Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Friday 2nd August 2013



By  azlanpunyablog     20:48     
Tak adalah lambat sangat aku bangun hari ni walaupun malam tadi aku tidur lambat sibuk main facebook, dalam pukul 11am macam tu aku dah bangun dah. Itupun sebab rasa cuaca panas semacam aje, kipas aku tu pun bukan kuat sangat anginnya (of course lah tak kuat kan sebab aku malas nak kuatkan level dia yang kat nombor satu tu. Ekekeke). Kalau tidak mesti aku tak pergi sembahyang Jumaat kejap lagi sebab lena melayan tidur. Teruk betul.

Semalam layan group kolej aku tu aje lah dekat facebook. Dah macam-macam isu dah yang timbul, itu yang buat aku sentiasa follow up diorang aje tu. Terasa rugi lak kalau tak ikut perkembangan. Entah apa kena dengan budak kolej tu pergi buat rusuhan semalam, siap pecah cermin kereta lecturer bagai. Tak tahulah kat mana letaknya kepala otak diorang. Katanya ada yang dah ditangkap masuk lokap, tapi aku tak tahu pulak sejauh mana kesahihannya. Atau cuma nak lebat-lebatkan cerita aje? Kalau ada mestilah tahu siapa orangnya kan?

Rasanya dah memang habit hari-hari ada isu kat group tu kot, asek ada ajelah yang tak kenanya dengan diorang. Aku perasan ada sorang perempuan ni yang aktif kat dalam group tu tapi macam tak ada orang tahu je identiti dia. Dia seolah-olah macam rakyat yang tinggal kat pelusuk hutan, yang cuba menegakkan keadilan tapi suara dia tak didengar oleh wakil rakyat. Dah memasing jadi keyboard warrior. Kesian asek kena bash aje kat group tu. Ekekeke

Aku ada komen sikit post dia kat group tu, just after semua orang kasi komen lah kan baru aku berani nak komen? Ehehe. Aku rasa mungkin sebab aku ada ter'back up' dia sikit kot, itu yang buat dia IM aku lepas tu. Memang aku tak expect akan ada orang nak IM aku pun since aku memang takkan nak set Chat Available kan. Aku kan berlagak orangnya. Ekekeke

Weird Lady : kenal anuar ibrahim kan ?
Me : kenal lah, ketua pkr tu kan? ekekeke
Weird Lady : kau sanjung dia kan :")
Me : aik, apesal ni? haha
Weird Lady : kau pandang tinggi terhadap dia kan
Me : kau ni dah kenapa? *Trying to ignore her*
Weird Lady : jujur dgn aku boleh tak ? plss
Me : tak adalah pandang tinggi sangat pun. Tetiba tanya pasal mamat tu kenapa? hairan.
Weird Lady : dia hebat kan. apa yang kamu suka pasal dia ? 
Me : his minded.
Weird Lady : kan. aku bergerak seperti dia 

The question is, kenapa dia tanya soalan macam ni for the very first conversation. Dah lah tak tahu identiti dia, tetiba tanya benda yang tak sepatutnya. But deep down aku rasa aku faham apa yang dia cuba nak sampaikan kat aku yet aku sendiri tak faham macam mana nak terangkan balik dekat orang lain. Complicatednya masalah terpencil macam ni. Then again aku cakap kat dia yang aku nak tahu sangat kenapa dia tanya benda macam tu, tapi dia tak reply pun. So aku biarkan aje lah, aku anggap ada calon wakil rakyat baru interview aku sekejap tadi.

Lepas buka tadi Remix call, dia tanya samada aku nak ikut dia ke tidak. Nak pergi ke Banting katanya nak beli baju raya. Kadang macam keling pulak diorang menyembang, semalam ajak keluar malam minggu, means hari esok lah kan? Hari ni kan Jumaat malam Sabtu. Then again dia kata cuma nak beli baju Melayu aje, esok nak nak pergi ke Uptown which is tempat yang tak banyak options kalau nak beli baju melayu. Itu pasal dia ajak ke Banting malam ni.

Remix suruh siap time tu jugak sebab dia dah on the way ke rumah aku, baru nak melepak kat luar hisap rokok sebatang dua. Terpaksa tangguh sekejap lagi. Remix ajak keluar naik kereta sama dia, hairan jugak kenapa dia berani sangat bawak keluar kereta nak dekat-dekat raya ni. Kan ke dia tak ada lesen motor sama kereta? Banyak AbamPolis round round nanti, kang kena tahan tak ke naya? But it's okay lah kot, buat relaks aje aku pun tak kisah sangat ada lesen ke tak ada. Sebelum ni pun aku tak ada lesen jugak selamba aje? Ekekekeke. Sekarang ni ada lah kan.

Boleh tahan jugak sesaknya Pekan Banting malam ni, maklum aje lah memasing nak shopping raya kan? Mana yang nak beli langsir lah, baju lah, sarung kusyen lah, kuih raya lah, dating lah. Eh? Ehehe. Nak cari parking pun satu hal, pusing sana pusing sini tak jugak ada kosong. At last pusing aje kat belakang The Store tu ha kat taman perumahan, parking aje kat situ. Terpaksa lah menapak sikit nak jalan ke kedai kedai. Tapi seronok lah jugakkan bila jalan kaki jauh-jauh sama kawan-kawan, feel dia lain tau.

As you knows Banting sekarang mencatat IPU tidak sihat, kemainlah tebal jerebunya, aku ingat ada orang hisap rokok kat dalam kedai tu rupanya bukan asap rokok. Aku tengok keliling semuanya berkabus dari tengah jalan, tepi jalan, dalam kedai pun, semua pelusuk. Rasanya jerebu hari tu dah hilang dah, ada lagi pulak.

Misi malam ni cuma nak beli baju melayu aje, Remix nak cari warna maroon while me anything. Anything yang warnanya tak terang sangat, aku tak suka warna terlampau cerah ni, 18KM pun orang boleh nampak (nampak sangatlah tipunya 18KM kan? Ekekekeke).

Dari satu kedai ke satu kedai dok mencari, bukan tak ada, ada. Cuma kitorang menitik beratkan harga, kualiti dan size. Money for value gitu. Yang kedai memula kitorang pergi tu kain dia tak best, dah tu tak ada saiz. Then again kitorang jalanlah kedepan sikit tengok kat kedai lain. Jauh jugak jalannya sampai ke hujung dekat dengan Al-Ikhsan (yang paling hujung). Semua tak ngam.

Patah balik aje lah ke kedai yang satu tu, which is the best place to pick the best option along the row. Kedai yang ada gadis-gadis comel jaga, walhal berapa orang aje pun yang comel kan? Yang lain semua macam tong drum aku tengok. Ekekekeke.

Ada satu baju tu aku berkenan sangat, dekat situ ada saiz M sama L aje. So aku cubalah mintak saiz S sama staff tu kalau-kalau ada, dah tu dia kata sizes yang still available semuanya ada kat situ, thats mean size S tak ada lah kan? Hampanya lah. Remix pun tak jumpa baju yang dia berkenan kat situ.

Aku ajaklah diorang pergi ke kedai sebelah lagi tu, aku rasa kat situ mesti ada yang best best punya. Aku cari yang macam tadi tu, warna purple. Kain dia smooth aje, kain licin. Banyak sangat nak dibeleknya, nak belek bajulah, nak belek awek lalu lah. Geram aku, ramai sangat yang comel-comel lalu kat situ. Mengganggu konsentrasi aku aje.

Gotcha! Finally! Jumpa jugak, but a bit different. Maybe yang ni lagi best daripada yang tadi kot. Tapi tengok kat situ pun tak ada saiz S. Cipet! Try lah mintak sama staff dia yang cun tu, geram aje tengok bibir dia. Ekekekeke.

A moment later she came back with a packaging in her arms, tu diaaa ada pun! Kat situ jugak aku bukak, aku sarung terus. Tak dan dah nak pergi ke fitting room yang crowded dengan orang perempuan tu. Mesti lama nak tunggu turn since the fitting rooms just has two cubical, plus orang perempuan mana ada yang beli sehelai aje baju. Paling koman pun dua helai. Perempuan tu aku tengok tadi kemain banyak dia bawak pergi ke fitting room, adalah dekat 5 6 helai jugak yang aku perasan. Dia beli baju untuk raya ke untuk bukak kedai? Apalah perasaan laki dia masa tu agaknya kan?

Masa nak bayar aku tanya sama cashier berapa harga baju yang aku ambik tu. Sengajalah aku tanya padahal aku dah tengok kat signboard tadi RM90 gitu, lepas tu dia kata RM75. Waaahhh berbunga hati guwa~ Aku ingat boleh lah nak save duit lebih tu buat beli songkok satu kat luar nanti, tapi hampeh tak dapat. Ada awek sorang tu kacau daun konon nak tolong pack kan baju aku, dia pulak pi ingatkan cashier tu harga RM90. Cipet.

All in all aku puas hati jugaklah dah dapat beli baju melayu ni, puas hati sebab aku guna duit sendiri atas usaha aku selama seminggu cari duit kat internet aje, puas hati sebab aku tak mintak duit dekat sesiapa, puas hati sebab aku tak kerja pun masih boleh survive sikit untuk nak raya. Ekekeke. Alhamdulillah nasib aku baik ada rezeki kan. Sebelum ni aku fikir jugak macam mana aku nak shopping raya ni kalau tak kerja, duduk rumah mana ada duit kan? Finally dapat jugak beli baju melayu sehelai, kemainlah aku mengidam dari hari tu sebab dah berapa tahun tak beli. Hehehehe