Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Wednesday 1st june 2017



By  azlanpunyablog     16:14     
6 Ramadan.

Okaylah aku cuba lagi kali ni untuk tulis lebih konsisten, untuk diri aku jugak bukan orang lain kan? Kan aku tulis diari, bukan tulis konten untuk orang baca sangat pun (tapi memang untuk orang baca pun kan cuma tu bukannya niat utama aku. hehe). Ah. Dah berapa kali dah aku kata gini. Tiap kali tulis kata benda sama.

Bulan puasa setiap tahun dah jadi habit untuk aku menganggur kat rumah aje. Melepak dalam bilik surfing the net. Baca buku ke, baca artikel ke, tengok dokumentari ke, kalau dah boring sangat aku tengok kartun. Aku dah tengok semua episod Usop Sontorian kat Youtube tu. Sekarang tengok Anak Anak Sidek la pulak. Might as well, semua cerita nostalgia aku nak tengok.

Dah dua hari aku terlepas sahur. Sebab tidur lambatlah ni tengok kartun. Pastu tunggu Balqis reply whatsapp, sejam juga typing. Kalau type lama-lama ni memang aku cuak. Ended up..........................? Satu confession.

Mujur aku ni tenang orangnya (walaupun cuak kan), because I have been there. Tak nak balas banyak-banyak, sebab Balqis tengah stress. Tugas aku, macam biasalah kasi dia tenang (macam aku? Kekekeke).

Hari-hari berpuluh whatsapp masuk, jenuh aku nak jawab benda sama hari-hari. Aku dah buat lebih setahun. Syarikat yang aku bina sama Luk-Fb belum cukup kuat. Banyak yang perlu di restructure. Makan masa. Dah tu masalah datang bertimpa-timpa. kekuatan anggota sikit pulak. Tension dia bukan kepalang.

Mudah aje sebenarnya. Tapi aku tak mau cerita details apa yang berlaku. Takut reputasi aku jatuh pulak sebab orang salah faham. Aku tahu ada orang yang jumpa blog ni dari carian internet. Yelah, kan ada orang contact aku dari blog ni kan? Itupun aku tak pernah tuliskan. One fine day, aku akan cerita juga semuanya. Kan aku dah kata, blog ni tak ada rahsia. Nak cari rahsia aku? Sini tempatnya.