ni kesabaran aku betul-betul teruji. "Kak, apehal komputer akak ni dia takmau detect pendrive? Jahat sangat ke pendrive saya ni kak?"

"Komputer tu memang tiap pagi macam tu, dia slow sikit. Kena tunggu lama baru dia nak jalan. Ha tu dah boleh dah". Alamak, dah macam motor pulak nak kasi panas enjin dulu baru gerak. Settle masalah aku, 10.30 dah start print. Ada dua agreements, antara aku dengan Ajib-Owner sama aku dengan Adnan-Pakistan sebab petang ni aku nak jumpa dia, malas nak ke kedai balik semula, Lepas tu aku suruh akak tu copy satu lagi set. Means total aku nak ada 4 sets. 2 sets aku sama Ajib-Owner, 2 sets aku sama Adnan-Pakistan. Aku mintak binding tape.

Ni yang aku bertambah bengang lagi dengan orang perempuan bila buat kerja, asik nak bersembang aje. Mulut bercakap, tangan berhenti. Member dia bercakap, baru dia jalan. Masalahnya dia yang lagi banyak bercakap. Aku kemainlah dah lambat.

Ada sorang brader tu beli apa entah, berdiri sebelah aku kat kaunter jeling-jeling semua agreements aku atas meja sambil akak tu buat. "Eh, penyewa pulak kena siapkan agreement? Kan sepatutnya owner?".

"Ha betullah tu bang, sekarang ni sayalah owner. Ini untuk penyewa saya" aku jawab ringkas sambil gelak kecil. "Oh yeke, student ada rumah?" dia tahu aku student sebab aku pakai uniform. Ewah. Ini Azlan lah. Kalau aku belajar buat benda ni dari SPM, masa tu lagi aku dah buat dah.

Aku tahu, ramai orang tak percaya kalau orang awal 20an macam aku ni terbabit dalam hartanah. Itu mentaliti orang kita. Awal 20an, mesti cerita pasal kereta, hartanah bukan tempatnya. Even semua owner yang aku jumpa terkejut, semua orang tak percaya siap mengagungkan aku. Tapi tak ada apa yang aku bangga, cuma aku selalu confuse. Silapnya bukan aku yang terlalu awal untuk bermain dalam hartanah, silapnya diorang yang terlalu lewat bermain hartanah. Bila orang lagi muda main hartanah, diorang terkejut. Itu bukan trend semasa. Kan aku ni lain? :-)

"Azlan, you ni sebenarnya kerja apa? I nampak you muda lagilah"

"Woah! Student lagi main property? Mana you belajar?"

"You know what? I respect you lah Azlan. Muda-muda lagi dah main hartanah, student pulak tu. Biasanya orang yang yang main hartanah ni orang yang dah ada kerja dah ada duit. Nak main hartanah bukan sembarangan, kena ada capital. How did you do it?"

"Abang respect gilalah kat kau Lan. Modal besar nak buat ni. Kau dah ada 6 rumah, student lagi pulak tu. Orang dah kerja pun belum tentu mampu buat"

"You baguslah, I suka you. Rajin buat kerja. One day I bring you into property"

Just give you an idea, average capital seunit aku perlukan RM5000. Pada permulaan, aku cuma ada RM23 dalam account CIMB yang memang tak boleh dikeluarkan, RM3 dalam account Maybank, dan beberapa ringgit dalam poket cukup-cukup untuk duit makan. Aku mula sejak 3-4 bulan lepas.

Majoriti owner yang aku jumpa kata benda sama. Tak, aku tak bangga dengan puji (eceh, kononlah kau Lan. Padahal.....), aku kalau boleh nak orang Melayu ni, budak-budak awal 20an ni, terbuka mindanya. Average dalam property listing if you can see, about 90%-95% pemilik hartanah, orang bukan Melayu, especially condo. Kau orang faham tak apa maksudnya? :-)

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Rezeki masing-masing.

Bullshit. Itu ayat nak sedapkan hati. Sebab kau malas nak usaha. Sebab nak kaya ni susah. Kau jadikan rezeki sebagai alasan sebab kau miskin. Kau salahkan rezeki. Ya, bukan rezeki kita hanya bila kita dah usaha. Kalau belum usaha, itu salah kita. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Tuhan ini luas hamparannya. Bertebaranlah cari rezeki.

Ayam kalau asik melepak tempat sama kat bawah pokok, tak gemuk dia brader. Nak tak nak dia kena susah pusing kampung cari makan.

Ni semua salah brader tadi tu buat aku tulis panjang-panjang. Cadangnya aku nak ringkaskan aje, tak ada part mengumpat berjela-jela. Habislah aku kat akhirat nanti. Moga-moga terhapus dosa aku. Ekekeke

Pukul 11 baru aku jumpa Ajib-Owner kat kedai Kak Long, port biasa aku jumpa Ajib-Owner. Dia ada bawak kawan dia untuk jadi saksi. Ajib-Owner ni agak berjaga-jaga orangnya. Itu hari pernah aku bawakan agreement yang sama, dia takmau sign dulu, nak baca katanya. Dua bulan jugaklah dia baca, baru hari ni nak sign. Dia tengok dalam tu ada bahagian saksi, dia panggil kawan dia datang sekali. Owner lain tak ada sangat nak macam tu. "Kau belasah je la Lan nak buat macam mana. Janji kau buat aku senang, aku buat kau senang".

Sign agreement tu kejap aje, sembangnya yang lama. Aku perhati je Ajib-Owner ni, dari tadi dia aje yang menguasa table. Mulut dia je yang bercerita pasal Bitcoin semua tu. Aku kurang minat dengan pelaburan yang tak nampak. Aku tak yakin. Nak dapat Kopi Ais percuma punya pasal, aku anggukkan aje la apa dia cakap. Tanya je balik apa yang aku rasa macam nak tahu, kasi dia seronok sikit. Ye lah dia kan baru balik kerja, kasilah dia enjoy sikit. Ekekeke

Aku ada 15 minit aje, 11.30 ada kelas. Dia tak kasi chance betul la aku nak cantas. 11.25 baru aku ada chance nak cakap dah 11.25. Ceh

Malam pukul 8 gitu aku datang lagi ke Flat, kutip lagi balance kat Adnan-Pakistan. Ada lagi Rm900 lepas tu aku nak settlekan agreement. Mujurlah diorang takde masalah nak bayar. Duit deposit diorang aku cover balik duit-duit orang yang aku dah terguna sebab nak cover unit yang Adnan-Pakistan tu duduk untuk mula-mula hari tu.

Alhamdulillah, selesai semua payment hari ni. Kecuali motor aku. Tak apalah, bulan depan aje aku bayar double. Aku korbankan duit motor aku bulan ni which is RM235, untuk dapatkan extra income RM200-RM600 seunit setiap bulan untuk 3 tahun, okaylah tu. Kalau aku tak korbankan sikit, aku yang sakit. Everything lose is the beginning of new thing kan? :-) Ada lagi cash tapi aku nak modalkan mesin basuh sama fridge untuk unit perempuan tu, kalau ada dapur pun cantik. Tapi duit aku cukup-cukup beli fridge dengan mesin basuh aje. Tadi tengok kedai terpakai pun nak dekat Rm400 dua-dua barang tu. Aku nak cuba save lagi.