Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Saturday 20th July 2013



By  azlanpunyablog     04:36     
Boleh gila jugak kalau hari-hari tak boleh tidur malam kan, malam tadi pun tak boleh tidur. I just can sleep at 3.30am and sure no Sahur for today. Aku tak bangun Sahur pun, tapi sebelum tidur tu aku dah minum air sikit sama makan kurma 2 3 bijiks.

Pukul 9am aku terbangun dah sebab sakit perut yang amat, nasib baik lah sekali jalan aje dah settle. Tak payah keluar masuk banyak kali. Cadangnya nak teruskan aje sampai ke petang kalau tak terbangun, tapi aku tetap jugak teruskan niat aku tu walaupun dah terbangun. Pergh! Don't you wish me to be your husband, please! Ekekekeke.

Pukul 3pm gitu aku bangun dah, terus aje aku capai handphone Nokia 5800XM aku tu nak mengonline. Tak dan nak cuci muka dulu ke apa ke, aku tak ada kudrat dah nak bergerak. Cuma mampu gerakkan tangan sama jari jemari ni aje tekan-tekan handphone. Macam mana lah keadaannya kalau dah kahwin ni kan? Ehehe.

Rasa nak jalan-jalan pulak petang ni, asek terperap aje kat dalam rumah. Makcik makcik pun tak macam ni kan? Makcik makcik pun tahu nak buat something walaupun tak bekerja, makcik makcik pun tahu on how to entertain their life everyday. Tak ada lah macam aku ni, tak bekerja memanjang aje tidur sama online.

Actually aku confuse apa yang aku patut buat, the strategies I've planned before just gone as the time goes by. Semuanya sebab kolej tu kot, aku tetap nak salahkan kolej tu. Semuanya bukan salah aku. But not 100% lah kan? A part of it disebabkan life conductor aku dan aku aseklah suka salahkan orang. Alasan untuk selamatkan diri? Maybe.

So petang ni aku jalan-jalan aje, ingat nak call Remix tapi tak apalah. Aku rasa aku tahu dia ada kat mana. After then aku memandu (memandu? Ekekeke)   motor Kriss merah tu ke padang futsal kat tepi sekolah rendah tu ha. Yes I was right, dia memang ada kat situ sama Omar dengan Jai.

Tak sempat lagi aku nak matikan enjin sama turunkan tongkat, Remix ajak pusing-pusing kampung. Aku okay aje lah lagipun aku dah lama tak round-round kampung ni kan? Tengok meter fuel tu cukup sangat, boleh aje kalau nak round sampai malam. Ehehe

The first route is kampung sebelah, situ kira perkampungan orang asli. Dah lama sangat aku tak masuk situ, dekat setahun jugak lah. Jauh ke dalam kalau nak masuk dari jalan besar. Nak compare dengan kampung aku ni kejap aje dari jalan besar tu ha, memang kampung ni orang hari-hari masuk untuk ke highway. Dah jadi macam jalan utama pulak, excident pun makin kerap sebab banyak sangat kenderaan.

Anyway, the best part in that perkampungan orang asli. Ada satu bukit tu macam kat Cameron Highlands cuma tak sejuk aje. Kat atas tu ada ladang Teh Boh memang sebijik macam dekat Cameron Higlands tapi tak ramai orang tahu pun. Asal nak buat lawatan aje mesti pergi kat Cameron, padahal kat sini pun ada. Ekekeke.

All in all, aku round tak sampai bukit tu pun, malas nak jalan jauh-jauh. It's enough cuma kat dalam kampung tu aje peratikan gadis-gadis yang lalu. Ada lah jugak perubahan kat situ, dah ada petrol pump baru siap ada ATM lagi. Apa nama entah, yang pasti bukan Shell, bukan Petronas, bukan Petron, bukan Caltex, bukan BHP. Kaler biru, and then dia punya pam angin pun tak sama macam yang biasa aku jumpa. Peliklah tempat ni.

Dah tu Remix ajak pergi bazaar, nasib baiklah aku ada bawak RM10 dalam poket. Bolehlah beli apa-apa yang aku nak nanti. Aku cadang nak beli Lai Chi Kang kalau ada, kan semalam aku cari kat bazaar Sg. Rambai tapi tak ada. Kali ni aku harap ada lah, kesian kat mak dia mengidam dari hari tu.

Lepak kat gerai Pesal aje lah, memasing nak parking motor kat situ. Kat sebelah gerai dia tu ada space muat 3 kereta. Ada kereta dia sama kereta orang gerai sebelah. Lagi satu space taruk motor kitorang 4 bijiks. Just like what I thought, tak ramai pun kat bazaar sini sebab majoriti orang kampung kan so ramai orang tua yang prefer masak sendiri kat rumah rather than beli kat bazaar. Memang ramai orang muda aje pun yang beli-beli kat bazaar ni, orang muda yang malas nak masak atau nafsu makan dia macam Ari. Monster of foods.

Nasib baik kecik aje bazaar ni, tak adalah penat nak berjalan. Dah tu ada geng nak jalan sama so it's fine. Aku cari Lai Chi Kang dulu kot kot ada ke kan, tapi hampeh tak ada jugak. Apehal lah susah sangat nak cari? Kang lain kali aje lah aku buat sendiri, just for the first time lah kan? Aku mana pernah buat air tu, but most favourite! Then again aku beli air Koktel aje lah satu bungkus. Aku mencari-cari jugak kalau ada orang jual Popia basah, Remix kata ada kat gerai hujung tu ha, tadi aku lalu tak perasan pulak ada. Aku ajak dia patah balik pergi ka gerai tu. Aku tak puas hati semalam aku beli tak sedap. Aku nak try yang ni pulak.

RM2 untuk 5 bijiks, boleh campur semua kuih. But that makcik told me yang gerai dah nak tutup so dia up kan jadi RM2 untuk 6 bijiks. Aku ambik 3 Popias sama 3 Karipaps, ingat nak ambik je Popia tu 6 bijiks tapi takut tak sedap jugak. Remix kata boleh tahan sebab dia pernah beli kat situ, aku tak sabar pulak nak rasa.

Buka dengan menu biasa aje hari ni. Nampak biasa tapi sebenarnya luar biasa since my mom yang masak kan? Ikan keli goreng aje. Ekekeke. Hari ni giliran aku baca doa (padahal memang hari-hari aku yang baca kan?). Tahan dulu nafsu nak merasa Popia yang Remix kata boleh tahan tu ha, aku ambik Kurma 3 bijiks dulu. And then baru lah merasa Popia tu, first bite tak rasa sangat so I took one more bite. Boleh la kan rasanya, tapi tak sedap sangat pun. Yang paling sedap aku pernah rasa setakat ni kat Pekan Banting tu aje, tapi aku malas nak pergi sebab jauh. Dulu masa ada Ajam sanggup aje pergi jauh jauh semata-mata nak beli Popia basah tu, lepas tu balik. Only Popia Basah.

Air yang aku beli tadi pun tak bukak, mak buat air nenas tadi. So maybe Sahur nanti kot baru aku minum air tu. Itupun kalau teringat nak minum, itupun kalau aku bangun Sahur kan?

Malam ni Remix ajak main futsal friendly sama kawan Perong kat Telok Gadong, tak dan aku nak ikut main. Kan ke kasut aku tu dah berlubang tunggu masa nak dibuang? Memang dah layak untuk dibuang dah pun. Ikutkan hati nak aje aku framekan, kasut tu pernah berbakti untuk aku main petang-petang. Nantilah kalau ada rezeki aku beli baru aje, lagipun sekarang mana ada main tengah bulan puasa ni.

Sembahyang Tarawih pun aku tak pergi lagi hari ni. Malasnya lahai nak pergi, konon aje kata nak buat yang terbaik masa memula puasa hari tu kan tapi entah kemana. Nak berubah lah apalah. Mengarut aje kan? But it's not easy afterall. Making a change is something that we can count on in life kan? Berapa kali aje berubah dah tu buat balik perangai, mana yang berjaya tu tahniah lah.

Mak pun tak pergi ke surau, sakit kaki katanya. Lepas tu dia suruh aku urutkan. Aku pun bukan pandai sangat mengurut ni tapi aku ada basic sikit yang aku belajar masa duduk dekat asrama cowboy (asrama 3 dorms dan cuma ada 30 orang hostelites aje..batch aku ada 5 orang) dulu. Masa tu memang semua junior kena tahu cara mengurut. Sekarang baru aku tahu apa faedahnya. Ehehe. Alahai kesiannya lah dekat mak ni ha.