Tapi bernasib baiklah, dia whatsapp aku yang dia tak jadi datang pagi ni sebab tak sihat. Macam la aku taktau sebenarnya dia pun malas nak bangun kan? Konon je kata tak sihat.
Aku tak ceritakan lagi yang aku dah mula involve dalam hartanah sejak Disember lepas. Kan last aku update bulan November? Masa tu aku tengah sibuk lagi belajar dengan membaca ilmu property. Aku belajar Sublet (sewa atas sewa). Disember aku mula buat praktikal. Banyak kali fail sampai Januari, sampai aku kena pergi personal coaching untuk belajar.
Aku cuba lagi, alhamdulillah dari Februari aku dah boleh melangkah slow-slow. Sampailah sekarang aku dah ada 5 unit. 1 unit lagi aku belum confirmkan. Kalau jadi, aku ada 6 unit kesemuanya. You might not understand what the hell I am doing, what the fuck is sublet, how thing works, this and that. Might as well, aku akan ceritakan jugak satu per satu. As long as kau orang rajin membaca kan? Banyak pengalaman yang aku terlepas untuk direkodkan dalam blog ni. Next time aje la kot, don't rush.
Orang mungkin nampak aku ni senang, some if not all. Yelah dah involve dengan property, mesti banyak duit. Orang kata... Bisnes bukan perkara mudah, buka itu jam buat itu jam dapat duit. Aku selalu susah. Tidur selalu lewat, fikir masalah tak pun siapkan kerja. Belum lagi ditambah dengan assignments. Bangun pagi, celik je aku dah fikir masalah yang perlu diselesaikan, aku dah mula fikir apa yang aku perlu buat, aku dah fikir hutang. Pagi ni je aku dah fikir masalah sewa unit aku yang sangkut. Kurang lagi RM1200. Aku kena settle by today. Sepatutnya tak ada masalah, tapi aku tamak, duit sewa tu aku guna untuk deposit unit baru. Tapi belum ada penyewa. Aku takut hilang. Aku tamak sangat.
Hari-hari.....hari-hari aku ada masalah. Masalah aku bukan kecil macam orang kebiasaan. Masalah aku besar. Tak sama macam anak yang dilahirkan senang, Dengan masalah kena tinggal girlfriend berkali-kali sebab aku selalu sibuk, masalah aku nak siapkan final year project, masalah aku nak cari tempat practical tapi tak dapat-dapat, masalah nak cari duit tepi, masalah nak handle bisnes, masalah nak makan, banyak masalah aku. Jadi hypertension. Mungkin sebab aku jauh dengan Tuhan? Tuhan nak uji aku sebab aku selalu lupa Dia.
"Life is getting hard...and scary"
Kadang-kadang aku tak faham dengan kebanyakan orang. Sama ada belum sedar, atau memang tak nak ambil port pasal masa depan. Orang tak risau. Tak tahu ke peluang kerja tu semakin nipis? Sekarang ni pun dah ramai orang dibuang kerja, semakin ramai orang yang tengah bekerja, risau dibuang kerja. Yang kat universiti? Sibuk dengan IPhone, sibuk dengan girlfriend/boyfriend, sibuk dengan motor besar, sibuk dengan kereta, sibuk dengan bercuti. "Rezeki masing-masing" - If you are about to tell me this, go fuck yourself. Rezeki itu kena cari, bukan datang tiba-tiba. Belajar pun main-main, nak harapkan dapat kerja best. Masalahnya sekarang, yang kerja jadi engineer pun takut kena buang! Berpijaklah dibumi nyata. "Rezeki masing-masing" pada aku boleh diguna once you had enough. Lainlah kau belajar engineering tapi sanggup kerja jadi cashier Tesco. Kan rezeki juga?
Aku ada alasan sendiri kenapa aku selalu tak setuju dengan pendapat budak university. They are not realistic. Dia orang cuma tahu apa yang diberitahu kat universiti, bukannya apa yang diberitahu kat industri.
There's nothing I could do to motivate you. Kena cari sendiri. Blend with outsiders, meet new real people outside, read some more, live in the real world. Just get down to earth. Ask yourself what do you really want, be friend with yourself. Don't lie yourself. Don't be average!
Around 3pm gitu aku ada appointment dengan bakal penyewa lain, nak sewa bilik. Lelaki Chinese. Tapi aku biasalah dengan pemalasnya. Pukul 3 orang tu whatsapp kata dah sampai, aku baru nak mandi. "I will be late, give me 20 mins". 20 mins tu buat sedap hati je, mandi je dah 10 minit. Nak siap-siap sikat rambut, pilih baju, cari kunci rumah sewa yang sepah-sepah tu lagi, dah habis 10 mins. Perjalanan lagi dah 15 mins. 30 mins lepas tu baru aku sampai.
Muda lagi orangnya, student kat satu kolej yang aku tak familiar sangat. Budak aircraft engineering, training dengan Airasia. Bawak dia naik ke unit tingkat 2. Aku syak dia pun terkejut juga sebab unit tu bersepah sikit, warna dah kusam lepas tu ada sticker bunga-bunga, rumah kosong takde perabot lagi. Aku kata lah nanti aku akan kasi katil single dengan locker besi. Barang-barang dapur memang aku tak aksi, benda-benda fridge, stove, tong gas, mesin basuh semua tu. Aku tak mampu nak kasi sebab tak ada bajet. Dia cuma kata okay je. Aku tahu at the end of the day nanti dia tak nak sebab unit tu nampak tak proper. What else I can do? Aku student manada duit.
Sambil-sambil menyembang guna bahasa mat saleh sebab aku nak kenal dia betul-betul, ni kira proses menapis la ni. Overall aku okay je sebab dia student. Bukan bekerja. Kalau bekerja aku kena lebih berwaspada takut-takut orang yang jenis bermasalah. Aku tanya sekarang tinggal dekat mana, mana kawan-kawan, kenapa tak pindah dengan kawan and everyting. "We are staying at the hotel". "Wow, how much it costs you per day? Surely it is quite expensive!" tanya aku terperanjat, dalam hati memang anak orang kaya ni. "Yeah very expensive, I only the one who want to move out. RM1000 per month for one person, can't cook, just got a small room like this one" sambil dia tunjuk bilik master dalam unit aku tu. "So how are your friends? Why dont you bring them along? I could give you the best price if you take the whole house" aku ayat lagi kalau-kalau dia berminat. "No la I can't, they already paid the hotel for five months till September. I also want to rent here until September, is it okay?" dah sah dah anak-anak orang kaya ni. "Oh yeah? Surely yes. 5 months is fine. Eh how much is the fee there?" aku saja nak tahu. "Around RM100k something" jawab dia rilek. Terkejut juga aku sebab course dia dengan aku sama, aviation engineering jugak. Cuma cost aku belajar cuma RM65k termasuk allowance.
Maybe its because they are more to industry, training time period only takes 2 years. 1 and half year study sini and then they will go to Australia. Itu kata dia la. Aku? 3 tahun kat sini je. Banyak belajar theory which is the thing I hate most, kan aku ni orang hands-on. No wonder la aku banyak failed. Apply practical pun tak dapat-dapat. Nasiblah. Aviation industry kat Malaysia tak bagus, bunyi je gempak. Thats why I dont put my hopes up. The only thing I could do is kerja-kerja kayu and business. Kan aku pernah kerja kat bengkel perabot? I still got my skills.
Balik visit, singgah makan tengah hari kat food court depan flat. Aku cadang nak makan nasi ikan bawal kat Restoren Sirah, tapi dah tukar dah restoren tu jadi restoran apa entah. So aku tukar plan. Makan kat food court je, taktau lah owner dia local ke bukan. RM7 should be okay la.
Konon lepas makan tu aku nak masuk flat balik pergi tampal iklan Bilik/Rumah Sewa, sambung yang hari tu sebab aku tak habis tampal. Dapat 4 blok aje. Tapi hari nak hujan. Aku cepat-cepat siap nak balik. Malam aje lah kot aku datang kalau tak hujan.
Nasib aku lah balik basah kuyup. On the way balik hujan lebat sangat. Nak bawak laju aku takut sebab tayar motor aku dah botak, last time aku accident sebab tayar botak tu lah, jatuh masa hujan nak pergi kelas. Nasib baik jugak aku bawak leather sling bag, barang-barang aku letak dalam tu, jadi tak basahlah. Dah bertambah lagi satu pekerjaan paling sukar nak kena mandi lagi, nak kena mop lantai rumah yang basah.