Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Thursday 18th July 2013



By  azlanpunyablog     04:40     
Aku tak boleh tidur dari malam tadi, golek kanan tak kena golek kiri tak kena. Nyamuk-nyamuk ni aseklah nak menggigit kaki aku aje, geram betul lama-lama. Kejap-kejap aku bangun pergi katil sebelah tengok Ari, memang kerja aku lah melempang nyamuk yang menggit-gigit dia tu. Makin geram aku dengan nyamuk ni ha, merah-merah melekat kat kaki Ari 4 5 orang. Yang si Ari ni pun bebal, aku kemain lah baiknya dah selimutkan lepas tu dia pergi buang pulak. Memang sengaja derma darah agaknya.

Stress sangat aku ni bila tak boleh nak tidur. After then aku on aje desktop main game Red Alert. Entah kenapa aku ni tetiba lak jadi obses dengan game tu. Last aku main masa aku darjah berapa entah, kan aku ni bukan kaki games macam diorang-diorang tu. Ekekeke.

Internet tak ada kan thats why lah aku main game aje, kalau tak memang aku busy dari semalam dengan benda-benda yang entah pape tu. Aku pun lantas kehairanan apa pasal entah hari ni tetiba aje jiran sebelah ni tutup WiFi sehari suntuk, selalu okay je membahagiakan aku. Mungkin dia sengaja nak test aku kot, bila dia on WiFi tu memang tak lah nak nampak muka aku kat luar kan? Dah tu dia tutup WiFi tu dari semalam, aku jalan-jalan lah kat luar. Ekekekeke

Gila lah, aku harap lepas ni janganlah dibuat lagi. Tak dan aku nak mengharung liku-liku hidup bila tak ada internet. Takkan dia tak tahu kot seksanya hidup tak berinternet ni? Macam hidup kat dalam gua je kot. Alright, just a few examples, aku tak boleh nak ngupdate blog, tak boleh nak Wechat sama Cinderella, tak boleh nak check Facebook pages (aku ada 3 business pages), no Twitter, no Forex, no news (yg biasanya aku baca kat Carigold aje) and most everything! Fuck! It's insane a life without internet!

All in all, aku tidur aje. Hidup ni dah tak bermakna lagi dah bagi aku.........

Awal betul mak kejut, baru pukul 2pm kot. Cepat-cepat nak pergi mana? Dia tak tahu ke yang anaknya ini sedang menikmati saat-saat indah? Aduuuuhhh, tenaga zombie aku dah datang dah. Mak suruh pergi kebun kutip biji sawit. Banyak yang gugur dari tandan katanya. Tadi pagi indon tu dah petik dah. Tapi....kan ke dah lama kitorang tak ke kebun mengutip sawit? Dah tu siapa yang buat sebelum ni?

Ari dah gerak dulu ke kebun belakang drive kereta sorong yang pancit dan berlubang sikit tu. Aku masih lagi melayan ngantuknya, rasa macam nak sambung tidur lagi pulak dah. After then mak nak keluar pergi kedai, terpekik-pekik dia dari luar "Pergi tolong adik kat belakang tu! Mak nak keluar kejap pergi kedai!". Aku senyap aje dah tu mak pekik lagi benda sama ulang-ulang, "Pergi tolong adiknya tu kat belakang! Kau dengar tak?!" sengaja aku cari pasal buat-buat tak dengar. Ekekeke. "Iye maaaaaaaaaaaaakkkkk".

Dengan tenaga zombie ni aku gagahkan jugak bergerak untuk pergi membanting tulang yang dah memang cuma ada tulang aje ni, ikutkan hati yang malas mahu je aku tidur terus. Ekekeke.

Dapatlah 4 5 baldi besar gitu, sama dengan dua troly. Sikit pun aku tak tinggalkan, yang kat celah-celah semak yang ada seketul dua tu pun aku kutip jugak sampai dah nampak merah-merah biji sawit tu. Kang kalau mak balik nanti dia datang nak tengok, nampaklah yang aku ni sebenarnya rajin kan? Ekekeke. Tak banyak sangat hasilnya kalau nak compare masa aku darjah 4 dulu, pokok pun dah banyak ditebang sebab ditanam benih baru. Banyak pokok yang masih budak-budak, rendah-rendah semuanya belum baligh lagi untuk berbuah. 

Semaknya yang amat kebun ni dah lama tak ditebas, tapi dah kering dah itu hari mak upah orang racun. Memula mak nak upah aku meracun rumput tu, tapi lepas berkira-kira lebih baik upah orang sebab lebih murah dan lebih cepat since orang tu pun meracun guna mesin. Nak mengupah aku memang tak berbaloi lah kot setakat ikut cara manual guna tong yang kena dipam banyak kali tu. Letih jugak nak mengangkut, bahu pun perlu dijaga kan? Ekekeke.

Awal jugak aku sampai surau hari ni, masa aku datang ada 2 3 bijik motor aje. Mak tak ikut, penat katanya. Dah tu dia suruh tengok balik whiteboard kat surau tu bila turn mak bawak moreh. Itu hari aku tengok hari Sabtu, 20hb. Mak kata hari Sabtu tu 21hb pulak. Aku ke mak yang silap ni? Malas aku nak argue sama mak, tu yang dia beriya suruh aku tengok balik. Tapi tadi aku tengok hari Ahad pulak, 21hb. Dah tukar kot.

Biasanya aku melepak aje dulu kat bawah surau sama Wak AmatJebon sama Wak Jumat tunggu masuk waktu. Aku baru nak duduk Wak Jumat cakap "Nanti pesan kat mak ye gilirannya hari Ahad malam!". Come on lah Wak Jumat, walaupun aku ni tak rajin pergi surau tapi aku alert tau. Ekekeke.

Hari ni UstazAshaari jadi imam, dah lama aku tak nampak dia. Seronoklah malam ni dia jadi imam, suara sedap. Kan dia yang ajar aku mengaji masa sekolah rendah dulu, dah tu masa sekolah menengah dia jugak yang ajar Tarannum. Aku Tarannum? Percayalaaaaahh. Ekekeke. Memang aku aje lah yang selalu jadi mangsa sebab cuma nama aku aje yang dia tahu masa kat sekolah menengah tu. "Lan, cuba baca!".

Lepas sembahyang Isyak dia kasi tazkirah adab baca doa. Terangguk-angguk orang tua-tua ni. Kejap aje tazkirah tu. dah tu terus sembahyang tarawih. Memang selalunya saff yang aku dapat baris nombor dua kat belakang imam, selalu kat situ aje lah.

Masa sembahyang memang tak boleh khusyuk, orang kat sebelah kanan aku tu bila meng'amin'kan kemain lah kuatnya. Entah kuat atau menjerit, tapi aku rasa menjerit kot kalah suara imam yang guna microphone tu. Sesilap orang kat seberang jalan surau tu pun boleh dengar suara dia menjerit, ni kan pulak aku yang kat sebelah kan? Asek terkejut aje dengar suara dia tu, tersentak. Masa sembahyang tu aku rasa macam nak berhenti lepas tu nak terajang aje. Kan aku tak boleh tersentak ni, hati aku cepat panas bila tetiba ada suara melenting kat telinga. Nasib baiklah tengah buat ibadah, aku sabarkan aje lah. Aku toleh jugak siapa, Mazlan rupanya. Punyalah jauh rumah dia, surau hujung kampung jugak yang dia pergi. Sepanjang jalan dari rumah dia ke surau ni ada lagi dua surau. Tapi peduli apalah hal orang kan? Bukan dia tumpang aku pun. Ekekeke.

Sampai rumah aje cepat-cepat aku tukar baju nak ke kedai Acheh beli rokok kejap, dah nak pukul 10pm dah kang kedai tutup pulak. Dah tu isi minyak RM2, malas aku nak isi sampai full. Aku bukan guna sangat motor Kriss tu. Cuma Ari aje bawak pergi sekolah.

Balik tu singgah CC melepak sama Pesal, Omar, Matpet sama Zazmi. Aku menyembang aje sama Pesal mana nak pergi lepas ni sambil whatsapp sama customer. Dia kata macam nak berhenti jual burger sebab mak dia suruh masuk Form 6. Aku tak ada komen apa-apa sangat sebab aku sendiri pun macam ni kan. Aku cerita pasal SPA yang Ajam suruh apply tu. Dia kata nak join aku, cuba nasib katanya. Kang masa aku nak apply nanti dia suruh ajak sekali. Tengok dulu lah macam mana kan? Kan aku nak apply UniKl tu jugak.