Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Sunday 9th November 2014



By  azlanpunyablog     16:14     
  Kononnya hari ni aku cuma nak berehat-rehat aje kat rumah since jarang sangat aku dapat peluang macam ni. Selalunya waktu weekend aku akan bangun awal pagi sekitar 3-4am sebab join banyak program. Mungkin dalam sebulan tu ada seminggu je aku tak buat apa-apa. So bila dah dapat peluang tu kenalah manfaatkan, dengan tak berbuat apa-apa. Orang lain manfaatkan masa lapang untuk buat something kan? Sebabnya orang lain lebih banyak masa lapang. Tak macam aku, aku lebih banyak masa yang packed berbanding masa lapang. Aku jarang dapat waktu lapang, aku jarang berehat-rehat, aku jarang dapat keluar berjalan-jalan, aku jarang dapat mengurat makwe-makwe yang aku kenal daripada program-program yang aku follow (okay yang ni aku akan cuba cari masa. Ekekeke).

  Sekarang apa yang ada dalam kepala aku, masa tu tersangat berharga, untuk dapatkan apa yang aku tak pernah dapat, untuk dapatkan apa yang orang lain tak pernah dapat. Kalau dulu kat sekolah rendah, aku anggap 'masa itu emas' cuma mitos belaka, apa kena mengena masa dengan emas kan? Aku selalu habiskan masa main kejar-kejar, main polis sentri, main bola sepak walaupun aku kaki bangku. Aku tak fikirkan pasal masa.

  Semua orang mengalami perubahan. Kalau dulu aku tak pandai swimming, sekarang aku dah boleh swimming 10rounds. Kalau dulu aku tak pandai mengurat makwe, sekarang aku dah boleh sediakan tips nak mengurat untuk orang lain. Kalau dulu aku tak hensem, sekarang aku dah hensem. Wait....

  See? I bet you guys felt that way before.

  Disebabkan perubahan yang sangat drastik, aku tak dapat nak update blog ni. Padahal blog ni salah satu perkara yang buat aku berubah. Aku motivate diri aku sendiri kat sini, aku record semua benda yang aku buat kat sini, almost semua benda, aku tuliskan in real time. Every single little thing, for one time I will realize they were the big things. Aku tak nak nanti bila aku dah kat atas aku lupa saat-saat berharga macam mana aku mulakan dulu.

  As for now, aku bangga gila dengan apa yang aku buat. Bukanlah bangga diri (eh bangga diri tu macam show off dekat orang kan?), dia macam gembira dengan hasil usaha. I've improved my self confidence almost to the max. I can lead my self even thousands people. Yes thousands people. Last time lah aku jadi Head Crew untuk Viper Challenge, Asia biggest obstacle event yang ada 20 000 participants tu. Aku kena jaga finish line, sambil dibantu volunteers yang berapa puluh orang. It was insane! Selama ni aku cuma pernah handle around 100 people. But now I've experienced new thing, new number.

  Aku pernah tulis dulu, aku taknak jadi golongan kelas kedua,golongan yang banyak persaingan. Golongan yang perlu bersusah payah untuk dapatkan sesuatu yang ramai orang boleh dapat. Aku nak jadi golongan kelas pertama, yang tak banyak persaingan, yang tak ramai orang boleh dapat, tapi tak perlu bersusah payah. Kau perlu adaptasi ayat aku ni ke dalam minda, supaya kau betul-betul faham maksud aku. Satu cara nak buat kau senang faham, kau cuma perlu jadi lebih futuristic, berfikir ke depan, kau perlu ada matlamat, kau perlu tahu apa yang kau nak, kau perlu tahu siapa kau sekarang. Not to mention kau kena ada semua tu baru kau faham apa yang aku tulis.

  Alhamdulillah sekarang aku ada self confidence untuk cuba semuanya, apa yang aku rasa aku perlu ada. But worst still, aku tak suka orang lantik aku jadi ketua. Bukan aku tak boleh buat, aku memang yakin aku boleh buat. Kenapa aku tak suka dan tak nak? Sebab aku nak orang lain juga ada self confidence. Aku pun nak orang lain ambil peluang. Thats all what I asked for. If and only if kalau dah memang takde orang yang nak jadi ketua, Inshaallah aku ambil peluang tu. Aku akan guna cara lain pulak untuk tolong orang. Mungkin sebab aku dilahirkan suka perhatikan orang, kemudian aku akan fikirkan cara. Mungkinlah...mungkin aku diciptakan begitu.

  Aku masih ingat lagi setiap kesalahan aku dulu, berkali-kali aku kena buang sekolah, kemudian merayu, dibuang lagi, kemudian merayu, dibuang dan kemudian aku pindah aje terus. Sampaikan cikgu nak pandang pun takmau. Aku tak peduli pun. Apa dia ingat budak nakal budak tak pandai takde pendirian, takde matlamat? Pernah jugak aku kena kejar dengan Pak Guard sebab aku pecah.......... Okay mujur masa tu tak dapat tangkap. Ekekekeke. Dah lah, cerita tu aku simpan aje. Pengalaman yang paling mahal, tak semua orang ada :)

Apa yang aku buat sekarang, aku sediakan sub-plan daripada semua plan-plan yang aku ada. I will make sure the idea will be the first and no one ever did it. I will claim it mine. Since ada beberapa potential orang/group yang aku tengok kurang hidup, aku nak sangat tolong diorang, at the same time aku of course aku nak tolong diri sendiri kan? Untuk senangkan kerja aku, jadi semua orang dapat peluang :)

Well, i will keep this blog endless. I will write everything. For sure aku harapkan sedikit sebanyak pengalaman aku dapat motivate orang lain jugak. At least aku ada something dalam hidup aku yang impact pada orang lain, yang buat aku rasa hidup aku berguna gila :)