*Petik dari facebook aku*
Adik aku baru lepas SPM. Bulan 7 nanti sambung belajar ke tempat aku belajar sekarang.
Sementara cuti ni, aku ajak setup sama cuci 2 unit. Biar dia tahu mencari duit tu perlukan kerja kuat.
Lagi, dia dah nak masuk ke alam universiti. Zaman dia bercampur dengan anak-anak yg dilahirkan kaya. Aku tak nak nanti dia terikut-ikut lifestyle kawan-kawan dia yg menumpang kaya orang tuanya. Budak-budak yang kalau tanpa orang tuanya, bukan siapa-siapa pun.
Nak hidup senang, kena belajar dulu susahnya hidup. Supaya bila di atas nanti, tak lupa asal usul.
Sebagai upah, dia nak duit. Tapi aku takmau bagi duit sangat. Aku nak bagi dia buku-buku yang boleh memotivasikan dia. Aku ajar sekali praktikal Sublet. Supaya dia boleh dapat lebih dari apa yg aku dapat bagi.
Suatu masa nanti, dah banyak duit. Pergilah merantau ke negeri orang. Kutip lagi ilmu.
Biar dia mula seawal usia 18 tahun. Biar dia belajar life survival. Biar ada banyak pengalaman. Biar dia jadi luar biasa.
Dari seorang abang.
Bagi dia rehat jap. Amek kau sehari suntuk buat kerja. Wakaka
Selalu buat sorang, berhari-hari2 nak siap. Hari ni ada assistant.
Gigih betul kehulu kehilir naik motor, bawak tools dalam bag. Nasiblah hidup seorang student yg tak mampu beli kereta.
Aku harap, kau belajar sesuatu hari ni.
Tadi datang nak repair pintu tandas. Terkejut aku ada orang yg tak dikenali.
Aku tanya siapa, berapa lama dah duduk sini. Katanya almost sebulan. Bukan seorang. Tapi dua orang.
Wah wah wah. Happy engkorang duduk free ya.
Nasib baik aku datang selekeh je bawak tools. Takde la dia syak aku tuan rumah. Kontraktor indon barangkali.
Satu lagi, aku terpaksalah tegas walaupun aku rasa macam kurang ajar sikit since semua penyewa lebih tua dari aku. Nak buat macam mana brader.
Rasanya, tiap kali datang ada anak saudara dia. Kehkeh. Hm yelah tak apa lah. Tutup kes.